Ducati meraikan ulang tahun ke-30 916 dengan memperkenalkan model edisi terhad sebanyak 500 unit sahaja. Panigale V4 SP2 30th Anniversario 916 merupakan sebuah penghormatan Ducati kepada jentera yang menjadi batu loncatan dalam sejarah syarikat.
Jentera asal yang menjadi konsep reka bentuk semua jentera Ducati, boleh dijumpai pada Panigale Anniversario. Gen 916 boleh dijumpai dalam reka bentuk yang tertumpu pada bahagian hadapan, dalam pandangan dari sisi atas dan dalam elemen seperti lampu depan, “hidung”, lubang udara, huruf “V” pada pelekat, tangki bahan api berbentuk berlian, ekor yang pendek dan cekap, serta lengan ayun tunggal.
Ducati Panigale Anniversario merupakan penghormatan kepada 916 hadir dengan livery yang dicipta oleh Centro Stile Ducati, memberikan penghormatan kepada salah satu grafik perlumbaan yang paling menarik dalam sejarah sukan Ducati, iaitu jentera yang memenangi Kejuaraan Dunia Superbike dengan Carl Fogarty pada tahun 1999.
Seperti jentera perlumbaan yang mengambil inspirasi liverynya, ia ditawarkan dalam konfigurasi satu tempat duduk sahaja dan hadir dengan plat stereng aluminium billet dengan pengukiran laser nama model dan nombor siri. Akhirnya, Panigale Trentesimo Anniversario 916 dilengkapi dengan sijil keaslian dan penutup jentera motor yang khas.
Ads
Panigale V4 SP2 30th Anniversario 916 mempunyai penutup tangki bahan api perlumbaan yang dihasilkan daripada aluminium billet, saluran udara untuk penyejukan brek depan, perisai haba ekzos, sayap dengan reka bentuk profil berganda, dan penutup brek depan daripada carbon fibre.
Roda berlubang lima palang juga diperbuat daripada carbon fibre, yang mengurangkan berat roda sebanyak 3 paun berbanding roda Marchesini forged V4 S dan 7.5 paun berbanding Panigale V4. Momentum inersia dikurangkan sebanyak 26% pada bahagian depan dan 46% pada bahagian belakang, menjadikan jentera lebih agile, kurang meletihkan, dan lebih tepat semasa penukaran kelajuan.
Sistem brek adalah yang terbaik dalam kelasnya iaitu caliper Brembo Stylema R dan saluran udara penyejukan, ia menawarkan kecekapan brek yang tinggi dan perjalanan piston yang konsisten bahkan semasa sesi trek yang panjang.
Ads
Simbolik motosikal Ducati sudah pasti dengan penggunaan dry clutch. STM EVO Dry Clutch memberikan kelembutan yang lebih besar dalam semua fasa pemanduan dengan throttle close, seperti masuk ke selekoh dan membolehkan tahap brek enjin secara mekanikal. Dalam penggunaan trek, dengan penutup kopling terbuka, peminat dapat menikmati bunyi klasik yang menghiasi jentera perlumbaan Ducati.
Footrest untuk motosikal ini adalah daripada bahan aluminium billet yang membolehkan kedudukan pemanduan disesuaikan dengan mana-mana kedudukan fizikal dan membolehkan penggunaan Ducati Quick Shift Up & Down standard, yang boleh dikonfigurasikan secara manual atau dengan corak perlumbaan.
Ads
Panigale V4 30th Anniversary 916 telah diumumkan pada hari pembukaan EICMA 2023, dengan acara antarabangsa di meja pameran Ducati. Panigale V4 SP2 30th Anniversary 916 akan diedarkan di pusat penjual rangkaian Ducati bermula dari Mac 2024 ( Pasaran Eropah ). Harga di Amerika Syarikat adalah USD45,995 (RM216,659.45)
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Mugen, divisi penalaan dan motorsport terkenal Honda, baru-baru ini telah mengumumkan versi baru yang menarik dari generasi terkini Civic Type R (FL5).
Varian baru ini, yang diberi nama ‘Gr.A’ dan ‘Gr.B’, mewakili langkah signifikan dalam peningkatan aerodinamik dan modifikasi.
Varian ‘Gr.A’ sangat menarik perhatian dengan warna Rallye Red. Model ini meningkatkan reka bentuk Civic Type R standard dengan bumper depan yang direka baru. Bumper ini menggabungkan bibir depan yang lebih lebar dan lubang sisi yang lebih besar, menyumbang kepada estetika yang lebih agresif. Selain itu, ‘Gr.A’ dilengkapi dengan skirt sisi yang lebih panjang dan spoiler belakang yang lebih besar.
Beralih kepada ‘Gr.B’, ia memiliki splitter depan dan skirt sisi yang lebih besar dan bonet serta lubang fender hadapan yang lebih garang. Berbeza dengan gril depan mesh terbuka model standard, ‘Gr.B’ memilih untuk reka bentuk yang tertutup, seperti kereta lumba. Dikuasai oleh elemen serat karbon, ‘Gr.B’ dibalut dalam cat perak yang menonjolkan prestasi dan gaya.
