Automotif

Gumball 3000 – Sambut Ulang Tahun Ke-25 dari Saigon ke Singapura!

Share

Pada 14 hingga 22 September 2024 lalu, Gumball 3000 Rally menyambut ulang tahun ke-25 dengan laluan epik sejauh 3,000km dari Saigon hingga Singapura. 

Acara yang penuh warna dan glamor ini telah melalui beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Vietnam, Kemboja, Thailand, Malaysia, dan Singapura. Menyatukan selebriti antarabangsa, peminat kereta mewah, dan pencinta sukan permotoran dalam satu perjalanan hebat.

Perjalanan yang bermula di bandar Ho Chi Minh (Saigon) dengan lebih 100 kereta yang menakjubkan. Termasuk kereta vintaj Porsche hingga hypercar Bugatti dan Koenigsegg. 

Bukan sekadar konvoi kereta biasa, ia bertukar menjadi festival kereta, muzik, dan pesta VIP setiap malam! Antara nama-nama besar yang turut serta termasuk IShowSpeed yang memandu Lamborghini Huracan STO, legenda bola sepak Patrice Evra dengan Rolls Royce Cullinan, serta YouTubers popular seperti Lazarbeam, Lachlan, dan Vikkstar.

President Gumball 3000

Maximillion Cooper, pengasas Gumball 3000, mengetuai barisan pemandu dengan Lamborghini SVJ. Bersama bintang YouTube automotif terkenal, MrJWW. Dengan barisan selebriti, bintang sukan, ahli perniagaan, serta kerabat diraja dari lebih 40 negara, acara ini menjanjikan satu pengalaman luar biasa.

Acara pembukaan berlangsung di tengah-tengah Saigon pada 14 September, dengan pertunjukan muzik yang dihoskan oleh DJ terkenal seperti Martin 2 Smoove dan Andy Purnell.

Keesokan harinya, IShowSpeed mengibarkan bendera permulaan untuk menandakan bermulanya perlumbaan pada tengah hari di Le Loi Boulevard, Saigon.

Sepanjang laluan, peserta akan berhenti di Phnom Penh, Siem Reap, Angkor Wat, Bangkok, dan Krabi, sebelum sampai ke Kuala Lumpur pada 20 September. Di sini, Ja Rule akan membuat persembahan eksklusif di The Exchange TRX Mall. 

Laluan terakhir membawa peserta ke Singapura pada hujung minggu F1. Di mana trofi Spirit of Gumball yang diidamkan akan diserahkan dalam gaya Gumball yang ikonik di atas bumbung Marina Bay Sands yang menakjubkan.

Kutipan Amal

Selain dari keseronokan perlumbaan, Gumball 3000 juga menekankan usaha amal melalui acara tahunan Gumball 3000 Foundation.

Acara gala amal dan lelongan akan diadakan di Angkor Wat. Di mana hasil kutipan akan digunakan untuk membantu program belia. Termasuk membina padang sukan terapung di Kampong Kleang, Kemboja.

Serta menyokong kempen “Supply the Ride” untuk menyumbangkan peralatan papan selaju di sepanjang laluan.

Laluan epik ini bukan sahaja mempamerkan budaya yang kaya dan berbeza di setiap negara yang dilalui. Tetapi juga memperlihatkan kepelbagaian dan semangat Gumball 3000 dalam menyatukan manusia dari pelbagai latar belakang.

Maximillion Cooper berkata, “Laluan ini adalah cara yang luar biasa untuk meraikan ulang tahun ke-25 Gumball 3000. Sambil menyokong program amal yang memberi peluang lebih besar kepada golongan belia di seluruh dunia.”

Dari Gumball 3000

Baca Juga Aston Martin dan Brough Superior Perkenal versi AMB 001 Pro

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan