Boon Siew Honda baru sahaja memperkenalkan dua model terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Honda CBR650R dan CB650R. Kedua-dua model ini hadir dengan teknologi canggih Honda E-Clutch, menjadikan pengalaman menunggang lebih mudah dan menyeronokkan.
Apa Itu Honda E-Clutch?
Honda E-Clutch adalah sistem klac elektronik yang membolehkan penunggang menukar gear tanpa perlu menarik tuil klac secara manual.
Teknologi ini direka untuk memudahkan pelbagai situasi menunggang, sama ada agresif atau santai. Bagi penunggang baru, teknologi ini sangat membantu kerana mengurangkan risiko enjin mati jika tuil klac tidak digunakan dengan betul. Bahkan, motosikal tetap berjalan lancar walaupun gear tidak berada di posisi neutral.
Menariknya, E-Clutch ini juga boleh dimatikan jika penunggang mahukan kawalan penuh klac secara manual, seperti ketika menunggang di litar untuk prestasi maksimum. Pihak Boon Siew Honda turut mengesahkan bahawa teknologi ini tidak memerlukan penyelenggaraan tambahan, jadi kos servis kekal sama seperti motosikal biasa.
Enjin dan Prestasi
Dari segi spesifikasi, kedua-dua model berkongsi enjin yang sama, iaitu enjin 649cc DOHC empat silinder sebaris. Ia mampu menghasilkan 93.8HP pada 12,000RPM dan tork maksimum 63Nm pada 9,500RPM. Enjin ini menawarkan keseimbangan sempurna antara kuasa dan responsif, sesuai untuk pelbagai gaya tunggangan.
Rekaan Berbeza untuk Dua Personaliti
Honda CBR650R dan CB650R direka untuk memenuhi citarasa berbeza. CBR650R tampil dengan gaya sporty yang dilengkapi fairing aerodinamik serta lampu hadapan LED yang agresif.
Ads
Sementara itu, CB650R hadir dengan gaya naked retro moden, menampilkan lampu hadapan LED berbentuk bulat yang ikonik.
Walaupun berbeza dari segi gaya, kedua-dua model menggunakan casis jenis steel diamond yang sama. Namun, terdapat sedikit perbezaan dimensi:
CBR650R: Jarak lega bumi 130mm, lebar 750mm, tinggi 1145mm, dan berat kerb 211kg.
CB650R: Jarak lega bumi 150mm, lebar 780mm, tinggi 1075mm, dan berat kerb 207kg.
Ciri-Ciri Tambahan
Kedua-dua model dilengkapi suspensi hadapan jenis upside down Showa Big Piston bersaiz 41mm, serta suspensi belakang monoshock boleh laras. Sistem brek ABS dua saluran disertakan pada roda bersaiz 17 inci, dengan dua cakera brek hadapan 310mm dan satu cakera brek belakang 240mm.
Ads
Sebagai motosikal terkini, model ini turut menampilkan paparan TFT berwarna penuh 5 inci, pencahayaan LED, port pengecasan USB Type-C, serta teknologi seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk kawalan cengkaman yang lebih lancar. Honda RoadSync Smartphone Connectivity pula membolehkan akses mudah kepada navigasi dan muzik.
Harga dan Pilihan Warna
Honda CBR650R ditawarkan dalam dua pilihan warna, Grand Prix Red dan Matte Gunpowder Black Metallic, dengan harga bermula RM49,999.
Sementara itu, CB650R hadir dalam tiga pilihan warna: Matte Gunpowder Black Metallic, Matte Laurel Green Metallic, dan Candy Chromosphere Red, dengan harga bermula RM47,999.
Setiap pembelian motosikal disertakan waranti selama dua tahun atau 20,000km, menjadikan kedua-dua model ini pilihan yang menarik untuk peminat motosikal di Malaysia. Dengan teknologi E-Clutch yang inovatif dan reka bentuk yang menawan, Honda sekali lagi membuktikan mereka berada di hadapan dalam dunia automotif dua roda.
Terbaru, Volvo Car Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membuat perubahan dan pengemaskinian kepada barisan kenderaan elektrik hibrid plug-in baharu untuk tahun 2024.
Antara model yang terlibat adalah Volvo XC90, XC60, S90, S60 dan V60. Kemaskini tersebut bakal dilakukan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September, seiring dengan visi Volvo ke arah elektrifikasi.
Kredit Foto: Volvocars.comKredit Foto: Volvocars.com
Pencirian yang difokuskan untuk rangkaian model PHEV Volvo 2024 ialah pengecas bersepadu (OBC) 6.4 kW 2 fasa bagi semua model baharu PHEV.
Selain itu, perkhidmatan digital percuma selama lima tahun termasuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi kawalan jauh bagi aplikasi Volvo Cars untuk model baharu. Dalam pada itu, aplikasi Youtube turut ditambah kepada sistem infotainment Google built-in.
Kredit Foto: Volvocars.comKredit Foto: Volvocars.com
Pada bahagian luaran, pilihan warna baharu turut ditawarkan iaitu Vapour Grey untuk semua model namun, warna sedia ada iaitu Onyx Black, Crystal White, Denim Blue dan Platinum Grey masih dikekalkan dalam produksi.
Bumbung kaca panaromik turut tersedia sebagai standard untuk semua model elektrik Volvo. Selain itu, reka bentuk rim baharu untuk Volvo S90 Recharge, Volvo V60 Recharge dan Volvo S60 Recharge.
