Boon Siew Honda memperkenalkan warna baharu untuk model Honda RS-X 150 2024 – Mat Ion Blue Metallic. Pengenalan warna ini menambah pilihan menarik kepada penggemar motosikal yang mencari gaya yang segar dan unik.
Warna baharu ini bakal berada di pengedar Honda sah di seluruh negara bermula esok, 22 Februari 2024. Dengan harga disyorkan bermula dari RM9,798.
RS-X 150 tampil dengan kekuatan enjin silinder tunggal 149.2 cc yang menghasilkan 15.8 HP dan 13.6 Nm tork. Hadir dengan transmisi enam kelajuan, motosikal ini menawarkan prestasi yang seimbang dan responsif untuk pengalaman pemanduan yang memuaskan.
Di samping warna baharu yang memukau, RS-X 150 tetap mengekalkan ciri-ciri standard termasuk sistem brek ABS saluran tunggal di hadapan. Ia juga dilengkapi dengan unit lampu LED penuh untuk pencahayaan yang terang dan jelas, serta meter digital penuh yang memudahkan pembacaan maklumat pemanduan.
Dengan kombinasi kekuatan, prestasi, dan gaya yang menarik, Honda RS-X 150 2024 dalam warna Mat Ion Blue Metallic adalah pilihan yang menarik bagi peminat motosikal yang mencari pengalaman pemanduan yang serba lengkap dan memuaskan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.