Acara Suzuki Monsoon Getaway 2.0 yang berlangsung di Port Dickson pada 19 Oktober 2024 telah mencipta detik penuh sejarah buat En. Mohamed Bin Bahari, 50 tahun, dari Johor Bahru apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama sebuah motosikal Suzuki Hayabusa 2024 dalam cabutan bertuah Platinum.
Konvoi Suzuki V-Strom Meriahkan Acara
En. Mohamed, seorang ahli aktif Suzuki V-Strom Owner’s Club Malaysia (SVOCM), menghadiri acara ini bersama 65 ahli kelab yang lain.
Konvoi motosikal Suzuki V-Strom mereka dari Johor Bahru ke Port Dickson menambahkan lagi kemeriahan acara, yang turut disertai ribuan pemilik motosikal Suzuki dari seluruh Malaysia.
Pelbagai Aktiviti Menarik di Suzuki Monsoon Getaway 2.0
Acara Suzuki Monsoon Getaway 2.0 yang dianjurkan oleh Suzuki Malaysia menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti konvoi motosikal, sesi uji tunggang, pameran motosikal, jualan eksklusif, serta acara kemuncak cabutan bertuah.
Ads
Kemenangan En. Mohamed dalam cabutan bertuah dan memenangi Suzuki Hayabusa 2024 menjadi kemuncak utama acara ini.
Platform Mengukuhkan Persaudaraan Peminat Suzuki
Suzuki Monsoon Getaway 2.0 sekali lagi berjaya menjadi platform yang mengukuhkan hubungan antara pemilik motosikal Suzuki di Malaysia.
Ads
Komitmen Suzuki Malaysia dalam menghidupkan semangat permotoran dan menyatukan peminatnya melalui program sebegini jelas terbukti.
Diharapkan acara seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang.
Mulai 8 April, mereka yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menerima perkhidmatan feri di Pulau Pinang secara percuma. Ini melibatkan perjalanan antara Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) yang terletak di Pulau Pinang, dengan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth.
Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin, yang menyatakan bahwa kerjasama antara SPPP dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dalam melaksanakan inisiatif ini merupakan satu langkah ke arah meningkatkan aksesibiliti dan memudahkan mobiliti untuk golongan OKU.
Keputusan ini bukan sahaja menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan golongan OKU tetapi juga mendorong penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih inklusif.
Menurut Yeoh, bagi memanfaatkan kemudahan ini, individu OKU perlu menunjukkan kad pengenalan dan kad OKU yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika melakukan urusan pendaftaran. langkah ini untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja yang akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini, memastikan bantuan disalurkan kepada individu yang benar-benar memerlukan.
Selain itu, Yeoh turut mengumumkan bahawa pemberian pas bermusim, yang sebelum ini tamat pada 31 Disember tahun lepas, akan diteruskan lagi pada tahun ini. Ini merupakan berita baik bagi semua penumpang feri kerana mereka akan dapat menikmati kadar diskaun sebanyak 30 peratus bagi semua kategori penumpang, termasuk golongan OKU.
Sasedharan, dalam kenyataannya, menegaskan bahawa keistimewaan ini adalah eksklusif untuk rakyat Malaysia dan pendaftaran untuk memanfaatkan tawaran ini boleh dibuat pada bila-bila masa. Ini menunjukkan komitmen dalam menyediakan akses yang lebih mudah dan mampu milik kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan OKU, untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Kadar tambang normal bagi perkhidmatan feri adalah RM2 bagi pejalan kaki dan penunggang basikal, serta RM2.50 bagi pengguna motosikal manakala golongan OKU yang berkategori sebagai pejalan kaki sebelum ini hanya perlu membayar RM1.
Inisiatif ini diharapkan tidak hanya akan membantu dalam meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan OKU tetapi juga mendorong lebih ramai individu untuk beralih kepada pengangkutan awam sebagai pilihan utama mereka.
Sumber artikel : astroawani
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Boon Siew Honda Malaysia baru sahaja memperkenalkan pilihan warna baharu untuk motosikal touring mewah mereka.
Honda Gold Wing Tour hadir dengan pilihan warna baharu iaitu Gunmetal Black Metallic. Warna ini menjadikan motosikal tersebut tampil lebih elegan dan tampak lebih premium sebagai model touring flagship Honda.
Honda Gold Wing Tour menggunakan enjin 1833cc enam silinder jenis flat-six dengan sistem penyejukan cecair. Enjin ini mampu memberikan prestasi yang lancar dan selesa, terutama ketika “ride” pada jarak yang jauh.
Model ini juga dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Dual Clutch Transmission (DCT) yang membolehkan pertukaran gear dilakukan dengan lebih lembut dan mudah.
Honda Gold Wing Tour turut dilengkapi dengan pelbagai ciri moden dan teknologi terkini seperti:
Selain itu, motosikal ini turut dilengkapi sistem beg udara yang terbina di dalam dan pernah menerima anugerah “Malaysian Innovator of the Year” dalam Malaysia Motorcycle of The Year Award.
