Automotif

Honda Prelude Bakal Kembali dengan Transmisi Manual?

Share

Selepas lebih dua dekad menghilang, Honda Prelude kini dilihat kembali bersedia untuk menghiasi jalan raya dengan reka bentuk yang lebih moden serta teknologi hibrid.

Model sport coupé ikonik ini dijangka dilancarkan pada tahun 2026, dan sudah mula diuji di Jerman, mengukuhkan spekulasi mengenai kebangkitan semula model ini.

Teknologi Hibrid dan Inspirasi dari Civic

Dengan enjin hibrid 2.0 liter yang diadaptasi daripada Civic, Honda Prelude dijangka menjadi model utama dalam barisan teknologi elektrifikasi Honda.

Kredit Foto : Website Autocar

Menariknya, terdapat khabar angin dari media Jepun dan Australia bahawa model ini mungkin dilengkapi dengan transmisi manual.

Keutamaan Pengalaman Pemanduan

Menurut Tomoyuki Yamagami, ketua projek Prelude, pengalaman pemanduan menjadi keutamaan utama dalam pembangunan model ini.

“Saya memiliki tiga kereta dan dua daripadanya mempunyai transmisi manual,” kata Yamagami.

“Jika Prelude datang dengan transmisi manual, ia akan memberikan pengalaman pemanduan yang sangat menyeronokkan.”

Kredit Foto : Website Autocar

Cabaran dalam Sistem Hibrid Honda

Namun, pemasangan transmisi manual pada sistem hibrid Honda kini mungkin menjadi cabaran.

Sistem hibrid e yang digunakan oleh Honda memfokuskan penggunaan motor elektrik untuk pemanduan, manakala enjin petrol berfungsi sebagai penjana untuk mengecas bateri.

Ini menjadikan transmisi tradisional tidak lagi diperlukan, namun, Honda mungkin memperkenalkan sistem transmisi manual simulasi, seperti yang dilihat pada Hyundai Ioniq 5 N EV.

Kredit Foto : Website Autocar

Prelude Baharu: Nostalgia dan Evolusi Teknologi

Dengan Prelude baharu ini, Honda bukan sahaja membawa kembali nostalgia, tetapi juga mencipta evolusi dalam teknologi pemanduan sport hibrid yang lebih menyeronokkan.

Bagi peminat transmisi manual, ada sebab untuk teruja menunggu tahun 2026!

Sumber Artikel : Website autocar

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Baca Juga : Perlu Ke Memanaskan Enjin Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi