Automotif

Ford Ranger Getaways Inisiatif Latihan 4X4 Untuk Pemilik Ranger dan Ranger Raptor

Share

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, telah melancarkan siri baru Ford Ranger Getaways yang menyediakan pengembaraan off-road dan latihan 4×4 untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

Antara aktiviti yang ditawarkan melalui siri ini adalah :

Latihan Off-Road 4×4 Ranger dan Cabaran Rakit Air

Acara ini dijadualkan pada 20 April 2024 di Kampung Ulu Slim, Perak. Sesi ini bukan sahaja melibatkan latihan 4×4,  tetapi juga termasuk cabaran rakit air yang menarik sepanjang Sungai Slim. Acara ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran pemanduan mereka sambil menikmati keindahan semula jadi.

 

Latihan Kemahiran 4WD Sar4Trac

Akan diadakan pada 27 April 2024 di Kampung Beriang, Bau, Sarawak, acara ini direka untuk mengasah kemahiran pengendalian 4×4 bagi beginner hingga pemandu berpengalaman. Latihan yang diadakan oleh Sarawak 4×4 Training Academy ini menerima respons positif daripada sesi interaktif dan pembelajaran langsung di lokasi yang sebenar.

Ford Ranger Getaways bukan sekadar aktiviti luar, tetapi sebuah platform yang membolehkan pemilik Ford Ranger untuk mendapat ilmu yang praktikal dan langsung daripada para pakar. Dengan sesi latihan yang merangkumi aspek keselamatan, teknik pemanduan, dan penggunaan ciri-ciri yang ada pada kenderaan, pemilik diberi peluang untuk menjelajahi pontesi maksimum kenderaan mereka di medan off-road.

Selain peningkatan kemahiran, Ford Ranger Getaways juga menyokong pembinaan komuniti di antara pemilik Ranger. Pemilik Ranger daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai minat yang sama, dapat menjadikan acara ini sebagai platform ideal untuk berkongsi pengalaman, petua, dan membina persahabatan.

Bagi mereka yang berminat, kapasiti acara adalah terhad dan hanya tersedia untuk yang mendaftar awal. Maklumat lebih lanjut mengenai Ford Ranger Getaways dan aktiviti yang akan datang boleh diakses melalui platform e-dagang SDAC-Ford, di mana pendaftaran dan transaksi boleh dilakukan secara dalam talian.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi