Automotif

Festival GT-R 2024, Perhimpunan Terbesar GT-R di Malaysia dan Rekod Baharu Menanti

Share

Jika anda pemilik Nissan GT-R R35, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara epik GT-R Festival 2024.

Acara ini akan berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober 2024 di Crowne Plaza Penang Straits City, Pulau Pinang.

Perhimpunan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dijangka menjadi perhimpunan terbesar pemilik GT-R di Malaysia, serta berusaha mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records.

Acara yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini merupakan sebahagian daripada rangkaian acara “warming up” sebelum Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur, yang dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024.

Bagi peminat tegar GT-R, acara ini turut menyediakan peluang untuk bertemu dengan individu penting di sebalik kejayaan model GT-R moden, Hiroshi Tamura, yang dikenali sebagai “Bapa GT-R Moden.”

Hiroshi Tamura: Ikon di Sebalik Kejayaan Nissan GT-R Moden

Bagi mereka yang mengagumi kehebatan Nissan GT-R, nama Hiroshi Tamura pastinya tidak asing lagi.

Tamura bukan sahaja dikenali sebagai Ketua Pakar Produk Nissan, tetapi juga dilabel sebagai bapa kepada GT-R moden.

Berusia 62 tahun, Tamura memulakan kerjayanya di Nissan pada tahun 1984 sebelum dipindahkan ke Autech, anak syarikat Nissan yang bertanggungjawab menghasilkan versi modifikasi GT-R.

Selepas kembali ke Nissan pada 1993, Tamura terlibat dalam perancangan model R34 Skyline GT-R, salah satu model GT-R yang paling digilai sehingga kini.

Pada tahun 2006, beliau dilantik sebagai Ketua Pakar Produk dan sejak itu menjadi simbol utama kepada evolusi GT-R.

Namun, Tamura bukan sekadar seorang jurutera. Beliau juga merupakan seorang pelumba kereta dan ikon dalam dunia permainan video, di mana beliau menyokong aspirasi Kazunori Yamauchi dalam mencipta permainan memandu yang realistik, Gran Turismo.

Sokongan Tamura terhadap inovasi dalam dunia sebenar dan maya menjadikan beliau sebagai individu yang disegani dalam dunia automotif global.

Perhimpunan Epik dan Rekod Baru Menanti

GT-R Festival bukan sekadar perhimpunan biasa.

Ia dijangka menarik penyertaan yang cukup besar untuk mencipta rekod baru sebagai perhimpunan terbesar pemilik GT-R di Malaysia.

Pemilik GT-R bukan sahaja berpeluang berkongsi minat bersama, malah dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang disusun sepanjang hujung minggu tersebut.

Penyertaan dibahagikan kepada dua kategori eksklusif – Elite dan Ultimate Elite – dengan harga masing-masing RM1,999 dan RM3,499.

Kedua-dua pakej ini menawarkan pengalaman yang lengkap termasuk penginapan di hotel lima bintang, pelbagai aktiviti eksklusif, dan kesempatan untuk berinteraksi secara dekat dengan Hiroshi Tamura.

Pakej Penyertaan

Elite: RM1,999 (Terhad kepada 250 kereta)

  • Penginapan 3 hari 2 malam di Crowne Plaza Penang Straits City untuk 2 orang, termasuk sarapan
  • Makan malam perhimpunan pemilik GT-R
  • Konvoi pagi merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang menuju Setia Spice
  • Sesi bertemu Hiroshi Tamura secara eksklusif
  • Majlis After Party di Crowne Plaza
  • Penggambaran epik perhimpunan terbesar GT-R di Malaysia
  • 1 t-shirt edisi terhad GT-R Fest
  • 2 tiket percuma ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur

Ultimate Elite: RM3,499 (Terhad kepada 20 peserta)

  • Makan malam eksklusif bersama Hiroshi Tamura di Crowne Plaza
  • Jaket edisi khas GT-R Festival
  • 2 tiket VIP percuma ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024
  • Penginapan 3 hari 2 malam di Crowne Plaza Penang Straits City
  • Makan malam perhimpunan pemilik GT-R
  • Konvoi pagi merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang
  • Sesi bertemu Hiroshi Tamura secara eksklusif
  • After Party di Crowne Plaza
  • Penggambaran epik perhimpunan terbesar GT-R di Malaysia
  • 1 t-shirt edisi terhad GT-R Fest

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.