Dari Lakaran Ke Realiti! Ferrari Perkenal Model One-Off, Ferrari 812 Competizione

Share

Menghasilkan 819 kuasa kuda, model eksotik 812 Competizione daripada Ferrari ini sememangnya istimewa kerana ia merupakan satu-satunya model yang mempunyai reka bentuk lakaran pada sekitarnya.

Kredit Foto: topgear.com

Menurut Ferrari, model 812 Competizione hanya dikeluarkan sebanyak 999 unit sahajadan hanya satu darinya mempunyai rekaan sebegini. Walaupun sekali imbas nampak seperti kereta belum siap, namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat.

Kredit Foto: topgear.com

Model 812 Competizione menggunakan enjin 6.5 liter V12 bukan hibrid dengan harga melebihi RM2.7juta ($600,000+) untuk yang biasa. Bagi varian terhad one-off berwarna kuning ini, harganya tidak didedahkan namun ramai menjangkakan ia lebih mahal dari model 812 yang biasa.

Kredit Foto: topgear.com

Mendapat inspirasi dari rekaan kertas lakaran kosong, hasil kerja Flavio Manzoni, ketua pegawai reka bentuk Ferrari, dengan kerjasama para pelukis dan jurutera yang terlibat, model ini  mengambil masa lebih setahun untuk siap.

Kredit Foto: topgear.com

Kali pertama ditayangkan kepada khalayak ramai adalah di Monterey Car Week, dimana Bugatti juga ada memperkenalkan model terhad Bugatti Chiron Super Sport Golden Era.

Kredit Foto: topgear.com

Namun berbeza dengan Bugatti Golden Era, Ferrari 812 Competizione tidak mempunyai pemilik, sebaliknya, ia akan dilelong untuk kebajikan di majlis Gala Ferrari di New York pada 17 Oktober 2023.

Kredit Foto: topgear.com

Foto di atas menunjukkan kereta yang dihasilkan dengan cat matte Giallo Tristrato (kuning), yang mempunyai telitian yang dilihat dalam Lakaran Nero DS matte. Komponen seperti bilah aero yang membelah hud, louvres sisi dan penjana vorteks pada panel belakang turut dilihat.

Kredit Foto: topgear.com

Ruang dalaman kabin 812 masih mengekalkan gaya Sharpie, dengan papan pemuka dan tempat duduk jenis Alcantara turut dihiasi dengan lakaran reka bentuk yang disulam.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

Published by
Shazwan