Honda Gold Wing Tour dengan warna Gunmetal Black Metallic dijual pada harga RM217,388. Harga tersebut tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Boon Siew Honda turut menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km, mengikut mana yang tiba dahulu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi Honda BigWing Malaysia atau hadir ke bilik pameran Honda BigWing berhampiran.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Porsche Malaysia secara rasmi mengesahkan penyertaan mereka dalam musim Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2026. Bagi musim kali ini, Porsche Malaysia mempertaruhkan bakat tempatan, Naquib Azlan, yang akan beraksi dalam kategori PRO sepanjang musim bersama Team Porsche Malaysia.
Penyertaan ini sekali lagi membuktikan kesungguhan Porsche Malaysia, yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance, dalam membangunkan bakat tempatan serta membuka laluan kepada pelumba Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Untuk kempen musim 2026, Team Porsche Malaysia akan bekerjasama dengan Earl Bamber Motorsport (EBM) serta Axle Motorsports. Naquib bakal memandu jentera Porsche 911 GT3 Cup generasi 992.2 bernombor #17, sebuah kereta lumba yang dibangunkan khusus untuk siri perlumbaan one-make Porsche.
Kategori PRO dalam PCCA terkenal dengan tahap persaingan yang sangat tinggi, kerana semua pelumba menggunakan jentera dengan spesifikasi yang sama. Ini bermakna prestasi pemanduan dan kemahiran pelumba menjadi faktor utama yang membezakan kedudukan di grid perlumbaan.
Menurut Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, sukan permotoran sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA Porsche sejak lebih 75 tahun lalu.
Beliau menjelaskan bahawa Porsche Malaysia komited menyediakan platform bermakna untuk bakat tempatan, sama ada melalui perlumbaan sebenar mahupun dalam dunia maya seperti Esports.
Perjalanan Naquib Azlan dalam dunia sukan permotoran bermula pada tahun 2020 melalui sim racing, sebelum bakatnya mula mendapat perhatian dalam pertandingan kompetitif.
Namanya mula melonjak selepas muncul juara kategori Driven Dreamers dalam Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2025. Kemenangan itu membuka peluang kepada Naquib untuk menyertai Porsche Carrera Cup Asia Talent Pool Programme, sebuah program pembangunan bakat yang menyediakan latihan profesional, kem latihan serta pembangunan prestasi secara berstruktur.
Program ini menjadi platform penting yang menghubungkan dunia perlumbaan maya dengan perlumbaan sebenar di litar.
Kini, perjalanan tersebut mencapai satu tahap baharu apabila Naquib bakal beraksi sepanjang musim dalam salah satu kejuaraan one-make paling kompetitif di Asia.
Sebagai persediaan menghadapi musim perlumbaan 2026, Naquib telah menjalani Official Test Day di Zhuhai International Circuit dari 28 Februari hingga 1 Mac.
Menariknya, beliau berjaya mencatat masa terpantas keseluruhan sesi dengan catatan 1 minit 35.391 saat, sekali gus memberi petanda positif menjelang pusingan pembukaan musim.
Bagi musim 2026, jentera Porsche 911 GT3 Cup (992.2) yang dipandu Naquib tampil dengan livery biru yang dipadankan dengan aksen oren, melambangkan warna korporat Sime Motors.
Satu elemen unik turut dipaparkan pada bahagian bumbung kereta, iaitu reka bentuk pelan rasmi Porsche Experience Centre Singapore, sebuah pusat pengalaman Porsche yang dijangka dibuka pada tahun 2027. Apabila siap kelak, pusat ini bakal menjadi Porsche Experience Centre pertama di Asia Tenggara dan yang ke-11 di dunia.
Musim Porsche Carrera Cup Asia 2026 akan membuka tirainya di Shanghai, China pada 14–15 Mac, sebelum kejuaraan ini bergerak ke beberapa litar utama di rantau Asia.
Bagi peminat tempatan, kejuaraan ini juga dijadual kembali ke Sepang International Circuit bagi pusingan 9, 10 dan 11, yang akan menampilkan dua perlumbaan sprint serta satu perlumbaan format endurance.
Penyertaan Naquib Azlan dalam musim penuh Porsche Carrera Cup Asia bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga mencerminkan usaha berterusan Porsche Malaysia dalam membina laluan pembangunan bakat sukan permotoran yang lebih tersusun.
Daripada dunia sim racing hingga ke litar perlumbaan sebenar, kisah Naquib menjadi bukti bahawa peluang untuk pelumba Malaysia bersaing di pentas antarabangsa kini semakin terbuka luas.
KLIMS 2026 Kembali Dengan Fokus Mobiliti Pintar dan Teknologi Hijau
Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 secara rasminya membuka tirai di Malaysia International Trade...