Kredit Foto: Volvocars.comKredit Foto: Volvocars.com
Volvo sentiasa mencabar jurutera mereka dalam menerajui aspek keselamatan pada model terbaharu mereka, untuk kesemua varian tahun 2024, ia dilengkapi dengan rangkaian ciri keselamatan Volvo seperti Cross Traffic Alert, Blind Spot Information System (BLIS), Lane Keeping Aid, dan Collision Avoidance & Mitigation serta Steering Support Braking.
Bagi model Volvo terdahulu yang layak menggunakan sistem infotainment Google terbina juga akan menerima aplikasi Youtube melalui kemaskini perisian secara over-the-air (OTA), yang kini turut membolehkan pengecasan berjadual menerusi app Volvo Cars.
Kredit Foto: Volvocars.comKesemua model yang dikemaskini telah berada di pasaran pada bulan ini, untuk mereka yang ingin memandu uji atau untuk ketahui maklumat lanjut boleh layari laman web https://www.volvocars.com/my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Sensor oksigen (O2 Sensor) adalah komponen dalam sistem ekzos kereta dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi dan kecekapan enjin.
Peranti elektronik kecil ini mengukur tahap oksigen dalam gas ekzos dan menghantar data ini kepada modul kawalan enjin (ECM)/ECU. Berikut adalah penjelasan mendalam tentang bagaimana ia berfungsi dan manfaatnya
Kredit Foto : Website customcompleteautomotive
Bagaimana Ia Berfungsi:
Penjanaan Voltan: komponen ini menghasilkan voltan kecil apabila terdedah kepada oksigen dalam gas ekzos.
Interaksi dengan ECM/ECU: ECM/ECU membaca voltan ini untuk menentukan nisbah udara/bahan api dan menyesuaikan suntikan bahan api dengan sewajarnya.
Pemantauan Berterusan: Sensor ini sentiasa memantau nisbah udara/bahan api untuk memastikan prestasi enjin dan kecekapan bahan api yang optimum.
Meningkatkan Kecekapan Bahan Api: Dengan membantu enjin menyesuaikan suntikan bahan api untuk mencapai nisbah udara/bahan api yang lebih optimum, komponen ini menyumbang kepada ekonomi bahan api yang lebih baik.
Mengurangkan Emisi: Memastikan nisbah udara/bahan api adalah optimum membantu mengurangkan emisi berbahaya daripada ekzos, menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih.
Meningkatkan Prestasi Enjin: Sensor oksigen yang rosak boleh menyebabkan pelbagai masalah enjin, termasuk kuasa berkurang, kecekapan bahan api menurun, dan emisi meningkat. Menjaga komponen ini dalam keadaan baik memastikan enjin beroperasi dengan cekap dan berkesan.
Kredit Foto : Website walkerproducts
Kod Masalah Diagnostik (DTC)
Apabila komponen ini rosak, ECM menghasilkan kod DTC tertentu yang boleh membantu mendiagnosis masalah tersebut. Berikut adalah beberapa kod DTC biasa yang berkaitan dengan sensor oksigen:
Kepentingan Penyelenggaraan Berkala: komponen ini adalah komponen penting dalam sistem pengurusan enjin kereta. Penyelenggaraan berkala sensor oksigen adalah penting untuk memastikan ia terus berfungsi dengan betul dan mencegah masalah dengan prestasi enjin.
Menjaga komponen ini dalam keadaan terbaik adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi kenderaan anda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Awal tahun ini Porsche telah mempersembahkan model Macan elektrik sepenuhnya yang terbaharu. Generasi kedua SUV ini diperkenalkan di Singapura secara langsung dari acara Porsche Newsroom.
Michael Mauer, Naib Presiden Gaya Porsche, memberikan pandangan tentang proses reka bentuk sebelum perasmian model tersebut.
Menurut Michael, Macan baharu adalah model pertama yang dielektrifikasi dari identiti produk sedia dan ia jelas diterima dari orang ramai.
Kredit Foto: Porsche
Menurut pandangannya, setiap model baharu harus dapat dikenali dengan jelas sebagai sebahagian daripada keluarga produk Porsche dan model yang berkaitan, tetapi juga harus dianggap sebagai ‘yang baharu’.
Mauer percaya bahawa konsistensi visual sangat kritikal bagi jenama Porsche. Menjaga keseimbangan yang tepat antara “keluaran khas Porsche” dan “inovatif” pada masa yang sama sudah tentu merupakan tugas yang rumit, akui pereka itu.
Pertukaran enjin pembakaran dalaman ke sistem elektrik sepenuhnya pada Macan membawa cabaranke tahap lain bagi pasukan Porsche. Enjin elektrik menawarkan tahap fleksibiliti yang baru tetapi menimbulkan cabaran yang tersendiri.
Kredit Foto: Porsche
Sebagai contoh, bateri merupakan komponen yang agak besar yang memerlukan banyak ruang dan boleh mengganggu nisbah lebar-tinggi yang sudah sedia ada. Selain itu, aerodinamik memainkan peranan besar dalam julat sebuah kereta sukan elektrik.
Secara umum, Porsche telah memutuskan untuk tidak membezakan model elektriknya daripada kereta sukan bermotor pembakaran dalaman. Porsche tetap menjadi Porsche malah Porsche elektrik juga merupakan kereta sukan dalam segmennya tersendiri.
Punca Utama Aircond Kereta Berbau Yang Ramai Tak Tahu
Ramai pemilik kereta pernah alami situasi yang agak mengganggu: sebaik sahaja aircond dihidupkan, muncul bau kurang...