Automotif

Grab Kini Ada Kid-Friendly Rides, Kerusi untuk Kanak-Kanak 4-12 Tahun

Share

Grab Malaysia Perkenal Kid-Friendly Rides, Sediakan Kerusi Booster Untuk Kanak-Kanak

Grab Malaysia memperkenalkan Kid-Friendly Rides (Beta), satu ciri tempahan e-hailing khusus untuk keluarga yang membawa kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun.

Inisiatif ini merupakan kerjasama bersama Koopers serta penglibatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), perkhidmatan ini menyediakan kenderaan terpilih yang dilengkapi satu kerusi booster bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan penumpang kanak-kanak.

Grab Fokus Keselamatan untuk Kanak-Kanak

Kid-Friendly Rides (Beta) ditawarkan menerusi kenderaan Standard 6-Seater

, dengan pemandu-rakan Grab yang terlibat diberikan latihan berkaitan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Buat masa ini, hanya beberapa kenderaan terpilih dilengkapi kerusi booster yang disediakan oleh Koopers.

Menurut Pengarah Eksekutif Grab Malaysia, Rashid Shukor, inisiatif tersebut diperkenalkan bagi memudahkan perjalanan keluarga tanpa perlu membawa sendiri kerusi keselamatan kanak-kanak yang besar dan berat.

Beliau berkata, penyediaan kerusi booster itu turut mencerminkan usaha bersama Grab, Kementerian Pengangkutan, MIROS dan Koopers dalam meningkatkan aspek keselamatan kanak-kanak ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Buat Masa Ini Hanya Untuk Perjalanan ke KLIA

Pada peringkat awal, Kid-Friendly Rides (Beta) hanya boleh ditempah menerusi fungsi Advance Booking untuk perjalanan ke dan dari KLIA Terminal 1 serta KLIA Terminal 2

.

Grab merancang memperluaskan perkhidmatan ini secara berperingkat ke kawasan lain di Lembah Klang sebelum diperkenalkan di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Untuk membuat tempahan, pengguna perlu membuka aplikasi Grab, memilih menu Car, kemudian menekan pilihan Advance Booking sebelum menetapkan waktu perjalanan.

Selepas memasukkan lokasi pengambilan atau destinasi yang melibatkan perjalanan ke atau dari lapangan terbang, pilihan Kid-Friendly Rides boleh dipilih di bawah kategori Standard 6-Seater atau Grab EV Exec.

Caj Tambahan RM10 Untuk Standard 6-Seater

Bagi tempahan Standard 6-Seater, setiap perjalanan menyediakan satu kerusi booster dengan caj tambahan sebanyak RM10.

Kerusi tersebut ditawarkan untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun.

Sementara itu, pengguna yang menempah Grab EV Exec akan menerima penggunaan kerusi booster Koopers Boost Fix tanpa caj tambahan sebagai kemudahan nilai tambah.

Pengenalan Kid-Friendly Rides melengkapkan lagi ciri keselamatan yang ditawarkan Grab sebelum ini termasuk AudioProtect dan Women-Only Rides (Beta).

Baca Juga : Caltex StarCard Perluas Pengurusan Bahan Api Kenderaan Operasi Menerusi Kerjasama Dengan KDEBWM

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi