Volkswagen secara rasmi memperkenalkan T-Roc 2026, model generasi kedua crossover kompak berasaskan Golf yang tampil dengan rekaan lebih segar, ruang dalaman serba baharu serta trenkuasa hibrid yang bakal menjadi tonggak penting dalam barisan produk VW.
Sejak pelancaran pertamanya pada tahun 2017, T-Roc sudah mencatatkan lebih dua juta unit jualan global, menjadikannya antara model paling popular dalam segmen ini.
Menariknya, T-Roc baharu juga bakal menjadi model enjin pembakaran dalaman terakhir yang sepenuhnya baharu diperkenalkan oleh Volkswagen. Selebihnya akan beralih kepada elektrik sepenuhnya jika pasaran mengizinkan.
Kredit Foto : Website Autocar
Rekaan Lebih Rugged dan ‘Lifestyle’
Menurut perekanya, Stefan Wallburg, T-Roc baharu dicipta untuk lebih menonjol berbanding Golf dengan identiti tersendiri.
Beliau menyifatkan T-Roc sebagai “lebih rugged, berkuasa dan emosional”, sementara Golf digambarkan lebih tenang dan konservatif.
Secara dimensi, T-Roc Mk2 lebih panjang 120mm berbanding model lama, kini berukuran 4,373mm sebaris dengan pesaing seperti Toyota C-HR, Mazda CX-30 dan Kia Niro.
Siluet ‘coupé-esque’ masih dikekalkan, namun kini dipadankan dengan bahasa rekaan terkini VW seperti bar cahaya LED melintang di depan dan belakang, gril baharu mirip Passat/Tiguan, serta pilihan rim sehingga 20 inci.
Kredit Foto : Website Autocar
Pilihan Trenkuasa: Dari Mild Hybrid ke HEV
Pada peringkat awal pelancaran November ini, T-Roc akan ditawarkan dengan enjin 1.5L turbo petrol mild hybrid dalam dua talaan kuasa (114hp atau 148hp), dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar 7-kelajuan.
Ads
Varian lebih berkuasa menggunakan enjin 2.0L mild hybrid dengan pacuan semua roda akan menyusul tahun depan.
Namun yang paling dinantikan ialah kemunculan trenkuasa hibrid penuh (HEV) pertama Volkswagen pada tahun 2026.
Sistem ini berfungsi hampir sama dengan teknologi “self-charging hybrid” Toyota, menggabungkan enjin petrol dengan motor elektrik untuk meningkatkan penjimatan minyak dan mengurangkan emisi.
Kuasa output dijangka antara 134hp hingga 168hp dengan tork sehingga 226lb ft, sementara bateri dipasang di bawah tempat duduk belakang.
Walaupun jarak pemanduan elektrik penuh masih dirahsiakan, jurutera VW memberi bayangan ia mampu bergerak pada jarak pendek tanpa enjin sesuai untuk pemanduan bandar.
Ads
Kredit Foto : Website Autocar
Fleksibiliti Platform dan Masa Depan
T-Roc baharu dibina atas platform MEB Evo yang turut menyokong PHEV, namun VW memilih untuk melancarkannya sebagai HEV terlebih dahulu.
Menurut CEO Volkswagen, Thomas Schäfer, terdapat kemungkinan sistem hibrid plug-in dari Golf eHybrid turut ditawarkan kelak.
Walaupun VW menyatakan T-Roc ini sebagai model enjin pembakaran terakhir, Schäfer memberi isyarat strategi trenkuasa mereka masih fleksibel.
Beliau menegaskan semuanya bergantung pada permintaan pasaran serta dasar EU menjelang 2035.
Ads
Kredit Foto : Website Autocar
Kabin Lebih Premium dan Mesra Pengguna
Bahagian dalaman T-Roc kini lebih moden dengan padanan elemen premium seperti:
Paparan digital 10 inci untuk meter utama
Skrin infotainmen 12.9 inci dengan integrasi moden
Head-up display
Rotari digital multifungsi baharu untuk kawalan mod pemanduan, audio dan tetapan kabin
VW turut memberi fokus kepada kualiti binaan, dengan pertemuan panel lebih kemas dan susun atur lebih intuitif.
“Anda lihat sesuatu dan terus faham fungsinya,” kata Wallburg, menggambarkan falsafah rekaan dalaman baharu VW.
