Ads

Proton e.MAS 7 PHEV Dibuka untuk Tempahan

Model PHEV pertama PROTON, diuji sejauh 1,100 km tanpa henti

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik PROTON, secara rasmi mengumumkan pembukaan tempahan bagi Proton e.MAS 7 PHEV serba baharu.

Ini merupakan model Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) pertama jenama tersebut, sekali gus menandakan kemunculan kenderaan elektrik dwi-kuasa pertama PROTON di pasaran tempatan.

Bagi membuktikan keupayaan sebenar teknologi PHEV ini dalam penggunaan dunia sebenar, PRO-NET telah menganjurkan sesi pemanduan siaran langsung selama 25 jam yang berlangsung sepanjang dua hari.

Laluan sejauh lebih 1,100 km bermula dari Pulau Pinang, merentas Lebuhraya Utara–Selatan hingga ke Johor Bahru sebelum kembali ke PROTON Centre of Excellence (COE).

Menariknya, perjalanan ini diselesaikan menggunakan kenderaan yang sama tanpa perlu mengisi minyak atau mengecas semula, sekali gus menonjolkan kecekapan sistem dwi-kuasa e.MAS 7 PHEV dalam penggunaan sebenar di atas jalan raya di Malaysia.

Proton e.MAS 7 PHEV Dibuka untuk Tempahan

Anggaran Harga Proton e.MAS 7 PHEV RM110k – RM130k

Seiring pembukaan tempahan, PRO-NET turut mendedahkan anggaran harga Proton e.MAS 7 PHEV sekitar RM110,000 hingga RM130,000. Kedudukan harga ini meletakkan model berkenaan sebagai pilihan PHEV yang kompetitif, dengan fokus kepada pemanduan elektrik harian serta ketenangan minda untuk perjalanan jarak jauh.

Ads

Proton e.MAS 7 PHEV dibangunkan dengan keutamaan pada pemanduan elektrik, disokong oleh enjin petrol untuk fleksibiliti maksimum.

Sistem ini merangkumi transmisi hibrid khusus 11-dalam-1, bateri LFP (Lithium Ferro Phosphate) serta pengurusan tenaga pintar yang menukar mod EV dan hibrid secara automatik mengikut situasi pemanduan.

Hasilnya, pemanduan lebih senyap, cekap dan lancar, sama ada di bandar, lebuh raya atau ketika mendaki cerun panjang.

Proton e.MAS 7 PHEV Dibuka untuk Tempahan

Ads

Untuk kegunaan harian, e.MAS 7 PHEV beroperasi dalam mod EV atau siri hibrid, di mana enjin petrol bertindak sebagai penjana tenaga.

Pada kelajuan lebuh raya atau keadaan tertentu, sistem klac akan diaktifkan bagi membolehkan enjin memacu roda secara terus atau bekerjasama dengan motor elektrik.

Pendekatan ini memastikan imbangan terbaik antara prestasi, kecekapan dan keselesaan pemanduan.

Selain teknologi trenkuasa, model ini turut dilengkapi ciri keselamatan ADAS, rekaan moden serta kabin premium.

Ads

Proton e.MAS 7 PHEV Dibuka untuk Tempahan

Tempahan Proton e.MAS 7 PHEV kini dibuka dengan harga tempahan RM99*. Pelanggan terawal turut menikmati rebat RM500 ke atas yuran tempahan**.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau di bilik pameran Proton e.MAS sah di seluruh negara.

* Tertakluk kepada terma dan syarat
** Sah untuk 5,000 pelanggan terawal

Baca Juga : Proton e.MAS Pacu Mobiliti Lestari di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Perodua 2025 Catat Jualan 359,904 Unit, Pegangan Pasaran Cecah 43.9 Peratus

Perodua 2025 Catat Jualan 359,904 Unit, Pegangan Pasaran Cecah 43.9 Peratus Perodua 2025 sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran automotif Malaysia apabila mencatatkan jualan...