Ads

Cruiser Dengan Air Suspension, Revolusi Untuk Motosikal Moden Dari China

Air Suspension Elektronik Ubah Definisi Cruiser Moden

Teknologi air suspension bukanlah perkara baharu dalam dunia dua roda. Seawal 1907, sistem berasaskan udara termampat sudah digunakan sebagai alternatif kepada spring keluli konvensional.

Namun selepas sekian lama tenggelam dan lebih sinonim dengan dunia modifikasi, kini ia kembali diberi nafas baharu oleh pengeluar China, Benda.

Melalui barisan cruiser terbaharu mereka seperti Dark Flag 500, Rock 707 dan LFC 700 Pro, Benda mempertaruhkan air suspension sebagai kelengkapan standard dan bukan aksesori tambahan.

Cruiser Dengan Air Suspension, Revolusi Untuk Motosikal Moden Dari China

Sistem pintar, bukan sekadar pam angin

Berbeza dengan sistem aftermarket yang memerlukan pam luaran untuk melaras tekanan udara, air suspension pada model Benda dilengkapi pam elektrik terbina dalam yang dikawal komputer.

Tekanan udara dalam penyerap hentak boleh dilaras secara automatik, sekali gus mengubah ketinggian tunggangan dan kadar kekerasan spring mengikut situasi.

Dark Flag 500 menggunakan sistem single-chamber dengan dua penyerap hentak udara di belakang. Ia hadir bersama sensor tekanan, unit kawalan dan sensor ketinggian.

Ads

Sistem ini akan menambah tekanan udara secara automatik bagi mengekalkan paras ketinggian yang telah ditetapkan walaupun beban berubah.

Ketinggian tempat duduk boleh dilaras antara 670mm hingga 700mm. Lebih menarik, sistem ini akan merendahkan motosikal secara automatik ketika berhenti dan kembali naik apabila bergerak semula.

Cruiser Dengan Air Suspension, Revolusi Untuk Motosikal Moden Dari China

Dual-chamber

Rock 707 dan LFC 700 Pro pula melangkah lebih jauh dengan sistem dual-chamber air suspension. Dengan dua ruang udara berasingan, sistem ini bukan sahaja membolehkan pelarasan ketinggian, malah boleh menukar kadar spring secara elektronik.

Ads

Apabila kedua-dua ruang udara digunakan, isipadu udara lebih besar dan suspensi menjadi lebih lembut untuk keselesaan. Namun apabila injap elektronik menutup salah satu ruang, isipadu berkurang dan kadar spring meningkat  menghasilkan tunggangan lebih keras dan responsif.

Rock 707 menawarkan julat pelarasan 30mm (690mm hingga 720mm), manakala LFC 700 Pro lebih ekstrem dengan julat 70mm dari 650mm hingga 720mm. LFC 700 Pro juga dilengkapi redaman sensitif kelajuan yang dikawal secara elektronik, menjadikannya antara cruiser paling canggih dalam kelasnya.

Cruiser Dengan Air Suspension, Revolusi Untuk Motosikal Moden Dari China

Ads

LFC 700 Pro

Selain teknologi air suspension, LFC 700 Pro turut mencuri perhatian dengan konfigurasi enjin empat silinder sebaris 676cc yang dipasang melintang. Ia dipadankan dengan tayar belakang bersaiz 310/35-18  lebih besar berbanding Ducati Diavel yang menggunakan tayar 240.

Reka bentuknya dengan gabungan elemen futuristik dan sentuhan custom ekstrem. Namun di sebalik penampilan agresif itu, ia sebenarnya sebuah middleweight yang lebih sesuai untuk kegunaan harian.

Cruiser Dengan Air Suspension, Revolusi Untuk Motosikal Moden Dari China

Revolusi Baharu Sistem Suspensi Motosikal

Sistem air suspension sebelum ini lebih popular dalam dunia modifikasi, khususnya bagi cruiser Amerika. Namun apabila ia ditawarkan sebagai kelengkapan standard dari kilang, mesejnya jelas, Benda mahu mengubah norma segmen ini.

Jika penerimaan pasaran positif, tidak mustahil kita akan melihat lebih banyak pengeluar mengadaptasi air suspension dalam model produksi mereka. Apa yang bermula sebagai eksperimen mungkin menjadi satu revolusi senyap dalam dunia cruiser moden.

Sumber: MCN

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.
Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

PDRM Cadang Lengkapi Semua Kenderaan Polis Dengan Dashcam

PDRM cadang lengkapi semua kenderaan polis dengan dashcam sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan ketelusan dan kecekapan operasi pasukan keselamatan negara.Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang...