Automotif

Honda Accord Facelift 2026 Debut di China, Rekaan Lebih Segar dan Sporty!

Share

Honda tidak menunggu lama untuk mengemaskini model Accord generasi ke-11 di China.

Walaupun baru kurang dua tahun dipasarkan, versi facelift sedan segmen D ini diperkenalkan dengan beberapa perubahan menarik.

Perubahan ini secara tidak langsung memberikan penampilan lebih garang dan moden.

Kredit Foto : Facebook HondaPro Jason

Wajah Baharu yang Lebih Agresif

Melalui kerjasama dengan pengeluar tempatan GAC, Honda Accord 2026 versi China menerima perubahan ketara pada bahagian hadapan.

Walaupun perubahan yang tidak terlalu radikal, ia cukup untuk menampilkan imej yang lebih segar dan dinamik.

Antara perubahan utama adalah reka bentuk lampu hadapan yang telah dikemas kini.

Kredit Foto : Facebook HondaPro Jason

Bentuknya masih sama, tetapi unit lampu dalaman telah diubah suai sedikit untuk memberikan kesan lebih tajam.

Lampu nyalaan siang (DRL) LED kini memanjang sehingga ke tepi gril, memberikan wajah yang lebih agresif.

Tambahan pula, reflektor oren yang sering dikritik akhirnya telah dikeluarkan.

Gril baharu masih mengekalkan bentuk asal tetapi kini terdiri daripada 19 bilah mendatar berwarna perak, yang memberikan sentuhan lebih sofistikated.

Kredit Foto : Facebook HondaPro Jason

Bampar hadapan turut direka semula dengan sudut yang lebih kompleks dan sporty, berbeza daripada model global yang lebih sederhana rekaannya.

Menariknya, bahagian belakang Accord ini tidak mengalami sebarang perubahan besar.

Kredit Foto : Website carscoops

Lampu belakang masih mengekalkan reka bentuk asal dengan palang cahaya LED yang melintang di bahagian belakang model sedan ini.

Ruang Kabin dan Pilihan Trenkuasa

Dari segi dalaman, Accord 2026 mengekalkan susun atur yang sama seperti model sebelumnya.

Ia hadir dengan skrin infotainmen bersaiz besar 15 inci serta kluster instrumen digital, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih moden dan interaktif.

Kredit Foto : Website carscoops

Satu butang putar kecil juga diletakkan di bawah corong penghawa dingin, dipercayai sebagai kawalan tambahan untuk sistem dalaman.

Untuk pilihan enjin, Accord versi China masih mengekalkan dua varian enjin sebelum ini:

  • Enjin 1.5L turbo yang menghasilkan 189 hp dan 260 Nm tork.
  • Varian hibrid plug-in 2.0L yang menawarkan 181 hp dan 335 Nm tork, dengan jarak perjalanan elektrik sejauh 106 km.
Kredit Foto : Website carscoops

Kedua-dua enjin ini menawarkan keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan api yang baik, menjadikan Accord sebagai pilihan yang menarik bagi pengguna yang mahukan sedan eksekutif yang berkuasa tetapi jimat bahan api.

Adakah Model Facelift Tersedia Untuk Pasaran Global?

Buat masa ini, Honda belum mengesahkan sama ada perubahan ini akan turut diterapkan pada model Accord global atau hanya eksklusif untuk pasaran China.

Kredit Foto : Website carscoops

Namun, memandangkan perubahan yang dibuat tidak begitu drastik, peminat Honda di luar China mungkin perlu bersabar sebelum mendapat kemas kini yang serupa.

Model Accord atau Inspire?

Di China, Accord turut bersaing dengan model Inspire, yang pada asasnya adalah model yang sama tetapi dengan sedikit perubahan pada rekaan depan dan belakang.

Inspire dihasilkan oleh Dongfeng, satu lagi rakan pengeluar Honda di China, dan turut ditawarkan dalam varian enjin konvensional serta hibrid plug-in.

Kredit Foto : Website carscoops

Bagi mereka yang mencari sedan premium dengan rekaan moden dan pilihan enjin yang efisien, Honda Accord 2026 versi China sememangnya satu pilihan menarik.

Kini, kita hanya perlu menunggu sama ada rekaan ini akan dibawa ke pasaran global atau tidak. Honda, kami menantikan berita lanjut!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Baca Juga : Prototaip Accord 0 Series, Model Prototaip Elektrik Sedan Honda

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi