Ducati Malaysia memperkenalkan Waranti Kilang Ever Red, waranti kilang 3 tahun yang komprehensif dan direka secara eksklusif untuk pemilik Ducati.

Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun Ducati Malaysia adalah program waranti eksklusif yang direka khusus untuk Pemilik Ducati, menawarkan liputan perjalanan tanpa had selama tiga tahun dari tarikh pendaftaran.

Waranti ini terbuka kepada semua Model Baharu Tahun 2024 Ducati dan Scrambler yang dibeli bermula 1 Mac 2024 dari pengedar sah Ducati Malaysia.

Liputan Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun serupa dengan Waranti terdahulu (24 bulan) untuk motosikal baharu dan berkuatkuasa pada semua komponen kenderaan kecuali yang tertakluk kepada ‘wear & tear’ serta bateri.

Kredit Foto: Ducati Malaysia

Ciri-ciri utama Waranti Kilang Ever Red termasuk:

IKLAN
  • Khusus untuk Pemilik Ducati: Waranti 3 tahun khas untuk memberikan manfaat dan sokongan yang hanya ditawarkan oleh Ducati Malaysia.
  • Perjalanan Tanpa Had: Waranti Kilang Ever Red datang dengan perjalanan tanpa had, membenarkan pemilik untuk meneroka jalan raya tanpa batasan.
  • Ketenangan Minda Maksima: Lanjutan waranti selama 3 tahun, menekankan keyakinan jenama dalam kualiti dan ketahanan motosikal mereka dengan penggunaan eksklusif alat ganti Tulen Ducati.

Manfaat Tambahan Waranti Kilang Ever Red 3-tahun:

  • Berkuatkuasa ke atas motosikal baharu Ducati dan model Scrambler tahun 2024
  • Waranti ini meliputi pelbagai model Ducati Malaysia 2024 yang dibeli dari 1 Mac 2024.
  • Waranti Boleh Pindah: Berdasarkan pada nombor casis, Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun dapat dipindah kepada pemilik seterusnya dalam tempoh 3 tahun.
  • Kos Pemilikan Tanpa Bimbang: Waranti ini secara signifikan mengurangkan kos pemilikan, menjadikan pemilikan Ducati lebih mudah diakses dan berbaloi.
Kredit Foto: Ducati Malaysia

Ducati Malaysia menjemput peminat motosikal untuk meneroka Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun yang mencerminkan komitmen jenama Ducati terhadap kepuasan pelanggan.

IKLAN

Program Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun boleh didapati di semua pengedar sah Ducati Malaysia di seluruh negara, iaitu di Petaling Jaya, Sungai Buloh, Kuala Lumpur, Johor, dan Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut mengenai model Ducati dan Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun, layari laman media sosial Ducati Malaysia di Facebook dan Instagram atau berkunjung ke mana-mana pengedar sah Ducati Malaysia.

IKLAN

Baca: Ducati Panigale V4 SP2 30th Anniversario 916 2024, Jentera Ikonik Baharu Sempena Ulang Tahun Ke-30 916

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI