Chevrolet Corvette ZR1X 2026: Gabungan Radikal Kuasa Turbo dan Elektrik, Capai 160mph Masih Pecah Cengkaman
Chevrolet sekali lagi mencabar batas kejuruteraan dengan memperkenalkan Corvette ZR1X 2026.
Model merupakan model hibrid prestasi tinggi yang menggabungkan kuasa enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik.
Jentera ini mampu menjana output gabungan mencecah 1250hp, menjadikannya Corvette paling berkuasa pernah dibina.
Kredit Foto : Website chevrolet
Naik Taraf Motor Hadapan E-Ray
ZR1X menggunakan asas motor elektrik hadapan daripada model E-Ray, tetapi dengan peningkatan prestasi.
Output motor ini dinaikkan kepada 186hp dan 145 lb-ft tork, iaitu peningkatan sebanyak 26hp dan 20 lb-ft berbanding asal.
Gabungan ini direka untuk berfungsi lancar dengan enjin V8 baharu GM, LT7.
Kredit Foto : Website chevrolet
Enjin LT7: V8 Turbo Berkembar Penuh Tenaga
Enjin LT7, sebuah unit V8 5.5-liter turbo berkembar, menjadi nadi utama ZR1X dan menghasilkan 1064hp lebih dua kali ganda daripada enjin LT2 yang digunakan dalam E-Ray.
Gabungan kuasa tinggi ini memerlukan sistem kawalan yang jauh lebih kompleks berbanding model-model sebelum ini.
Ads
Perisian Paling Canggih Pernah Dibangunkan oleh GM
Menurut jurutera utama Keith Badgley, sistem dwi-rangkaian kuasa (electric + ICE) memerlukan perisian pengurusan tork yang benar-benar canggih.
“Kami perlu menolak semua batas,” ujarnya, merujuk kepada integrasi kuasa yang perlu bukan sahaja lancar, tetapi juga mesra pemandu.
Kredit Foto : Website chevrolet
Cabaran Kelajuan di Litar Drag
Salah satu isu besar yang ditemui semasa ujian prestasi ialah had kelajuan untuk motor elektrik hadapan yang secara automatik akan terputus sambungan pada 150mph.
Namun untuk ZR1X, pemotongan limit kelajuan ini terlalu awal kerana jentera ini belum selesai pecutan suku batu pada kelajuan itu.
Akhirnya, limit kelajuan dipanjangkan kepada 160mph untuk membolehkan kuasa elektrik dimanfaatkan sepenuhnya hingga ke hujung pecutan.
Ads
Kredit Foto : Website chevrolet
Aerodinamik Jadi Faktor Penentu
ZR1X hadir dengan “body” standard ZR1, namun pakej aerodinamik seperti Carbon Fiber Aero Kit dan suspensi prestasi ZTK ditawarkan sebagai pilihan.
Ketua jurutera Josh Holder menyatakan bahawa pada kelajuan ekstrem, faktor aerodinamik mula mempengaruhi masa pecutan suku batu sesuatu yang tidak pernah berlaku pada model sebelumnya.
Kredit Foto : Website chevrolet
Masalah Traksi Akibat Tork Terlalu Tinggi
ZR1X menghasilkan 828 lb-ft tork seawal 3000 rpm, dan ujian awal menunjukkan sistem kawalan traksi terlalu sensitif.
Ini menunjukkan bahawa sistem asal daripada E-Ray tidak lagi sesuai apabila dipadankan dengan kuasa ZR1X yang jauh lebih besar.
Kredit Foto : Website chevrolet
Pecah Cengkaman pada 160mph
Antara penemuan paling mengejutkan ialah tayar belakang hilang cengkaman walaupun ketika jentera mencecah 160mph.
Ads
Kuasa luar biasa ini menyebabkan ‘defleksi’ pada roda belakang yang menghasilkan ralat dalam sistem kawalan traksi.
Inilah realiti sebenar apabila berdepan dengan kuasa melebihi 1200hp dalam kereta jalanan.
Kredit Foto : Website chevrolet
Penyelesaian Melalui Kejuruteraan Pintar
Melalui beberapa pusingan talaan dan pembangunan semula perisian, pasukan kejuruteraan berjaya menjinakkan kuasa liar ZR1X.
Kini, sistem elektronik mampu menyesuaikan respons dengan tepat, menjadikan jentera ini bukan sahaja pantas, tetapi juga stabil dan mudah dikawal.
