Automotif

HKS R35 NEO GT1000+ CONCEPT Di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024

Share

HKS R35 NEO GT1000+ CONCEPT, sebuah jentera hebat yang bakal dipamerkan di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024.

Acara yang berlangsung dari 8 hingga 10 November ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

HKS R35 NEO GT1000+ CONCEPT ialah versi terbaru Nissan GT-R R35 NISMO yang diolah semula untuk mencipta sebuah jentera jalanan dengan kuasa luar biasa melebihi 1,000 PS (986 hp).

Jentera ini tidak hanya mempamerkan keupayaan kuasa enjin yang menakjubkan tetapi juga mencerminkan visi HKS terhadap carbon neutrality

dalam kereta konsep domestik berprestasi tinggi.

Kuasa dan Teknologi Luar Biasa

Dengan enjin VR38 4255cc, HKS R35 NEO GT1000+ CONCEPT membawa gabungan teknologi terbaik dari HKS.

Enjin ini dilengkapi dengan turbo berkapasiti tinggi yang baru dibangunkan, sistem ekzos yang direka semula, dan suspensi terkini, menjadikan ia sebuah jentera flagship yang mampu mencapai kuasa tinggi tetapi masih mematuhi undang-undang jalan raya.

Rekaan dalaman dan luarannya yang diubah suai tidak hanya mengutamakan prestasi tetapi juga estetika moden dan keberkesanan karbon yang lebih mesra alam.

HKS R35 ini memperkenalkan turbo kembar HKS GT5565 yang menghasilkan daya dan tindak balas yang kuat, serta dilengkapi dengan transmisi GR6 HKS yang diperkuat untuk menampung kuasa luar biasa tersebut.

Kejuruteraan Suspensi dan Roda Canggih

Untuk memastikan prestasi yang stabil dan kawalan yang jitu, kereta ini disokong oleh sistem suspensi HKS Hipermax (Proto) yang baru.

Tidak ketinggalan, kereta ini dilengkapi dengan rim ADVAN Racing GT Beyond bersaiz 20 inc.

Hadir dengan spesifikasi 20×10.5J +33 di bahagian hadapan dan 20x11J +15 di bahagian belakang.

Setiap rim dibalut dengan tayar ADVAN A052 berukuran 285/30R20 untuk cengkaman maksimum.

Peluang Melihat “Beast” Secara Langsung di Kuala Lumpur

Para peminat kereta berprestasi tinggi kini mempunyai peluang untuk melihat sendiri jentera ikonik ini secara dekat di Kuala Lumpur.

HKS R35 NEO GT1000+ CONCEPT adalah sebuah karya kejuruteraan automotif yang menggabungkan teknologi terbaik dengan rekaan yang memukau.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kebolehan sebenar kereta ini di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur pada 8-10 November 2024.

Dapatkan tiket anda di laman rasmi tokyoautosalonkl.com atau di lokasi acara di MITEC.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Baca Juga : Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024, Lebih Besar Dan Lebih Hebat!

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi