Harley-Davidson dan MotoGP telah mengesahkan kerjasama strategik mereka untuk memperkenalkan siri perlumbaan baharu.
Siri perlumbaan ini akan memulakan saingan secara rasmi pada tahun 2026.
Kredit Foto : Website cycleworld
Perlumbaan yang bakal diperkenalkan ini merupakan adaptasi perlumbaan terkenal di Amerika Syarikat, King of the Baggers.
Kini perlumbaan ini akan diperkenalkan ke pentas global di bawah payung MotoGP.
Enam Pusingan, Dua Benua, Dua Belas Perlumbaan
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perlumbaan ini akan melibatkan enam pusingan rasmi.
Perlumbaan ini merangkumi litar-litar utama di Eropah dan Amerika Utara, dengan setiap pusingan menampilkan dua perlumbaan.
Secara keseluruhan menjadikan jumlah 12 perlumbaan dalam musim sulungnya.
Antara lokasi yang dijangka akan menjadi tuan rumah adalah Circuit of the Americas (COTA) di Texas, Amerika Syarikat.
Ads
Kredit Foto : Website cycleworld
Jentera: Road Glide Dirombak Khas Untuk Litar
Perlumbaan ini akan menampilkan motosikal Harley-Davidson Road Glide yang telah diubahsuai khusus untuk prestasi maksimum di litar perlumbaan.
Jentera-jentera ini bakal mewakili enam hingga lapan pasukan, dengan setiap pasukan diwakili dua orang pelumba.
Lebih menarik, semua pasukan akan menerima sokongan penuh daripada Harley-Davidson Factory Racing.
Kredit Foto : Website cycleworld
Visi Prestasi Dari Harley-Davidson
Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Jochen Zeitz, menyifatkan penyertaan dalam MotoGP sebagai satu bab baharu yang mencabar dan penuh potensi bagi jenama lagenda itu.
Ads
“Ini adalah langkah berani dalam merealisasikan cita-cita perlumbaan global Harley-Davidson,” kata Zeitz.
Beliau menambah bahawa Harley-Davidson telah menunjukkan kemampuan prestasi mereka melalui penyertaan dalam MotoAmerica Mission King of the Baggers.
Selain itu mereka juga ada memperkenalkan produk-produk berprestasi tinggi seperti CVO RR dan CVO Road Glide ST.
Menurutnya lagi, respons peminat dan penunggang terhadap keupayaan prestasi Harley-Davidson sangat memberangsangkan, dan ini mencetuskan keyakinan bahawa permintaan untuk perlumbaan sebegini di peringkat antarabangsa adalah nyata.
Ads
Kredit Foto : Website forbes
Dari Barcelona ke Dunia
Perkongsian rasmi ini mula menjadi bualan sejak November 2024, walaupun pada ketika itu tiada pengumuman perlumbaan yang dibuat.
Namun, ujian pasca musim di Barcelona, serta kenyataan Zeitz mengenai minat Harley terhadap MotoGP, memberikan bayangan awal yang kini disahkan dengan pelancaran siri ini.
Kredit Foto : Website motoamerica
Warisan Bertemu Masa Depan
Gabungan antara warisan klasik Harley-Davidson dan keghairahan moden MotoGP dijangka bakal mewujudkan satu tarikan baharu dalam arena sukan permotoran.
Tidak sekadar mempamerkan prestasi dan kelainan, siri perlumbaan ini juga akan menjadi penanda aras baharu bagi sukan motosikal global.
Kredit Foto : Website visordown
Maklumat lanjut mengenai jadual penuh dan pasukan yang bertanding akan diumumkan tidak lama lagi.
Kerjasama teknologi antara Xpeng (NYSE: XPEV) dan Volkswagen semakin berkembang dengan pesat. Ini apabila jurutera-jurutera dari Volkswagen dilaporkan telah mula bekerja di pejabat Xpeng.
