Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda RS-X Winner Serba Baharu, sebuah motosikal moped direka khas untuk meningkatkan pengalaman tunggangan.
Menawarkan gabungan reka bentuk sporty, teknologi terkini, dan prestasi yang mantap, motosikal ini sesuai untuk kegunaan harian di bandar mahupun tunggangan santai hujung minggu.
Honda RS-X Winner kini dilengkapi enjin baharu 150cc DOHC dengan penyejukan cecair dan gear 6 kelajuan. Dengan output maksimum 11.8 kW dan tork 13.6 Nm, motosikal ini menawarkan kuasa pecutan yang mengagumkan merentasi pelbagai kelajuan.
Selain itu, model ini juga telah diiktiraf sebagai kenderaan
EEV (Energy Efficient Vehicle) iaitu penggunaan bahan api yang sangat cekap, iaitu sekitar 50 km/liter.Salah satu ciri baharu yang diperkenalkan ialah klac Assist and Slipper. Rekaan untuk menambah kawalan ketika menurunkan gear secara mendadak dan mencegah roda belakang daripada tergelincir. Ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, tetapi juga memastikan pengalaman tunggangan lebih lancar.
Honda RS-X Winner Serba Baharu turut menampilkan teknologi terkini seperti:
Reka bentuk sporty dan maskulin Honda RS-X Winner Serba Baharu menyerlah dengan garis badan aerodinamik yang agresif.
Rim aloi 17 inci pula direka untuk kestabilan yang lebih baik ketika menunggang pada kelajuan tinggi. Selain itu, suis hendal berasingan memberikan kawalan lebih intuitif untuk fungsi seperti lampu depan, signal belok, dan hon.Honda RS-X Winner Serba Baharu ditawarkan dalam tiga pilihan warna standard – Biru, Hijau, dan Kelabu Matte – dengan harga runcit RM9,998. Untuk warna Kuning Khas, harganya ialah RM10,298. Semua harga ini tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.
Motosikal ini disertakan dengan waranti dua tahun atau 20,000 km, mana-mana yang tiba dahulu, sebagai jaminan kepada kebolehpercayaan dan kualiti Honda.
Menurut Mitsuharu Funase, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, pelancaran Honda RS-X Winner Serba Baharu ini adalah satu langkah penting untuk memenuhi keperluan penunggang Malaysia.
“Kami berusaha untuk menawarkan motosikal yang bukan sahaja canggih dari segi teknologi, tetapi juga dipercayai dan mampu dimiliki. Dengan penambahbaikan menyeluruh, saya yakin Honda RS-X Winner akan terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.”
Untuk maklumat lanjut, lawati www.boonsiewhonda.com.my. Motosikal ini bukan sekadar kenderaan, tetapi simbol kebebasan dan gaya hidup moden yang pasti menarik perhatian.
Dari Boon Siew Honda Malaysia
Baca Juga Honda Wave Alpha 2025 Kini dengan Warna Baharu, Dari RM5,259
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.