Automotif

Honda Giorno+ Disney Fantasia 85 Years Edisi Khas

Share

Honda Giorno+ Disney Fantasia 85 Years: Gabungan Magis Animasi dan Gaya Motosikal Terkini

Thai Honda Co., Ltd. telah melancarkan model motosikal edisi terhad yang pasti menarik perhatian peminat motosikal dan Disney.

Honda Giorno+ Disney Fantasia 85 Years Limited Edition  ini hanya dipasarkan untuk pasaran Thailand sahaja.

Kredit Foto : Website hondamotor.vn

Skuter ini hadir dengan konsep “ENCHANT THE NEW HIGH, transforming every style into a star”.

Model ini menggabungkan keajaiban animasi legenda Disney Fantasia dengan reka bentuk motosikal yang menarik, menjadikan setiap tunggangan sebagai pengalaman yang penuh magis.

Kredit Foto : Website autolifethailand

Keunikan Reka Bentuk yang Memukau

Skuter istimewa ini memaparkan corak ikonik Mickey Mouse Wizard dari Disney Fantasia yang disempurnakan dengan warna biru gelap yang elegan dan aksen merah.

Lebih menarik, pelekat Reach for the Stars yang bersinar dalam gelap ( glow in the dark ) menambah sentuhan misteri pada motosikal ini.

Kehalusan reka bentuknya diperkuatkan lagi dengan emblem emas 3D dan logo ulang tahun ke-85 animasi legenda tersebut, menjadikan model ini lebih eksklusif.

Kredit Foto : Website autolifethailand

Ciri Istimewa Tambahan

Setiap unit motosikal ini hadir dengan nombor siri unik, menambah nilai koleksi kepada peminat Disney.

Selain itu, ciri-ciri seperti penutup ekzos keluli tahan karat dan pelekat roda H2C memberikan motosikal ini penampilan yang lebih bergaya dan memikat.

Kredit Foto : Website autolifethailand

Set Premium untuk Peminat Disney

Tidak hanya motosikal, pembeli juga akan menerima set premium yang eksklusif untuk edisi ini.

Set ini termasuk jaket fesyen dengan corak Mickey Mouse Wizard yang menawan serta The Magical Keychain, rantai kunci yang menyerlahkan gaya unik dan penuh keceriaan.

Kredit Foto : Website autolifethailand

Edisi Terhad yang Mesti Dimiliki

Model ini hanya dikeluarkan sebanyak 2,000 unit sahaja dengan harga yang dicadangkan sebanyak 73,700 baht ( anggaran RM9500 ).

Motosikal ini bakal menjadi koleksi untuk peminat Disney dan untuk mereka yang ingin memiliki gabungan seni dan fesyen.

Kredit Foto : Facebook Fiat Hyper Carbon Thailand

Walaupun kita sedia maklum model motosikal ini tidak masuk ke pasaran Malaysia, namun trend penggunaan skuter di Malaysia semakin mendapat permintaan terutama model daripada Honda ADV dan juga model Vario.

Adakah corak penggunaan motosikal di Malaysia bakal berubah seperti negara jiran kita dimana skuter lebih dominan berbanding motosikal kapcai? sama-sama kita tunggu.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi