Ducati, jenama motosikal dari Itali yang terkenal dengan rekaan agresif dan motosikal berprestasi tinggi, sekali lagi menggegarkan dunia permotoran dengan pelancaran Ducati Multistrada V2 S 2025.
Model terbaru ini menyertai barisan keluarga V2 890cc yang semakin berkembang, selepas kejayaan Ducati Panigale V2 dan Streetfighter V2.
Kredit Foto : Website cycleworld
Enjin V2 890cc
Dibangunkan di atas platform V2 890cc yang serba baharu, Multistrada V2 S menawarkan kombinasi sempurna antara kuasa dan kecekapan.
Enjin V-twin 90 darjah ini menghasilkan kuasa maksimum 115hp pada 10,750rpm dan tork puncak 92Nm pada 8,250rpm.
Kredit Foto : Website cycleworld
Meskipun angka ini sedikit lebih rendah berbanding saudara-maranya, Panigale V2 dan Streetfighter V2, namun ia lebih daripada mencukupi untuk menjanjikan pengalaman menunggang yang mengasyikkan.
Salah satu ciri menarik enjin ini ialah keupayaannya menghasilkan tork yang sangat baik pada rpm rendah.
Sebanyak 70% tork maksimum boleh didapati seawal 3,500rpm, memberikan pecutan responsif dan linear.
Ads
Tambahan pula, berat enjin yang hanya 55kg menyumbang kepada pengendalian motosikal yang lebih lincah dan mantap.
Casis dan Suspensi
Untuk memastikan keselesaan dan kestabilan ketika menunggang di pelbagai jenis permukaan jalan, Ducati telah melengkapkan Multistrada V2 S dengan casis yang direka khas.
Kredit Foto : Website cycleworld
Rangka motosikal yang lebih kurus dan kedudukan menunggang yang ergonomik memberikan pengendalian yang lebih intuitif.
Varian V2 S turut dilengkapi dengan suspensi semi-aktif Ducati Skyhook yang boleh dilaraskan secara elektronik, memberikan penyesuaian tunggangan yang optimum.
Selain itu, jarak antara roda yang panjang (1572mm) memberikan kestabilan yang sangat baik pada kelajuan tinggi.
Ads
Pengadang angin yang boleh dilaraskan pula membantu mengurangkan keletihan angin semasa perjalanan jauh.
Elektronik Canggih
Sebagai sebuah motosikal adventure sport premium, Multistrada V2 S dilengkapi dengan pelbagai teknologi elektronik terkini.
Kredit Foto : Website cycleworld
Panel instrumen TFT berwarna 5 inci memaparkan pelbagai maklumat penting, termasuk mod tunggangan yang dipilih.
Terdapat lima mod tunggangan yang boleh dipilih, iaitu Sport, Touring, Urban, Enduro, dan Wet, masing-masing dengan tetapan ABS, kawalan traksi, dan kawalan wheelie yang berbeza.
Ads
Kredit Foto : Website cycleworld
Ciri-ciri lain yang turut dimuatkan termasuklah cruise control, lampu LED dengan fungsi Coming Home, dan sambungan Bluetooth.
Konklusi
Ducati Multistrada V2 S 2025 merupakan sebuah motosikal adventure sport yang sangat menarik.
Dengan kombinasi kuasa yang mantap, pengendalian yang lincah, dan teknologi elektronik yang canggih, motosikal ini sesuai untuk penunggang yang mencari keseronokan menunggang di pelbagai jenis jalan raya.
Sama ada untuk perjalanan harian atau pengembaraan jauh, Multistrada V2 S pasti akan memberikan pengalaman menunggang yang tidak dapat dilupakan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Honda Lepaskan ‘Tebuan’ Jalanan CB750 2025 Untuk Menyengat!
Selepas sekian lama menyepi, kini Boon Siew Honda menghidupkan semula nama CB750, kali ini dengan pakej lebih moden, lebih garang dan lebih berkuasa.
Dikenali sebagai jentera ‘streetfighter’ yang penuh dengan karakter, Honda CB750 2025 kini tampil sebagai pilihan utama untuk penunggang yang mahukan gaya agresif, teknologi dan pastinya lebih laju!
Enjin Baru!
Menggerakkan jentera ini ialah enjin dua silinder sebaris 755cc dengan konfigurasi crankshaft 270°, menghasilkan 67.5kW pada 9,500rpm dan 75Nm pada 7,250rpm.