Ditubuhkan pada tahun 1973 oleh Hirotoshi Honda, Mugen Motorsport mempunyai sejarah yang kaya dalam meningkatkan kehadiran Honda dalam motorsport, termasuk kejuaraan Super GT Jepun dan Formula Satu. Di luar lintasan lumba, Mugen juga dikenali kerana memodifikasi model Honda standard, menjadikannya lebih menarik kepada penggemar yang mengidamkan kelebihan dalam prestasi dan gaya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Lamborghini, peneraju dalam dunia supercar, telah membuat keputusan yang mencetuskan perbincangan – mengemaskini logo legendarinya untuk menyesuaikan dengan zaman moden.
Selepas lebih dua dekad, Lamborghini telah memilih untuk memberi sentuhan baharu kepada logonya untuk mencerminkan nilai-nilai terkini. Menurut Lamborghini, logo baharu ini akan menjadi ciri tetap pada semua model kereta mereka mulai dari sekarang.
Ia direka untuk mencerminkan nilai-nilai seperti keberanian, ketidakdugaan, dan keaslian, sambil mengikuti dorongan terhadap kelestarian dan pengurangan karbon.
Logo baru ini menampilkan pendekatan yang lebih minimalis dengan menghilangkan kesan 3D dan memperluaskan huruf-huruf, yang kini menjadi sebahagian daripada fesyen taipan rasmi jenama. Warna hitam dan putih dipilih semula sebagai warna utama, mengikuti gaya yang diperkenalkan pada awal tahun 70-an, manakala kuning dan emas dianggap sebagai warna aksen.
Asal usul lembu jantan dalam logo Lamborghini adalah topik yang menarik. Menurut teori yang paling popular, pengasas Lamborghini, Ferruccio Lamborghini, adalah seorang Taurus dan pencinta sukan laga lembu. Oleh itu, lambang lembu jantan menjadi simbol kekuatan dan keberanian yang diterapkan dalam setiap kenderaan Lamborghini.
Dengan langkah ini, Lamborghini terus mengekalkan kedudukannya sebagai simbol prestij dan inovasi dalam dunia kenderaan super, sambil mengadaptasi diri kepada tuntutan zaman yang semakin berkembang.
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini secara rasmi melancarkan Tucson generasi keempat di Malaysia. Ia merupakan pengenalan utamanya dalam segmen C-SUV yang kini dilihat cukup kompetitif.
Menurut Pengarah Urusan, Asia Tenggara Sime Darby Motors Jeffrey Gan, lebih tujuh juta model Tucson telah terjual semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 2004, menjadikannya sebagai model SUV terlaris Hyundai.
Reka bentuk ‘Sensuous Sportiness’ Tucson baru adalah sedikit dengan generasi sebelumnya di mana ia menampilkan elemen menarik seperti day light tersembunyi dalam grill Parametric Jewel, tail lamp sepenuhnya dan lengkungan roda berbentuk sudut.
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan, Tucson hadir dalam tiga varian iaitu 2.0 Lite, 1.6T Plus, dan 1.6T Max. Enjin Smartstream MPI 2.0 Lite menghasilkan 156 PS dan 192 Nm tork, dan dipasangkan dengan sistem transmisi automatik enam kelajuan, manakala dua varian lain menggabungkan enjin turbo Smartstream 1.6 TGDi yang menghasilkan 180 PS dan 265 Nm tork dengan transmisi dua kopling basah (DCT) tujuh kelajuan yang mempunyai pemilihan gear butang.
Tanpa mengira varian, Tucson dilengkapi dengan tujuh beg udara termasuk beg udara thorax hadapan, brek letak elektronik dengan auto hold, Blind Spot Collision Warning dan Safe Exit Warning.
Varian 1.6T Max menawarkan tempat duduk pemandu eksklusif dan penumpang hadapan lapan hala kuasa dan pemanas/penyejuk, paparan panel instrumen sepenuhnya digital 10.25 inci, power tailgate, pengelap auto, pengecasan telefon tanpa wayar, dan set keselamatan Hyundai SmartSense penuh termasuk Kawalan Pelayaran Pintar.
Warna yang tersedia adalah Amazon Gray Metallic, Phantom Black Pearl, Creamy White Pearl, Crimson Red Pearl, dan Silky Bronze Metallic, dengan dua warna terakhir tidak ditawarkan pada 2.0 Lite.
Harga jualan di atas jalan sebelum insurans bermula pada RM158,888 untuk 2.0 Lite, RM178,888 untuk 1.6T Plus, dan RM195,888 untuk 1.6T Max.
100 pelanggan pertama yang membuat tempahan pada atau sebelum 31 Disember 2023 akan menerima complimentary extended warranty percuma (lima tahun/300,000 km*) dan pakej servis percuma (tiga tahun/50,000 km*); selepas itu, pakej tersebut akan tersedia dengan harga RM10,000.
Tempahan boleh dibuat di mana-mana outlet jualan Hyundai yang sah di seluruh negara atau di platform tempahan dalam talian Hyundai di https://www.hyundai.com.my/clicktobuy/.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Xpeng, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, sekali lagi mencetuskan inovasi luar biasa dengan memperkenalkan "land aircraft carrier". Iaitu van enam roda dilengkapi dengan...