Pembelian berulang untuk pengisian RON95 di semua stesen minyak di Kelantan kini tidak lagi dibenarkan. Langkah ini diambil bagi mengelakkan petrol bersubsidi itu diseleweng ke negara jiran, terutama Thailand.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil, menjelaskan bahawa arahan tersebut dikeluarkan selepas ada pihak yang dikesan cuba menggunakan pembelian berulang untuk mengumpulkan stok RON95 sebelum diseludup ke Thailand.
“Kita sudah mengeluarkan arahan itu kepada semua stesen minyak di Kelantan, di mana taktik pembelian berulang RON95 ini paling tinggi dikesan di negeri itu,” katanya ketika melakukan pemeriksaan Ops Kesan 2.0 di sekitar Arau, pada Ahad lalu.
KAJANG 7 MAC 2022. Mengisi minyak petrol Ron 95 di Stesen Pam Minyak (petrol station) . STR/AZHAR RAMLI
Bakal Diperluas ke Negeri Lain
Buat masa ini, arahan ini hanya membabitkan Kelantan. Namun Shamsul Nizam menyatakan bahawa ia akan diperluaskan ke negeri-negeri sempadan lain seperti Perlis, Kedah, dan Perak.
“Sebenarnya arahan sudah dilaksanakan di Kelantan sebelum 10 Jun lagi. Sebelum langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel. Dengan anggota KPDN ditempatkan di sekitar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) dan stesen minyak di negeri itu,” katanya.
Walaupun arahan belum dikeluarkan di negeri-negeri lain. Langkah pemantauan sudah dijalankan di negeri-negeri sempadan lain dengan anggota KPDN ditempatkan di kawasan Kompleks ICQs serta stesen minyak kawasan sempadan secara statik.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil – Buletin TV3
Taktik Penyeludup
Mengulas tentang taktik yang digunakan oleh sindiket. Shamsul Nizam berkata bahawa mereka biasanya menggunakan kenderaan dengan nombor plat tempatan untuk melakukan pengisian penuh RON95.
“Sebagai contoh, mereka mengisi 60 liter yang sepatutnya boleh digunakan untuk perjalanan antara 500 hingga 600 kilometer. Namun, sebelum mencapai jarak tersebut, mereka sudah mengisi sekali lagi untuk pembelian penuh di mana kita syak minyak diisi itu akan cuba diselewengkan ke negara jiran,” tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa kegiatan penyelewengan ini sebenarnya dapat dikesan dengan kerjasama pengusaha stesen minyak bagi memastikan tiada kecurangan berlaku di premis mereka.
Stesen minyak di Kelantan
“Jika penyeludup ditangkap, pengusaha stesen minyak boleh diambil tindakan kerana membiarkan petrol RON95 dibeli secara berulang. Lesen mereka boleh digantung dan KPDN sudah memberi amaran kepada semua stesen minyak bahawa lesen mereka boleh dibatalkan jika terbukti bersengkongkol dengan penyeludup,” katanya.
Ditanya mengenai bagaimana untuk mengesan kegiatan ini, Shamsul Nizam berkata bahawa pegawai KPDN ditempatkan di stesen minyak. Turut menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan pemeriksaan semula.
Video yang tular minggu ini, menunjukkan sekumpulan mat rempit melawan arus di Lebuhraya BORR Bagan Ajam dari arah plaza tol menuju ke Terminal Kontena Butterworth (NBCT) di Pulau Pinang.
Jelas menggambarkan betapa mereka sudah tidak lagi mempedulikan undang-undang. Bukan sekadar melarikan diri daripada sekatan jalan raya, mereka juga meletakkan pengguna jalan lain dalam bahaya.
Minggu lalu, malam Ahad, dua remaja maut dalam satu kemalangan yang melibatkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, sekitar jam 4.30 pagi. Kejadian itu berlaku ketika beberapa kumpulan mat rempit berlumba dalam kelajuan tinggi.
Tangkap layar video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya BORR – Sinar Harian
Malah, melakukan aksi berbahaya di sepanjang jalan dari Kompleks Sukan Pandamaran menuju ke Pelabuhan Klang sebelum berpatah balik dan membuat beberapa pusingan. Salah satu motosikal terbabas dan dirempuh oleh motosikal lain dalam kumpulan tersebut.
Insiden seperti ini semakin kerap berlaku, dan malangnya, majoriti mat rempit ini terdiri daripada remaja Melayu. Ini hanyalah salah satu daripada banyak masalah sosial yang menuntut perhatian serius, terutama daripada ibu bapa mereka sendiri.
Luahan Rakyat Prihatin
Merak Jalanan teringat perbualan dengan seorang rakan yang meluahkan kebimbangannya tentang masa depan remaja Melayu di tanah air sendiri. Terutamanya apabila melihat kegigihan anak-anak Rohingya yang berusaha meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyertai bidang kemahiran.
