Dylan Pereira Juara Porsche Carrera Cup Asia di Mandalika

Share

Aksi sulung Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) di Litar Antarabangsa Mandalika, Lombok tidak mengecewakan!

Pusingan 10-12 musim 2025 sarat dengan drama di trek, dan akhirnya menyaksikan Dylan Pereira (Team Shanghai Yonda BWT) muncul juara keseluruhan PCCA 2025 serta Endurance Cup.

Amand Bikin Kejutan di Porsche Carrera Cup Asia

Nama Marcus Amand jadi bualan selepas pelumba muda Finland itu, yang masuk menggantikan Li Chao untuk Team Betterlife, terus mencuri perhatian dengan menang dua perlumbaan pertama (Round 10 & 11).

Di Pusingan 10 Porsche Carrera Cup Asia, Amand menahan asakan hebat Enzo Trulli dan Pereira, sekali gus tamatkan rekod kemenangan lapan perlumbaan berturut-turut milik Pereira.

Trulli raih podium keduanya musim ini, sementara Pro-Am pula milik Francis Tjia (OpenRoad Racing) selepas Bao Jinlong dikenakan penalti.

Pereira Sahkan Gelaran

Walaupun hanya menamatkan Pusingan 11 di tempat keenam, itu sudah cukup untuk Pereira mengesahkan dirinya sebagai juara PCCA 2025 lebih awal.

Podium pula menyaksikan Amand sekali lagi di tempat pertama, Trulli kedua, dan Hugo Ellis (Sime Motors Racing) ketiga.

Kelas Am pula diwarnai perebutan adik-beradik Henry & Eric Kwong dengan Henry menang tipis kurang setengah saat.

Masters sekali lagi dimenangi Adrian D’Silva (EBM) selepas aksi sengit menentang Christian Chia.

Round 12: Pereira Bangkit, Bao & Eric Juara Berganda

Perlumbaan terakhir hujung minggu Mandalika jadi milik Pereira.

Peluang hadir selepas Amand dan Trulli masuk selekoh pertama terlalu lewat, memberi ruang kepada Pereira mencuri kedudukan.

Dari situ, dia kekal konsisten hingga tamat, mengesahkan gelaran Endurance Cup.

Di Pro-Am, Bao Jinlong sahkan gelaran berganda selepas menang kelas dan Endurance Cup.

Am pula milik Eric Kwong, cukup dengan tempat ketiga untuk rampas Endurance Cup daripada saudaranya sendiri.

Masters ditutup dengan kemenangan bergaya Jacky Wu (Porsche Own Retail 69 Team).

Kalendar Perlumbaan 2026

Dalam acara Formation Lap pada Jumaat, PCCA turut mengumumkan jadual baharu untuk musim 2026:

  • 13-15 Mac: Shanghai International Circuit

  • April (TBD): Zhuhai International Circuit

  • 8-10 Mei: Fuji International Speedway, Jepun

  • 3-5 Julai: Bangsaen International Circuit, Thailand

  • 21-23 Ogos: Sepang International Circuit, Malaysia

  • 9-11 Oktober: Marina Bay Circuit, Singapura

Finale di Marina Bay

Musim 2025 bakal menutup tirai di Formula 1 Singapore Grand Prix (3-5 Oktober) di Marina Bay Circuit.

Fokus kini terarah pada perebutan gelaran kelas Am dan Masters dijangka sengit hingga ke garisan penamat.

Baca Juga : Porsche 911 GT3 RS Edisi Khas Milik Dua Lipa – Dihasilkan Bersama Rennstall

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi