Honda Malaysia hari ini memperkenalkan dua model edisi khas, iaitu City dan WR-V, yang direka khas untuk pasaran Malaysia.
Apa yang membuat edisi ini lebih istimewa ialah hanya 99 unit bagi setiap model edisi khas ini akan ditawarkan.
Ini menjadikannya antara model yang paling eksklusif di jalan raya Malaysia.
Namun untuk Honda City Edisi Khas bakal tiba di semua pengedar Honda pada hujung bulan ini.
Selain itu, bagi mereka yang inginkan SUV kecil dengan sentuhan eksklusif, jenama ini turut memperkenalkan Honda WR-V RS Edisi Khas.
SUV kecil yang serba boleh ini dilengkapi dengan beberapa penambahbaikan baharu seperti “skirting” depan, sisi, dan belakang, emblem Edisi Khas, serta perakam video digital (DVR) depan.
Penambahan lain termasuk pelindung paip ekzos, penutup pelapik panel belakang, dan hiasan langkah belakang yang menambah nilai praktikaliti serta reka bentuk yang menarik.
WR-V Edisi Khas ini direka untuk menarik perhatian pemandu dan penumpang yang mengutamakan gabungan prestasi, fungsi, dan gaya dalam sebuah SUV kecil yang kompak tetapi serba lengkap.
Honda City V Edisi Khas ditawarkan dalam warna Platinum White Pearl dengan harga RM94,9001.
Manakala WR-V RS Edisi Khas hadir dalam warna Stellar Diamond Pearl dengan harga RM107,9001.
Menariknya, Honda Malaysia mengekalkan harga asal walaupun dengan penambahbaikan tambahan.
Ini menjadikannya peluang eksklusif bagi mereka yang ingin memiliki model edisi khas ini.
Honda sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam memenuhi kehendak pasaran tempatan.
Dengan memperkenalkan model edisi khas yang bukan sahaja eksklusif, tetapi juga mengekalkan harga berpatutan untuk pengguna Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.