Ratusan jurutera Volkswagen kini bekerja di ibu pejabat Xpeng di Guangzhou. Menunjukkan peningkatan dalam kerjasama teknologi antara kedua-dua syarikat ini. Menurut laporan dari Jiemian yang memetik sumber industri yang tidak dinamakan.
Kerjasama antara Xpeng dan Volkswagen meliputi pelbagai bidang. Dan dikatakan belum pernah dilihat sebelum ini. Pada 26 Julai 2023, Volkswagen mengumumkan pelaburan sebanyak $700 juta untuk memperoleh sekitar 4.99 peratus saham Xpeng.
Kedua-dua syarikat merancang untuk membangunkan bersama dua model EV berjenama Volkswagen. Berdasarkan platform Xpeng G9 untuk pasaran kereta bersaiz sederhana di China.
Kemajuan Setakat Ini
Pada 29 Februari, Xpeng menyatakan bahawa ia telah menandatangani perjanjian baharu dengan Volkswagen. Bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan model bersama dan mengurangkan kos melalui sumber bersama.
Pada 11 April, Volkswagen mengumumkan pelaburan sebanyak 2.5 bilion euro ($2.73 bilion) untuk mengembangkan pusat pengeluaran dan inovasi di Hefei, wilayah Anhui. Serta untuk mengukuhkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan tempatan.
Volkswagen akan menghasilkan dua model berjenama mereka yang dibangunkan bersama Xpeng di Hefei. Model pertama dijadualkan untuk pengeluaran pada tahun 2026.
Pada 17 April, Xpeng mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian rangka kerja dengan Volkswagen untuk kerjasama teknikal pada seni bina Elektrikal/Elektronik (E/E Architecture).
Seni Bina Baharu
Kedua-dua pihak akan bersama-sama membangunkan dan mengintegrasikan seni bina E/E generasi terbaru Xpeng ke dalam Platform Utama Volkswagen di China (CMP).
Seni bina E/E yang dibangunkan bersama ini dijangka akan melengkapkan EV berjenama Volkswagen yang dibina di China mulai tahun 2026.
Pada 26 Oktober 2023, Leapmotor menyatakan bahawa Stellantis NV, pembuat kereta kedua terbesar di Eropah dari segi jualan, akan melabur 1.5 bilion euro dalam syarikat tersebut untuk memperoleh kira-kira 20 peratus saham, menjadikan Stellantis pemegang saham luar terbesar mereka.
Langkah Yang Diikuti Syarikat Lain
Pada 14 Mei, Leapmotor mengumumkan pembentukan usaha sama dengan Stellantis, Leapmotor International, yang akan memulakan jualan di Eropah pada bulan September.
Pada 19 Jun, Chery mengumumkan bahawa jenama kereta mewah British, Jaguar Land Rover. Akan membina EV berdasarkan platform mereka, menggunakan jenama Freelander berlesen.
Kerjasama teknologi antara Xpeng dan Volkswagen serta langkah-langkah serupa oleh syarikat-syarikat lain. Ini menunjukkan bagaimana kerjasama antara syarikat automotif dari pelbagai negara dapat mempercepatkan perkembangan teknologi dan inovasi dalam industri automotif global.
Berita gembira bagi peminat kenderaan elektrik (EV) di Malaysia! Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, baru-baru ini mengumumkan perkembangan terkini melalui laman sosialnya. Beliau berkongsi bahawa pada hujung tahun 2025, Perodua akan melancarkan pengeluaran EV berskala besar ke seluruh negara.
Perodua telah mengambil langkah penting ke arah masa depan dengan membangunkan prototaip berkuasa elektrik. Ini bukan sahaja menandakan perubahan revolusioner dalam industri automotif Malaysia, tetapi juga merupakan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa yang terkemuka.
Kredit Foto: X.com
Keputusan ini sejajar dengan pengiktirafan Perodua sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030). Ini bermakna kita dapat menjangkakan pengenalan model-model EV dari Perodua yang lebih terjangkau.
