Automotif

G-Class Edisi Terhad, Eksklusiviti yang Tiada Tandingan

Share

Bagi para peminat kereta mewah di seluruh dunia, peluang untuk memiliki sebuah G-Class yang unik dan eksklusif kini menjadi kenyataan. Dalam sambutan Hari Valentine, 300 orang pemilik bertuah berpeluang untuk memiliki sebuah G-Class yang diberi nama yang, G-Class Stronger Than Diamonds Edition.

Model G-Class edisi terhad ini mengambil asas daripada varian G 550 yang cukup terkenal dengan kuasa V8 turbo berkembarnya, mampu menghasilkan 416 hp dan 610 Nm tork. Diperkuat dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda, G-Class edisi berlian ini mampu memecut dari 0-96 km/j dalam masa hanya 5.6 saat.

Kredit Foto: Mercedes Benz

Antara ciri eksklusif yang membezakan G-Class edisi terhad ini adalah warna luaran merah jambu Manufaktur Rosewood Gray Magno, serta panel bumbung dan rim berwarna hitam. Logo berlian turut ditemui pada setiap pemegang pintu di bahagian luar, menambah lagi aura kemewahan.

Sebagaimana namanya, G-Class Stronger Than Diamonds ini turut memaparkan empat unit berlian 0.25 karat pada bahagian pin kunci pintu keluli tahan karat. Setiap pembelian turut disertakan dengan sijil rasmi daripada Responsible Jewelry Council (RJC) untuk memastikan berlian yang digunakan diperoleh daripada sumber yang bertanggungjawab secara beretika.

Kredit Foto: Mercedes Benz

Ciri lain termasuk plet ambang pintu yang bercahaya serta emblem “Stronger Than Diamonds” yang terdapat pada fob kunci. Kesemua ini menambah nilai estetika dan keunikannya. Untuk keselamatan, tiada sebarang berlian asli diletakkan di bahagian luar kereta bagi mengelakkan perhatian daripada golongan pencuri.

Harga untuk G-Class edisi terhad ini bermula dari $201,100 (sekitar RM961,560), menjadikannya lebih mahal berbanding dengan sebuah G 550 standard sebanyak $56,950 (sekitar RM272,306). Walaupun harganya tinggi, namun keunikan dan kemewahan yang ditawarkan pastinya memberi kepuasan kepada mereka yang mampu memilikinya.

Baca: ‘Balik Kampung’! Dua Buah Mercedes-Benz W123 Dipandu Hingga Ke Jerman!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan