Honda ADV 350 merupakan skuter yang diperkenalkan oleh Honda sebaga daripada siri ADV mereka, yang terkenal dengan reka bentuk yang hampir sama dengan model ADV yang lain tetapi berbeza daripada segi saiz dan kapasiti enjin.
Terdapat khabar angin mengatakan bahawa model motosikal ini akan masuk ke pasaran Malaysia pada tahun ini namun masih belum mendapat kepastian daripada pihak Boon Siew Honda Malaysia berkenaan dengan model ini.
Namun begitu, sekiranya model ini masuk ke pasaran Malaysia, sudah pasti akan menjadi persaingan sengit kepada model-model skuter maxi yang lain seperti Yamaha X-max 250,Modenas Elegan 250 serta Zontes ZT350.
Honda ADV 350 mempunyai reka bentuk bergaya, menonjol dengan garisan tajam dan rupa yang agresif. Skuter ini dilengkapi dengan lampu depan LED, skrin pelindung angin yang boleh dilaraskan, dan kluster instrumen digital yang menawarkan pelbagai maklumat kepada penunggang.
Salah satu ciri utama ADV 350 adalah sistem suspensi yang direka untuk menangani pelbagai jenis permukaan jalan. Dengan fork hadapan teleskopik dan penyerap hentakan belakang berganda yang boleh dilaraskan, skuter ini menawarkan kestabilan dan keselesaan dalam perjalanan jauh atau semasa menunggang di jalan yang kasar.
Honda ADV 350 dikuasakan oleh enjin 330cc SOHC eSP+ (enhanced Smart Power) yang menawarkan kuasa dan tork yang mencukupi untuk pecutan yang lancar dan efisien. Mempunyai 31.5 NM Tork serta purata penggunaan bahan bakar 29.4km/l ,Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik CVT, menjadikannya mudah untuk dikendalikan oleh penunggang dari pelbagai peringkat kemahiran.
Dari segi teknologi, skuter ini dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) untuk keselamatan tambahan, serta Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang membantu mengawal traksi semasa menunggang di permukaan yang licin. Skuter ini juga menawarkan ruang penyimpanan yang luas di bawah tempat duduk, sesuai untuk menyimpan helmet dan barangan peribadi lain.
Honda ADV 350 direka untuk memberikan keselesaan maksimum kepada penunggang dan pembonceng. Tempat duduk yang lebar dan ergonomik, bersama-sama dengan pelindung angin yang boleh dilaraskan, memastikan perjalanan yang selesa walaupun dalam perjalanan jauh. Tambahan pula, skuter ini dilengkapi dengan sistem kunci pintar yang memudahkan akses dan keselamatan.
Honda ADV 350 adalah tambahan menarik kepada siri skuter Honda, menggabungkan reka bentuk yang tahan lasak, prestasi yang mantap, dan teknologi canggih untuk pengalaman tunggangan yang menyeluruh. Sama ada untuk perjalanan harian di bandar atau pengembaraan off-road, ADV 350 menawarkan fleksibiliti dan keselesaan yang sukar ditandingi.
Sama-sama kita nantikan ketibaan skuter ini di pasaran Malaysia dan rasai sendiri keupayaan serta kehebatannya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.