Kredit Foto : Website Autocar
Varian dan Harga
Volkswagen T-Roc 2026 bakal ditawarkan dalam empat trim utama: Base, Life, Style dan R-Line, dengan pelbagai pakej pilihan tambahan.
Harga rasmi belum diumumkan, namun dijangka bermula sedikit atas £30,000, menjadikan kedudukannya tepat di antara Golf dan Tiguan.
Acara Suzuki Monsoon Getaway 2.0 yang berlangsung di Port Dickson pada 19 Oktober 2024 telah mencipta detik penuh sejarah buat En. Mohamed Bin Bahari, 50 tahun, dari Johor Bahru apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama sebuah motosikal Suzuki Hayabusa 2024 dalam cabutan bertuah Platinum.
Konvoi Suzuki V-Strom Meriahkan Acara
En. Mohamed, seorang ahli aktif Suzuki V-Strom Owner’s Club Malaysia (SVOCM), menghadiri acara ini bersama 65 ahli kelab yang lain.
Konvoi motosikal Suzuki V-Strom mereka dari Johor Bahru ke Port Dickson menambahkan lagi kemeriahan acara, yang turut disertai ribuan pemilik motosikal Suzuki dari seluruh Malaysia.
Pelbagai Aktiviti Menarik di Suzuki Monsoon Getaway 2.0
Acara Suzuki Monsoon Getaway 2.0 yang dianjurkan oleh Suzuki Malaysia menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti konvoi motosikal, sesi uji tunggang, pameran motosikal, jualan eksklusif, serta acara kemuncak cabutan bertuah.
Kemenangan En. Mohamed dalam cabutan bertuah dan memenangi Suzuki Hayabusa 2024 menjadi kemuncak utama acara ini.
Platform Mengukuhkan Persaudaraan Peminat Suzuki
Suzuki Monsoon Getaway 2.0 sekali lagi berjaya menjadi platform yang mengukuhkan hubungan antara pemilik motosikal Suzuki di Malaysia.
Komitmen Suzuki Malaysia dalam menghidupkan semangat permotoran dan menyatukan peminatnya melalui program sebegini jelas terbukti.
Diharapkan acara seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang.
Kuala Lumpur Bakal Jadi Hab Pameran EV Dua Roda Asia Tenggara
Kuala Lumpur bakal menjadi pentas utama dalam memacu agenda mobiliti elektrik serantau.
Acara EV Rider Malaysia 2025 bakal berlangsung di SALOMA KLCC Kuala Lumpur.
Acara berprestij ini bakal menghimpunkan pelbagai jenama utama motosikal elektrik serta komuniti peminat dan pemain industri dari seluruh Asia Tenggara.
Menjulang Aspirasi Mobiliti Hijau Negara
Acara ini merupakan anjuran secara bersama oleh GGR Motor, Everxon dan SAU, dengan sokongan PHI dan Bateriku.com sebagai rakan niaga rasmi.
EV Rider Malaysia 2025 menjadi platform penting dalam menjayakan aspirasi kerajaan ke arah mobiliti rendah karbon dan sasaran neutral karbon menjelang 2050.
Acara ini menekankan kepentingan peralihan kepada kenderaan elektrik dua roda, seiring inisiatif kelestarian alam sekitar dan pembangunan teknologi hijau negara.
Pameran Motosikal
Antara jenama utama yang akan membuat penampilan termasuklah GGR EV, VOTOL, YADEA, ZEZHO, MARiiCAS, EBIXON, CHARGEV, SURALUXE, VIMOTA, dan BLUESHARK.
Kepada pemilik kenderaan EV yang “standard” atau “modified” anda boleh menyertai autoshow yang diajurkan dengan 6 kategori yang dipertandingkan.
Daya Tarikan Serantau, Impak Tempatan
Sebagai antara acara EV terbesar di Malaysia, EV Rider Malaysia 2025 dijangka menarik ribuan pengunjung.
Kehadiran jenama antarabangsa dan sokongan padu pelbagai pihak memperkukuh imej Malaysia sebagai peneraju mobiliti elektrik di Asia Tenggara.
Aspirasi Masa Depan, Akses Komuniti
Acara ini turut menjadi peluang kepada masyarakat umum untuk melihat sendiri kelebihan kenderaan elektrik dari sudut penjimatan kos, impak alam sekitar dan kemajuan teknologi.