Salah sebuah motosikal telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal dari kumpulan yang lain – Sinar Harian
Kisahnya, ketika rakan tersebut menghantar motosikal untuk dibaiki di sebuah bengkel di Shah Alam, dia mendapati pekerja bengkel tersebut kebanyakannya terdiri daripada remaja Rohingya. Mereka bukan sahaja mahir dalam membaiki pelbagai jenis motosikal, malah sudah menghafal harga setiap alat ganti di bengkel itu.
Mungkin lima hingga 10 tahun akan datang, kita akan menyaksikan di mana kedudukan anak-anak Melayu dan bagaimana masa depan anak-anak Rohingya di bumi Malaysia ini.
CFMOTO Rai Kejayaan Moto3 dengan Edisi Terhad 450SR yang Eksklusif
CFMOTO terus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia perlumbaan dengan pelancaran 450SR S Team Aspar Limited Edition.
Motosikal ini adalah sebuah model edisi khas yang meraikan kejayaan gemilang pasukan CFMOTO Aspar Team dalam Kejohanan Moto3 2024.
Kini, peminat motosikal di Australia berpeluang memiliki jentera eksklusif ini dengan harga $9,990.
Penghormatan kepada Kejayaan “Triple Crown”
Tahun 2024 menjadi musim luar biasa buat CFMOTO Aspar Team apabila David Alonso mencatatkan 14 kemenangan sepanjang musim.
Kemenangan ini sekali gus memecahkan rekod yang dipegang oleh Valentino Rossi sejak tahun 1997.
Kehebatan pasukan ini tidak hanya membawa pulang kejuaraan Rider, Constructor, dan Team Championships, tetapi juga meletakkan CFMOTO sebagai kuasa baru dalam arena perlumbaan Moto3.
Sebagai penghormatan kepada pencapaian ini, 450SR S Team Aspar Limited Edition hadir dengan livery Championship Blue yang diinspirasikan daripada jentera lumba Moto3 pasukan Aspar.
Logo rasmi pasukan dan rakan teknikal turut menghiasi motosikal ini, sementara tiga mahkota kejuaraan dipaparkan pada tangki minyak sebagai simbol kemenangan Triple Crown.
Edisi Terhad – 451 Unit Sahaja di Dunia
Eksklusiviti model ini diperkuatkan lagi dengan pengeluaran terhad hanya 451 unit di seluruh dunia.
Setiap unit dilengkapi dengan nombor siri unik yang terukir pada bahagian triple clamp, menjadikannya koleksi bernilai tinggi untuk peminat dan penggemar dunia permotoran.
Untuk pasaran Australia, hanya sejumlah kecil unit diperuntukkan, dan apabila stok habis, tiada lagi tempahan akan dibuka.
Ini menjadikan 450SR S Team Aspar Limited Edition sebagai jentera yang sangat eksklusif dan bernilai tinggi bagi peminat sukan permotoran.
Prestasi yang Mendebarkan
Walaupun hadir sebagai edisi khas, 450SR S Team Aspar Limited Edition tetap mengekalkan semua spesifikasi canggih daripada model 450SR S. Antaranya:
Enjin 450cc parallel-twin dengan 270° crankshaft yang menghasilkan 34.5kW pada 9,250rpm serta 39.3Nm tork pada 7,750rpm.
Sistem suspensi premium dengan fork terbalik 37mm yang boleh dilaras serta suspensi belakang monoshock dengan pra-beban boleh laras.
Sistem brek Brembo M40 radial caliper dengan cakera 320mm di hadapan serta sistem BOSCH ABS untuk kawalan optimum.
Sayap aerodinamik yang meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.
TFT 5 inci dengan sambungan Bluetooth serta sistem CFMOTO T-Box untuk pemantauan data motosikal secara masa nyata.
Quickshifter & slipper clutch untuk pengalaman tunggangan lebih lancar.
Sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) untuk keselamatan tambahan.
Dengan berat basah hanya 179kg, motosikal ini memberikan keseimbangan sempurna antara kuasa, kawalan, dan aerodinamik.
Motosikal ini menjadikannya pilihan terbaik untuk penunggang yang ingin merasai pengalaman jentera perlumbaan dalam pakej jalan raya.
Keselamatan dan Teknologi Baharu untuk Kegunaan Harian
Aveta Malaysia, jenama motosikal tempatan yang semakin menyerlah di pasaran, hari ini memperkenalkan Aveta Nova 160 Signature Edition...