Perkukuh Peranan Malaysia Sebagai Hab Pembuatan NEV Serantau ASEAN
GWM Malaysia meneruskan langkah strategik di rantau ASEAN apabila memulakan penghantaran eksport CKD (Completely Knocked Down) pertama bagi model GWM WEY G9 ke Thailand.
Inisiatif ini menandakan perkembangan penting dalam operasi serantau GWM, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai pusat pemasangan utama bagi kenderaan New Energy Vehicle (NEV).
Penghantaran ini dibuat susulan kejayaan pemasangan tempatan GWM WEY G9 di Malaysia dan menjadi fasa seterusnya dalam pelan GWM untuk memperluaskan pasaran serantau, selain membina rantaian bekalan serta ekosistem pembuatan yang lebih bersepadu di ASEAN.

Eksport CKD Tonjol Keupayaan Pemasangan Tempatan
Pelaksanaan eksport CKD ke Thailand mencerminkan keyakinan GWM terhadap keupayaan industri automotif Malaysia dalam menghasilkan pemasangan berkualiti tinggi, pemindahan teknologi serta kesediaan untuk operasi berskala eksport.
Inisiatif ini dijangka menyumbang kepada pembangunan vendor tempatan, meningkatkan daya saing industri pemasangan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam strategi serantau GWM.
Penghantaran tersebut telah disaksikan oleh Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, bersama Ketua Pegawai Operasi, Roslan Abdullah, selaras dengan komitmen syarikat terhadap pertumbuhan jangka panjang di rantau ini.
Malaysia Sebagai Hab Strategik Mobiliti New Energy
Roslan Abdullah berkata, penghantaran CKD GWM WEY G9 ke Thailand mencerminkan asas pasaran serantau yang sedang dibina oleh GWM di ASEAN.
Menurut beliau, peranan Malaysia sebagai hab pemasangan strategik membolehkan sokongan diberikan kepada pasaran negara jiran melalui penawaran produk New Energy yang lebih maju, di samping memperkukuhkan integrasi rantaian bekalan serantau.
Tambahnya lagi, langkah ini merupakan sebahagian daripada perancangan berterusan GWM untuk memperluaskan kehadirannya di ASEAN sejajar dengan peralihan industri automotif ke arah elektrifikasi.
GWM WEY G9 Gabungkan Kejuruteraan Global dan Kualiti Tempatan
Sementara itu, Cui Anqi menjelaskan bahawa GWM WEY G9 dibangunkan berasaskan kejuruteraan global GWM dan diperkukuhkan dengan kualiti pemasangan tempatan.
Eksport ke Thailand ini menunjukkan keupayaan operasi GWM Malaysia dalam menyokong perkembangan serantau jenama tersebut, bukan sahaja dari sudut logistik tetapi juga perancangan jangka panjang New Energy GWM.
Teknologi NEV Premium untuk Pasaran Thailand
Model GWM WEY G9 yang dieksport ke Thailand dibina di atas platform teknologi New Energy GWM yang canggih, disokong oleh penyelidikan global serta kawalan kualiti pemasangan tempatan. Antara ciri dan teknologi utama yang ditawarkan termasuk:
Sistem Pintar Hibrid 4WD (Hi4)
Teknologi keselamatan pintar terkini
Kabin premium yang menekankan keselesaan pengguna keluarga dan perniagaan
Pemasangan Tempatan Perkukuh Daya Saing Serantau
Program CKD GWM di Malaysia terus diperkasakan melalui pembangunan kemahiran tenaga kerja tempatan serta peningkatan keupayaan teknikal.
Usaha ini bukan sahaja memperlihatkan potensi Malaysia dalam segmen NEV, malah menyokong komitmen GWM terhadap pertumbuhan serantau yang mampan.
Seiring dengan eksport CKD ini, GWM Malaysia turut membuat persiapan untuk pelancaran rasmi GWM WEY G9 di pasaran tempatan pada awal tahun 2026.
Maklumat lanjut berhubung pelancaran tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat, selari dengan pelan hala tuju New Energy Vehicle GWM di Malaysia dan rantau ASEAN.
Baca Juga : Haval H6 HEV Pacu Lonjakan GWM Malaysia, Pasaran Hibrid Terus Kukuh
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!