Dengan pendekatan inklusif dan interaktif, acara ini diyakini mampu mengubah persepsi pengguna dan menggalakkan penggunaan meluas motosikal elektrik, khususnya di kawasan bandar dan luar bandar.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Porsche Asia Pacific melancarkan rangkaian Taycan serba baharu yang dinanti-nantikan di Asia Tenggara.
Acara ini berlangsung di Pasir Panjang Power Station, Singapura.
Dalam majlis pelancaran tersebut, Porsche turut mengejutkan hadirin dengan penampilan istimewa Taycan Turbo S ‘Celestial Jade’, sebuah model khas yang dicipta melalui program Sonderwunsch.
Acara Pelancaran Yang Unik
Acara pelancaran ini benar-benar menghidupkan elemen-elemen ‘Performance, Design and Soul’ yang menjadi teras kepada Taycan baharu.
Dengan arena yang dihiasi ala landasan fesyen, Porsche melancarkan tujuh varian baharu kereta elektrik ini, termasuk versi Cross Turismo.
Setiap satu model menampilkan keupayaan yang lebih mantap dan reka bentuk yang lebih tajam.
Di akhir acara, Porsche memperkenalkan buat pertama kalinya Taycan Turbo S Celestial Jade, sebuah kereta istimewa yang direka khas melalui program Sonderwunsch.
Gandingan Prestasi, Reka Bentuk dan Keunggulan Teknologi
Taycan baharu kini boleh didapati dalam dua varian – sport sedan dan Cross Turismo yang lebih berorientasikan pengembaraan.
Reka bentuknya yang “clean” dan minimalis kini lebih diasah dengan bahagian hadapan dan belakang yang diperbaharui, serta lampu depan dan belakang yang direka semula.
Lampu depan kini dilengkapi teknologi HD Matrix beresolusi tinggi yang memberikan grafik empat titik khas pada waktu malam.
Taycan juga dilengkapi motor elektrik baharu yang memberikan tambahan 80 kW berbanding model terdahulu, tetapi lebih ringan sebanyak 10.4 kg.
Ini menjadikan Taycan lebih pantas, dengan model asasnya mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.8 saat – 0.6 saat lebih pantas daripada versi sebelum ini.
Model ini mampu mencapai pecutan dari 0-100 km/j dalam hanya 2.4 saat, yang juga 0.4 saat lebih pantas daripada sebelumnya.
Fungsi baharu ‘Push-to-Pass’ dalam pakej Sport Chrono juga menambahkan elemen menyeronokkan, dengan memberikan lonjakan kuasa sementara hingga 70 kW untuk tempoh 10 saat, sesuai untuk pemanduan di bandar atau lebuh raya.
Taycan Turbo S Celestial Jade: Kombinasi Seni dan Teknologi
Apa yang lebih menarik adalah pengenalan Taycan Turbo S Celestial Jade yang memukau, hasil ciptaan khas melalui program Sonderwunsch.
Warna kenderaan ini menggunakan teknik ChromaFlair yang pertama kali digunakan pada model Porsche.
Menggabungkan dua warna unik ‘Urban Bamboo’ dan ‘Shifting Carbon’ yang memberikan kesan berkilau apabila dilihat dari sudut berbeza.
Selain itu, model ini turut dihiasi dengan logo khas ‘LongMa’.
Simbol legenda dengan kepala naga dan badan kuda, yang melambangkan kekuatan dan kemakmuran.
Perkataan Taycan yang berasal daripada perkataan Turki membawa maksud ‘jiwa kuda muda yang bersemangat’, dilancarkan sempena Tahun Naga 2024.
Harga dan Ketersediaan
Harga bagi Taycan baharu bermula dari RM 575,000, dengan penghantaran dijangka bermula menjelang akhir 2024.
Taycan Turbo S Celestial Jade pula akan dipamerkan secara eksklusif di Porsche Studio Singapura sebelum memulakan jelajah Asia Tenggara ke Malaysia dan Thailand.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
BYD Tech Discovery Himpun Teknologi EV Terkini
BYD Malaysia bersama DENZA dan BYD Sime Motors melancarkan BYD Tech Discovery, sebuah jelajah teknologi EV pertama di...