Great Wall Motor (GWM) Malaysia melakar sejarah di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 dengan pelancaran dua model terbaharunya. GWM TANK 500 dan GWM WEY 80.
Kedua-dua kenderaan ini menonjolkan inovasi terkini dan kemewahan, memberikan pengalaman mobiliti yang luar biasa kepada pengguna Malaysia.
Model GWM TANK 500 dijangka memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2025. Membuktikan komitmen GWM dalam memperkenalkan kenderaan berprestasi tinggi dan canggih kepada pasaran tempatan.
GWM TANK 500
GWM TANK 500 ialah SUV 7-tempat duduk yang direka untuk mereka yang gemar meneroka pelbagai jenis permukaan jalan. Dengan panjang 5078 mm, lebar 1934 mm, dan tinggi 1905 mm. SUV ini memberikan ruang yang luas serta rekaan tegap.
Dilengkapi dengan enjin hibrid turbo 2.0 liter bersama transmisi automatik 9-kelajuan. Ia menghasilkan kuasa 258 kW dan 648 Nm tork. Ciri-ciri seperti 11 mod pemanduan, TANK Turn, dan Off-road Cruise Control menjadikannya sesuai untuk semua jenis medan. Termasuk cerun tajam dengan sudut kelegaan hadapan 36.9°.
GWM WEY 80
Sebagai MPV premium 7-tempat duduk, GWM WEY 80 menyatukan elemen elegan dan inovasi teknologi. Dengan sistem plug-in hybrid electric (DHT). Ia menghasilkan kuasa menakjubkan 487 PS dan tork 762 Nm. Menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar dan dinamik.
MPV ini juga hadir dengan bateri 37.96 kWh, yang memberikan jarak pemanduan elektrik sejauh 150 km (CLTC). Menjadikannya pilihan yang lebih mesra alam. Ruang kabin luas dengan dimensi 5045 mm panjang, 1960 mm lebar, dan 1900 mm tinggi memastikan keselesaan penumpang.
Antara ciri mewahnya termasuk tempat duduk kulit premium zero-gravity, meja lipat yang serba guna, dan sistem audio berkualiti tinggi dengan 16 pembesar suara Harman Kardon.
GWM – Melangkah ke Masa Depan
GWM terus berkembang di peringkat antarabangsa dengan rekod jualan 411,848 unit dari Januari hingga November 2024. Peningkatan 45.77% berbanding tahun sebelumnya. Di Malaysia, model hibrid pertama GWM, HAVAL H6 HEV, berjaya mencatat penghantaran 600 unit. Membuktikan penerimaan positif pengguna terhadap inovasi GWM.
Kerjasama dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB) untuk pemasangan model CKD menunjukkan komitmen GWM terhadap kualiti tinggi dan kebolehpercayaan kenderaan yang dihasilkan secara tempatan.
Lawati GWM di KLIMS 2024
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GWM TANK 500, WEY 80, dan pelbagai model lain seperti GWM ORA GOOD CAT dan HAVAL H6 HEV di KLIMS 2024. Acara ini berlangsung di MITEC Kuala Lumpur dari 5 hingga 11 Disember 2024.
Pengunjung juga boleh menyertai pertandingan media sosial untuk memenangi tiket percuma dan hadiah istimewa. Tempahan kenderaan GWM semasa acara akan disertakan dengan hadiah eksklusif, menjadikan lawatan anda lebih berbaloi.
Dari Great Wall Motors Malaysia
Baca Juga GWM Malaysia Raikan Ulang Tahun Ke-2 dengan Promosi dan Hadiah Menarik
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.