Hadir Dengan Varian Terbaharu, Yamaha Y15ZR SE Tampil Dengan Rupa Lebih Sporty

Share

Model moped paling dikenali orang ramai, Y15ZR atau “Y-suku” kini tampil dengan varian baru yang diberi nama Y15ZR SE. Hong Leong Yamaha Motor baru sahaja melancarkan model ini untuk pasaran tempatan dan pembeli boleh mula menempah bermula 15 Ogos 2023 yang lalu.

Kredit Foto: Careta.my

Perubahan paling ketara adalah pada bahagian warna dan badan model ini. Skema warna biru dipadankan dengan rim keemasan memang menarik perhatian bagi sesiapa sahaja yang lihat motor ini.

Kredit Foto: Careta.my

Ditambah dengan kit aero serba baharu termasuk visor, skup udara depan dan belakang memang akan menampakkan rupa yang lebih sporti di jalanan.

Kredit Foto: Careta.my

Dari segi prestasi, Yamaha Y15ZR SE masih tidak mengubah apa-apa dari model sebelum ini. Menggunakan enjin silinder tunggal sejukan cecair 150cc dengan kuasa 15.4 hp pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm, turut disertakan dengan transmisi klac basah lima gear kelajuan.

Kredit Foto: Careta.my

Untuk keselesaan penunggang, sistem suspensi didatangkan dengan standard, fork depan teleskopik, diikuti dengan lengan buai dan monoshock tunggal di belakang. Sistem asli brek diberi cakera tunggal hidraulik depan dan belakang.

Kredit Foto: Careta.my

Tangki bahan api sebesar 4.2-liter cukup sesuai untuk penggunaan harian, tidak membebankan buat mereka yang menggunakan motor setiap hari. Tinggi tempat duduk dari tanah pula hanya 780mm, dengan jarak roda 1290mm, lebih lincah ketika jalan sesak dengan isi berat hanya 117 kg sahaja.

Kredit Foto: Careta.my

Harga pasaran bagi model Yamaha Y15ZR SE bermula dari RM9,498.00 tanpa insurans dan yuran pendaftaran. Mahal RM500 berbanding model biasa Y15ZR 2023 yang bermula dari rm8,998. Setiap pembelian turut disertakan dengan kunci cakera brek bernilai RM100.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan