Automotif

Ducati Diavel 1260 Lamborghini Kolaborasi Italiana Berprestij, 630 Unit Seluruh Dunia

Share

Dilahirkan dari gandingan dua jenama masyhur yang berakar di Motor Valley, Emilia-Romagna, Itali. Ia menjadi tempat beberapa syarikat automotif terpenting di dunia, Ducati dan Lamborghini tidak terkecuali dengan penghasilan model edisi terhad mereka, hanya 630 unit sahaja.

Bagi menjayakan projek ini, pereka-pereka Ducati memilih untuk mendapatkan inspirasi dari Sián FKP 37, kereta paling prestij yang pernah dihasilkan oleh Lamborghini: hanya terdapat 63 unit dan setiap satu di personaliti mengikut permintaan pelanggan, ia merupakan karya masterpiece dari segi eksklusiviti, rekaan, dan inovasi. 

Terinspirasi dari Countach, ia memaparkan garisan-garisan tajam, keanggunan aerodinamik, dan siluet yang tidak mudah untuk kita beralih mata darinya.

Kredit Foto: Ducati.com

Menggunakan model Diavel 1260 sebagai dasar projek, Diavel Lamborghini dihasilkan dengan memindahkan konsep asas reka bentuk Sián FKP 37 ke dunia motosikal dan dengan mereka semula komponen-komponen yang paling bercirikan Diavel.

Pertama sekali, roda yang ditempa, ringan dan dengan reka bentuk baru, secara jelas mengingatkan kepada rim yang digunakan pada kereta Lambo, begitu juga dengan saluran udara dan penutup radiator yang diperbuat daripada serat karbon, direka dengan menumpukan elemen-elemen terapung pada struktur utama motosikal.

Jantung kepada Diavel 1260 Lamborghini ialah enjin Ducati Testastretta DVT 1262 cc dengan penyesuaian mod yang berbeza. Enjin berhomologasi Euro 5 (hanya untuk negara-negara yang menerapkan standard Euro 5) ini mampu memberikan 162 hp pada 9,500 rpm dan 129 Nm pada 7,500 rpm dengan lengkung tork yang rata ketika putaran sederhana-rendah, menjamin respons yang bertenaga dan dinamik.

Kredit Foto: Ducati.com

Antara ciri-ciri penting Diavel 1260 Lamborghini adalah posisi tunggangan “power cruiser” yang khas dan ergonomik model Diavel, bersama dengan rangka trellis baja tiub yang terdedah. Tayar belakang berukuran lebar 240 mm dengan lengan ayun (swing arm) aluminium sebelah, dan suspensi Öhlins sepenuhnya boleh disesuaikan di bahagian depan dan belakang.

Rangka ini menjamin tahap keseimbangan dan sudut condong yang tinggi dan juga tahap keselesaan yang cemerlang.

Kecanggihan sistem pada Diavel Lamborghini ini memastikan prestasi sentiasa pada tahap tertinggi dan pencapaian tahap keselamatan yang maksimum. Platform Unit Pengukuran Inertial 6 Sumbu (6D IMU) dari Bosch dapat mengesan dengan segera kelajuan dan pecutan motosikal, membolehkan banyak operasi peranti kawalan yang dipasang pada Diavel 1260 Lamborghini.

Pakej elektronik ini termasuk Bosch Cornering ABS EVO, Ducati Traction Control EVO (DTC), Ducati Wheelie Control EVO (DWC), Ducati Power Launch EVO (DPL), dan Cruise Control.

Perincian butiran pada model ini dapat dilihat dengan logo dua jenama muncul pada papan pemuka skrin TFT, disertai rekaan grafik Diavel Lamborghini pada sekitar motosikal.

Baca: Diavel V4, Motosikal Edisi Terhad Gabungkan Rekaan Ducati & Bentley

Baca: Prestasi dan Inovasi, Kenali Keunikan Ducati Futa Dalam Segmen E-Road

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan