Model semasa dan dalam pengeluaran tidak terjejas – semua penggantian adalah percuma

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula membabitkan 87,490 unit kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menggantikan pam bahan api yang berpotensi mengalami kegagalan fungsi.

Langkah ini diambil sebagai komitmen syarikat terhadap keselamatan pengguna, walaupun tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini di Malaysia.

Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Unit Kenderaan untuk Penggantian Pam Bahan Api

Dua Jenis Isu Pam Dikenalpasti

1. Impeller Pam Bahan Api
Sebanyak 84,073 unit model termasuk Jazz, City, Civic, Accord, BR-V, HR-V, CR-V dan Odyssey dari tahun model antara 2013 hingga 2020 dipanggil semula.

Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Unit Kenderaan untuk Penggantian Pam Bahan Api

Ads

Isu berpunca daripada komponen impeller dalam pam bahan api yang boleh mengembang selepas lama terendam dalam bahan api, menyebabkan kenderaan sukar dihidupkan atau enjin boleh mati semasa dipandu.

Model terlibat (Impeller Pam Bahan Api):

  • Jazz (2015 – 2020)

  • Jazz Hybrid (2018)

  • City (2014 – 2019)

  • City Hybrid (2018 – 2019)

  • Civic (2017 – 2018)

  • Accord (2013 – 2017)

  • BR-V (2017 – 2018)

  • HR-V (2015 – 2018)

  • CR-V (2018 – 2020)

  • Odyssey (2017 – 2019)

2. Pam Bahan Api Tekanan Tinggi
Sebanyak 3,417 unit model Civic dan CR-V tahun 2023 dan 2024 pula terlibat akibat risiko keretakan pada pam bahan api tekanan tinggi.

Masalah ini boleh mengakibatkan kebocoran bahan api atau bau bahan api ketika kenderaan sedang bergerak atau tidak bergerak.

Ads

Model terlibat (Pam Tekanan Tinggi):

  • Civic (2023 – 2024)

  • CR-V (2024)

Penggantian Percuma dan Notifikasi Pelanggan

Honda Malaysia menegaskan bahawa semua kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat, dan penggantian akan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada ketersediaan alat ganti. Proses ini juga melibatkan kenderaan yang sudah tamat tempoh waranti, menandakan komitmen jangka panjang terhadap keselamatan pengguna.

Pelanggan akan menerima surat notifikasi yang mengandungi maklumat lanjut mengenai panggilan semula ini. Mereka juga boleh menyemak status kenderaan mereka melalui aplikasi HondaTouch, laman web www.honda.com.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.

Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Unit Kenderaan untuk Penggantian Pam Bahan Api

Ads

Honda Malaysia menggesa semua pemilik kenderaan terjejas agar segera menghubungi pengedar sah Honda untuk membuat janji temu bagi menggantikan komponen pam bahan api yang terlibat.

Jaminan Honda Malaysia

Syarikat menegaskan bahawa semua model baharu dalam pengeluaran dan jualan semasa tidak terjejas dalam panggilan semula ini. Honda Malaysia turut menekankan bahawa keselamatan pelanggan kekal sebagai keutamaan nombor satu dan akan terus menjalankan langkah proaktif serta mengekalkan ketelusan dalam menguruskan isu kualiti produk.

Baca Juga : Honda e:N1 Tiba di Malaysia dengan Harga RM149,900

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI