Honda Prelude generasi terbaharu, dikenali sebagai Honda Prelude e:HEV S+ Shift, kini dipamerkan di pusat beli-belah EmSphere, Bangkok. Model coupe ikonik ini yang pernah sinonim dengan era 80-an dan 90-an, kini kembali sebagai jentera hibrid generasi baharu. Pameran ini berlangsung sehingga 30 November 2026 dengan kemasukan percuma sebahagian daripada kempen “The MOVE by Honda”.
Melihat trend pengenalan model CBU Honda di Thailand, ada kemungkinan besar Prelude ini juga akan memasuki pasaran Malaysia pada masa depan.
Di Jepun, harga rasmi Honda Prelude e:HEV S+ Shift bermula dari 6,179,800 yen (lebih kurang RM188,000), menjadikannya lebih mahal berbanding Civic Type R FL5
yang dijual pada 4,997,300 yen. Namun begitu, struktur cukai kenderaan hibrid di Thailand dan Malaysia mungkin menjadikan harga Prelude lebih kompetitif jika dibawa masuk secara rasmi.Sebagai perbandingan:
Toyota GR86: 2,949,000 baht (±RM385,000 di Thailand)
Toyota GR Supra: 5,349,000 baht (±RM698,000 di Thailand)
Civic Type R FL5 (CBU Jepun): 3,990,000 baht (±RM520,000 di Thailand)
Harga Honda Prelude e:HEV S+ Shift berpotensi diletakkan sekitar RM300,000++ jika tiba di Malaysia.
Honda Prelude e:HEV S+ Shift ini menjadi model Honda pertama yang menggunakan sistem hibrid e:HEV generasi baharu. Ia dipadankan dengan:
Enjin 2.0 liter + dua motor elektrik
Jumlah kuasa: 183 hp @ 5,000 – 6,000 rpm
Tork maks: 315 Nm @ 0 – 2,000 rpm
Transmisi: e-CVT dengan S+ Shift
Menariknya, Honda memperkenalkan S+ Shift, iaitu program penukaran gear maya yang membolehkan pemandu mengawal naik/turun gear sendiri walaupun tanpa kotak gear konvensional. Sistem ini disokong oleh Active Sound Control (ASC) yang menghasilkan bunyi enjin sintetik lebih sporty melalui pembesar suara, seakan pengalaman kereta sport sebenar.
Prelude menggunakan suspensi hadapan Dual Axis Strut iaitu teknologi yang dipinjam daripada Civic Type R sekali gus mengurangkan torque steer. Ia dipadankan dengan rim 19 inci bersama tayar Continental PremiumContact6 235/40R19.
Media Jepun melaporkan:
Karakter pemanduan lebih lembut daripada Civic Type R, tetapi masih firm dan sporty.
Rasa pemanduan dikatakan mirip Mazda MX-5, dengan fokus pada keseimbangan dan “fun-to-drive”.
Prelude baharu tampil dengan siluet coupe dua pintu yang moden tetapi masih membawa DNA klasiknya. Pilihan warna:
Moonlit White Pearl
Meteoroid Grey Metallic
Crystal Black Pearl
Flame Red
Bahagian dalaman pula hadir dengan gabungan tona warna:
Biru + Putih
Biru + Hitam (eksklusif untuk badan Moonlit White Pearl)
Honda menjelaskan falsafah di sebalik nama:
S – jiwa sporty Honda, seperti S600 dan S2000.
+ – menambah nilai baharu serta daya emosi.
Shift – simbol perubahan ke arah era baharu mobiliti.
Kepulangan Honda Prelude e:HEV S+ Shift bukan sekadar menghidupkan kembali nama lagenda, tetapi menjadi simbol transformasi Honda ke arah era elektrifikasi tanpa mengorbankan keseronokan pemanduan.
Jika benar memasuki pasaran Malaysia, Prelude ini bakal menjadi coupe hibrid unik dalam segmennya
Baca Juga : Honda Prelude Kembali !
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.