Harmony Auto, pengedar kenderaan terkemuka dari China, kini memperkenalkan pusat BYD pertama mereka di Malaysia. Majlis perasmian tersebut telah berlangsung pada 26 Jun 2024 bertempat di Hartamas Shopping Centre.
Dengan keluasan 3,230 kaki persegi, pusat ini direka dengan pelbagai kemudahan premium untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Antara fasiliti yang disediakan termasuk ruang pameran kenderaan yang luas, ruang menunggu yang selesa, bilik rundingan eksklusif, serta ruang serahan kenderaan.
Bagi kemudahan selepas jualan, ruang menyambut pelanggan yang menggabungkan reka bentuk moden dengan proses servis yang efisien, terhubung terus dengan tempat letak kereta pusat beli-belah.
Menambah keselesaan pelanggan, pusat ini menyediakan enam tempat letak kereta dengan empat pengecas setiap satu untuk kegunaan pemilik kenderaan ini.
Reka bentuk pusat ini bukan sahaja memudahkan akses pelanggan, tetapi juga menegaskan komitmen mereka terhadap penyelesaian mobiliti hijau yang mapan.
Lokasi strategik pusat ini membolehkan pelanggan menikmati kemudahan membeli-belah sambil mendapatkan perkhidmatan kereta mereka.
Dengan pembukaan pusat baharu ini akan menarik lebih ramai pelanggan di Hartamas dan kawasan sekitar yang mencari kenderaan mesra alam.
Baca Juga : Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024, Lebih Besar Dan Lebih Hebat!
Sebagai peneraju global dalam kenderaan tenaga baharu, BYD komited untuk menyediakan penyelesaian mobiliti hijau yang termaju di seluruh dunia.
Dengan sokongan dasar kerajaan Malaysia yang menggalakkan, potensi pasaran kenderaan tenaga baharu di sini amat besar.
Kerjasama dengan Harmony Auto ini dijangka akan mempopularkan lagi penggunaan kenderaan tenaga baharu di Malaysia, selaras dengan matlamat negara untuk pengangkutan mapan.
Model-model BYD yang kini dijual di Malaysia termasuk Atto 3, Dolphin, dan Seal. Pusat BYD Harmony Auto ini juga akan menampilkan Pusat Servis dan Alat Ganti yang dijadualkan siap pada suku keempat tahun ini.
Dengan kemudahan 3S (Sales, Service, Spare Parts) sepenuhnya, pusat ini akan menjadi pusat 3S pertama yang beroperasi dalam pusat beli-belah.
Pada masa akan datang, kedua-dua pihak merancang untuk membuka lebih banyak cawangan BYD di seluruh Malaysia, memperluaskan lagi pasaran kenderaan EV di negara ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.