Hasilnya? Tork rendah yang padat, respons lebih pantas dan kuasa linear di setiap julat rpm.
Turut dibekalkan ialah sistem assist/slipper clutch untuk penukaran gear lebih lancar terutama ketika menurunkan gear dengan agresif.
Rekaan Lebih Garang!
Rekaan tangkinya diinspirasikan daripada bentuk sayap tebuan (hornet), lengkap dengan lampu depan jenis projektor LED berkembar, fairing hadapan yang tajam dan ekor kompak yang menambah aura berani.
Tangki yang tirus dan ketinggian tempat duduk yang rendah memastikan jentera ini mudah dikawal tidak kira saiz penunggang.
Ditambah pula dengan berat yang seimbang, CB750 bukan sahaja tampak agresif, tetapi cukup lincah ketika ditunggang.
Teknologi Terkini!
Suspensi depan menggunakan Showa SFF-BP fork, dipadankan dengan penyerap hentak belakang Pro-Link.
Kedua-duanya ditala semula untuk memberikan maklum balas lebih tepat, kestabilan maksima di selekoh dan tunggangan lebih meyakinkan tidak kira dalam bandar atau di laluan berliku.
Sistem brek pula menampilkan cakera berkembar dengan angkup empat omboh jenis radial di depan dan tayar bersaiz 120mm depan dan 160mm belakang cukup untuk memastikan cengkaman padu dalam pelbagai keadaan jalan.
Lengkap Dengan Elektronik Moden
CB750 mengekalkan sistem Throttle by Wire dengan tiga mod tunggangan sedia ada iaitu SPORT, STANDARD dan RAIN serta USER mode yang boleh disesuaikan mengikut citarasa penunggang.
Sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) pula disertakan bersama Wheelie Control, membolehkan jentera ini dikawal dengan lebih selamat dan tepat.
Panel meter TFT 5 inci penuh warna pula bukan sekadar paparan, tetapi turut menyokong Honda RoadSync.
Aplikasi ini membolehkan navigasi, panggilan, mesej dan muzik diakses melalui sambungan telefon pintar.
Warna & Harga
CB750 2025 ditawarkan dalam dua pilihan warna:
Matte Pearl Glare White
Glint Wave Blue Metallic
Harga jualan bermula dari RM49,999 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Turut disertakan adalah jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000km.
Aksesori Quickshifter pula ditawarkan secara berasingan untuk penunggang yang mahukan pengalaman menukar gear tanpa klac.
Layari Honda BigWing Malaysia atau kunjungi pengedar sah Honda BigWing untuk maklumat lanjut.
“CB750 sentiasa dikenali sebagai model yang membawa gaya streetfighter sebenar. Untuk 2025, kami telah menambah baik reka bentuk, pengendalian dan teknologi penunggang agar ia bukan sekadar nampak agresif tetapi juga rasa agresif ketika ditunggang.” – Kunitomo Asano, CEO & Pengarah Urusan Boon Siew Honda
Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini berkongsi berberapa gambar di laman sosial mereka dengan memuat naik gambar sebuah pesawat Airbus A330 NEO dengan logo MAS yang sedang memulakan fasa pemasangan akhir di Toulouse.
Kredit Foto : Facebook Malaysia Airlines
Pesawat canggih ini menjadi simbol kemajuan terkini syarikat penerbangan nasional dalam usaha memperkukuhkan armada mereka.
Pesawat yang dinanti-nantikan ini menandakan pencapaian penting bagi Malaysia Airlines dalam usaha memodenkan armada pesawat mereka. Bahagian utama fuselage, sayap, dan ekor setiap satunya dihiasi dengan logo wau ikonik syarikat penerbangan ini kini telah dipasang sepenuhnya.
Kredit Foto : Facebook Malaysia Airlines
Proses pemasangan diteruskan dengan pemasangan kokpit, enjin, gear pendaratan, pendawaian elektrik, avionics, serta sistem bahan api dan hidraulik. Setiap langkah dilakukan dengan teliti untuk memastikan piawaian keselamatan dan kecekapan yang tertinggi.
Kredit Foto : Facebook Malaysia Airlines
Pesawat ini kemudian akan menjalani pemeriksaan darat yang teliti dan pemasangan kabin, sebagai persediaan untuk penerbangan ujian pertamanya.
