Automotif

F1 – McLaren Julang Kejuaraan Konstruktor Selepas 26 Tahun, Ferrari Kedua

Share

Lando Norris menutup musim Formula 1 2024 dengan penuh bergaya apabila memenangi Grand Prix Abu Dhabi. Ini secara langsung membantu McLaren menamatkan kemarau kejuaraan konstruktor sejak 1998. 

Pemanduan mantap Norris memastikan kemenangan dominan yang tidak hanya menceriakan peminat tetapi juga membuktikan kekuatan pasukan “papaya” di penghujung musim.

Drama Grid Hadapan

Perlumbaan bermula dengan penuh drama apabila Norris yang bermula dari petak pertama berjaya mengekalkan kedudukan. Manakala rakan sepasukannya, Oscar Piastri, terlibat dalam insiden dengan Max Verstappen ketika perebutan tempat kedua. 

Verstappen dikenakan penalti, sementara Piastri terjatuh jauh ke belakang. Malah, Piastri turut dikenakan penalti kerana kemalangan dengan pemandu Williams, Franco Colapinto.

Walaupun terdapat pelbagai pertempuran sengit di seluruh litar, termasuk saingan dari Ferrari. Norris terus tenang dan memastikan kemenangan dengan kelebihan lima saat di hadapan bekas rakan sepasukannya, Carlos Sainz. Kemenangan ini sekaligus mengesahkan McLaren sebagai juara konstruktor.

Lando dan Zak bergambar untuk kamera selepas muncul juara konstruktur pasukan pengeluar F1 2024

Charles Leclerc memberikan persembahan cemerlang untuk Ferrari apabila bangkit dari kedudukan ke-19 di grid untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Saingan di belakang Leclerc turut mencuri tumpuan apabila George Russell dan Lewis Hamilton, kedua-duanya dari Mercedes. Bertarung hingga saat akhir, dengan Hamilton berjaya merampas tempat keempat dalam perlumbaan terakhirnya bersama pasukan itu.

Persembahan Grid Tengah

Verstappen, meskipun dihukum awal, bangkit untuk menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Pierre Gasly membantu Alpine mengukuhkan kedudukan mereka di tempat keenam kejuaraan konstruktor dengan tamat di tempat ketujuh. 

Nico Hulkenberg membawa Haas ke kedudukan kelapan, diikuti Fernando Alonso dari Aston Martin di tempat kesembilan. Sementara Piastri hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh – prestasi mengecewakan meskipun McLaren berjaya.

Charles Leclerc – Dominasi litar pada pusingan pertama, dari P19 ke P3

Grid 10 Terakhir

Pelumba lain seperti Alex Albon dari Williams dan Yuki Tsunoda dari Red Bull tidak berjaya meraih mata. Masing-masing di tempat ke-11 dan ke-12. Zhou Guanyu menamatkan perlumbaan terakhirnya untuk Kick Sauber di tempat ke-13. 

Pelumba debut Alpine, Jack Doohan, berada di kedudukan ke-15, persediaan menjelang musim penuhnya tahun depan.

Kemalangan turut menghiasi perlumbaan ini. Liam Lawson menamatkan musim dengan dramatik apabila keretanya mengalami kerosakan enjin di akhir perlumbaan. 

Rakan sepasukannya, Valtteri Bottas, terpaksa bersara awal akibat tayar bocor. Sergio Perez pula mencatat DNF selepas berpusing akibat insiden dengan Bottas pada pusingan pertama, sekali gus menghangatkan spekulasi tentang masa depannya.

Verstappen – Hanya menamatkan P6 di perlumbaan GP 2024 terakhir

Petikan Penting


“Ia satu perasaan yang luar biasa, bukan untuk diri saya sahaja tetapi untuk seluruh pasukan,” kata Norris. “Pasukan telah melakukan kerja yang luar biasa sepanjang tahun ini. Saya sangat bangga dengan semua orang. Untuk memenangi kejuaraan konstruktor selepas 26 tahun adalah sesuatu yang sangat istimewa.”

Apa Selepas Ini?


Musim 2024 telah berakhir, tetapi pasukan akan kembali ke Yas Marina Circuit minggu depan untuk ujian selepas musim. Musim 2025 pula dijangka bermula dengan ujian pramusim di Bahrain pada Februari, sebelum aksi sebenar bermula di Australia pada Mac.

Dari Formula One

Baca Juga Pelumba F1 Minta FIA Layan Mereka Seperti Orang Dewasa

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan