Sekilas lalu
GWM TANK 300 yang dinanti-nantikan daripada Great Wall Motor kini dibuka untuk tempahan di Malaysia. Juara Off-road SUV dari China ini memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan anggaran harga RM 250,000.
Model GWM TANK 300 menampilkan reka bentuk yang gagah dan penuh prestasi. Ia menawarkan ruang dalaman yang premium dengan penggunaan fabrik NAPPA. Selain itu, GWM TANK 300 turut menawarkan perincian NVH ultra senyap dengan dua lapisan kaca akustik kalis bunyi.
TANK 300 dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu Tahap 2 (L2) yang mempunyai pembantu pemanduan pintar, antaranya Lane Departure Warning (LDW), Adaptive Cruise Control (ACC), dan Highway Assist (HWA).
Perincian Lain GWM Tank 300
Dalam pada itu, ia turut dilengkapi skrin hiburan penuh warna bersaiz 12.3 inci, dengan ciri-ciri anti-silau dan anti-pantulan serta menerima sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.
Ia dikuasakan oleh enjin petrol 4-silinder Turbo 2.0L dan Transmisi Automatik 8 Kelajuan ZF (8AT), yang menghasilkan 220 PS dan 380 Nm tork.
Model yang memfokuskan jalan luar bandar ini juga berkebolehan dalam menakluki keadaan off-road yang lasak seperti laluan berbukit dan permukaan tidak rata. Ciri-ciri seperti sistem kawalan all-terrain dengan 9 mod pemanduan, mod crawl control, dan tank turn membolehkan pemandu mengendalikan kenderaan di kawasan yang sukar.
Tambahan lagi, SUV ini menggunakan penggerak empat roda elektronik separuh masa dengan dwi-kelajuan (4WD). Ini membolehkan pertukaran antara mod penggerak dua roda (2WD) dan empat roda (4WD).
SUV ini turut mempunyai kemampuan meredah air dengan kedalaman maksimum sehingga 700 mm.
Dalam sebarang kejadian kemalangan, kenderaan akan mengaktifkan fungsi Automatic Collision Unlocking dan Automatic Collision Fuel Cutoff yang meningkatkan peluang pemandu dan penumpang untuk kekal selamat. Ciri-ciri keselamatan ini telah membolehkan TANK 300 untuk meraih pengiktirafan keselamatan 5 bintang ANCAP.
Tawaran Istimewa GWM Tank 300
300 pelanggan pertama SUV ini akan menerima pakej istimewa daripada GWM. Ini termasuk pakej servis percuma selama 5 Tahun/100,000 km yang merangkumi caj alat ganti dan buruh, mana-mana yang terdahulu.
Selain itu, jaminan powertrain seumur hidup dengan jarak tanpa had ditawarkan khas kepada pemilik pertama model ini.
GWM TANK 300 adalah model ‘Completely Built Up’ (CBU), yang dijadualkan bakal tiba di Malaysia pada Julai 2024. Selain itu, GWM HAVAL H6 HEV yang dinanti-nantikan kini turut dibuka untuk tempahan. Ia dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2024.
Sila layari [https://www.gwm.com.my/](https://www.gwm.com.my/) untuk membuat tempahan GWM TANK 300 dan GWM HAVAL H6 HEV anda hari ini.
Baca: ORA 07 – Model Pelopor GWM Pada Tahun Ini, Siap Ada Kerusi Urut!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.