Penambahan baharu kepada armada Malaysia Airlines ini dijangka meningkatkan keselesaan penumpang dan kecekapan operasi.
Kredit Foto : Website insider
A330 NEO terkenal dengan aerodinamik yang canggih, enjin generasi baharu, dan kabin yang lebih luas, menjanjikan pengalaman penerbangan yang tiada tandingan.
A330 NEO ini dijadualkan untuk penghantaran pada suku ketiga tahun ini, menandakan babak baharu dalam komitmen Malaysia Airlines untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia.
Sebelum ni Malaysia Airlines telah menggunakan pesawat Airbus A380 sebagai pesawat penumpang terbesar milik mereka dan A330 NEO merupakan pengganti kepada pesawat komersial tersebut.
Proton melancarkan Jelajah Proton e.MAS 7, satu acara bersejarah yang menggabungkan inovasi dengan semangat eksplorasi.
Acara ini diadakan di Centre of Excellence (COE), di mana baton jelajah diserahkan daripada Jelajah Dunia Geely E5 kepada Proton e.MAS 7. Sebuah kenderaan elektrik (EV) yang bakal mengharungi perjalanan epik di seluruh Malaysia.
Jenama EV Pertama Negara
Proton e.MAS 7 tidak sekadar mempamerkan kehebatan teknologi tetapi juga membawa misi untuk memperkenalkan kenderaan EV ini kepada rakyat Malaysia.
Jelajah ini dijadualkan meliputi lebih daripada 2,000 kilometer merentasi pelbagai landskap, daripada jalan pantai hingga ke kawasan pergunungan, menunjukkan prestasi dan ketahanan EV ini dalam pelbagai keadaan jalan.
Destinasi Jelajah
Jelajah ini bermula pada 5 Oktober 2024, dengan Proton e.MAS 7 akan menjelajah ke setiap negeri di Malaysia. Fasa pertama meliputi Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Pahang, Terengganu, dan Kelantan sebelum bergerak ke Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis. Jelajah ini akan diakhiri di Malaysia Timur, dengan Sabah dan Sarawak sebagai destinasi terakhir.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, menyatakan bahawa matlamat jelajah ini adalah untuk memberikan rakyat Malaysia peluang untuk merasai sendiri bagaimana Proton e.MAS 7 mengendalikan pelbagai keadaan jalan dan cuaca unik di negara kita.
Beliau juga menambah bahawa jelajah ini bukan sekadar mempamerkan kehebatan teknologi Proton, tetapi juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti dan pelanggan.
Lokasi Terawal
Bagi yang tidak sabar untuk melihat kenderaan ini secara langsung, Proton e.MAS 7 dan pasukan PRO-NET akan dipamerkan di beberapa lokasi utama seperti di Putrajaya pada 25 September dan di Shah Alam pada 26 September.
Sebelum ini, model kembar Proton e.MAS 7, Geely E5, telah berjaya mengharungi perjalanan sejauh 3,700 kilometer dari China ke Malaysia, menghadapi pelbagai cabaran termasuk Taufan Yagi.
Prestasi Geely E5 dalam menghadapi keadaan ekstrem ini menunjukkan kebolehpercayaan dan ketahanan teknologi yang digunakan. Ini juga memberi jaminan yang sama terhadap Proton e.MAS 7.
Kolaborasi Erat
Dengan kolaborasi erat bersama Geely. Model ini dilengkapi dengan teknologi terbaik dunia, menjadikannya penyelesaian mobiliti lestari yang direka khas untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Selain itu, usaha Proton dalam memperluas penerimaan EV di negara ini turut disokong oleh kerjasama strategik dan perkongsian ilmu pengetahuan bagi menangani pelbagai cabaran yang dihadapi dalam segmen kenderaan elektrik.
Proton e.MAS 7 tidak hanya membawa visi masa depan yang lebih hijau. Tetapi juga menunjukkan bagaimana teknologi dan inovasi dapat menjadi alat untuk mengubah landskap automotif di Malaysia. Jelajah ini pasti akan mencipta kesan yang berkekalan terhadap masa depan mobiliti di negara kita.
Punca Utama Aircond Kereta Berbau Yang Ramai Tak Tahu
Ramai pemilik kereta pernah alami situasi yang agak mengganggu: sebaik sahaja aircond dihidupkan, muncul bau kurang...