Satu lagi perkara menarik yang perlu diambil perhatian ialah pelantikan Perodua sebagai peneraju dalam usaha mencapai matlamat kerajaan untuk membangunkan pasaran EV tempatan yang lebih mampu milik. Kerajaan telah menetapkan harga asas sebanyak RM100 ribu untuk setiap EV Completely Built-Up (CBU), memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki EV.
Kredit Foto: Zigwheels.com
Namun begitu, masih terdapat kekurangan maklumat rasmi mengenai model dan harga bagi EV yang bakal dilancarkan oleh Perodua. Walau bagaimanapun, pada Mei tahun lalu, peminat telah diberi gambaran awal menerusi pembangunan konsep.
Suzuki Malaysia memperkenal tiga model motosikal yang dinanti-nantikan di Malaysia Autoshow 2024 MAEPS Serdang baru-baru ini. Model-model baharu ini, Suzuki GSX-S1000GX, Suzuki GSX-8R, dan Suzuki V-Strom 800, bakal dilancarkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.
Mendahului barisan adalah Suzuki GSX-S1000GX, yang digelar sebagai ‘The Supreme Sport Crossover’. GSX-S1000GX menggabungkan teknologi terkini dengan kemampuan untuk perjalanan jauh, menjadikannya pilihan ideal dalam segmen motosikal kembara berkuasa tinggi.
Ia menawarkan kecekapan suspensi, keselesaan posisi penunggangan, serta perincian bantuan elektronik yang canggih, semuanya meningkatkan prestasi sehingga setaraf sebuah superbike.
GSX 1000GX – 3 Warna
Seterusnya..
Suzuki GSX-8R pula mencuri tumpuan sebagai ‘Era Baru Sportbike’. Dikuasakan oleh enjin 776cm³ DOHC jenis engkol 270-darjah kembar-selari. Direka untuk ketangkasan dan tunggangan agresif, model ini sesuai untuk kegunaan bandar dan juga perjalanan jarak jauh yang mencabar. Penampilan yang kemas dan prestasi yang luar biasa dijangka memikat ramai penggemar motosikal berkuasa tinggi.
Melengkapkan trio ini adalah Suzuki V-Strom 800, model kembara dengan tayar tanpa tiub dan enjin kembar selari 776cm³. V-Strom 800 menawarkan kuasa yang dinamik, kendalian mudah, dan keselesaan tempat duduk yang menjadikan perjalanan jauh lebih menyeronokkan.
GSX 800R – Blue
Suzuki Malaysia menjemput semua peminat motosikal untuk merasai sendiri model-model baru ini di Malaysia Autoshow 2024. Selain GSX-S1000GX, GSX-8R, dan V-Strom 800, pelbagai model lain juga dipamerkan, termasuk Hayabusa, V-Strom 1050, 800DE, 1050RR, 250SX, dan siri GSX seperti GSX-S1000GT, GSX-8S, Gixxer 250, Gixxer SF250, dan GSX-S150. Raider R150Fi dan skuter baru Burgman Street 125EX serta Avenis 125 turut dipamerkan untuk pengunjung.
Lebih menarik, Suzuki Malaysia menawarkan sesi tunggang uji khas untuk semua pengunjung berdaftar pada hari Sabtu, 25 Mei, dan Ahad, 26 Mei 2024. Pengunjung boleh merasai pengalaman menunggang motosikal Suzuki di kawasan yang disediakan oleh penganjur. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Suzuki Malaysia dan semua model motosikal mereka di Dewan D (Tapak D14 & D17) di MAEPS Serdang dari 22 hingga 26 Mei 2024.
Punca Utama Aircond Kereta Berbau Yang Ramai Tak Tahu
Ramai pemilik kereta pernah alami situasi yang agak mengganggu: sebaik sahaja aircond dihidupkan, muncul bau kurang...