Automotif

Continental UltraContact UX7, Tayar SUV Baharu yang Lebih Selamat, Tahan Lama dan Senyap

Share

Revolusi Tayar SUV untuk Keperluan Bandar

Continental Tyres sekali lagi membuktikan komitmen mereka terhadap inovasi automotif menerusi pelancaran tayar baharu, UltraContact UX7.

Tayar ini direka khas untuk SUV moden.

Pertumbuhan pesat segmen SUV di pasaran Asia Pasifik, menjadikan pelancaran ini menjadi strategi penting bagi pengeluar tayar global.

“Pasaran SUV berkembang pantas dan kami yakin trend ini akan terus berkembang. UltraContact UX7 bukan sahaja dioptimumkan untuk SUV, malah direka untuk memberi keyakinan kepada pemandu bandar dan pencinta pengembaraan,

” jelas Dalibor Kalina, Ketua Bahagian Perniagaan Tayar Gantian APAC.

Direka Khusus untuk SUV: Gabungan Teknologi dan Keselamatan

SUV memiliki ciri dinamik yang berbeza seperti pusat graviti lebih tinggi dan berat yang lebih besar.

Keadaan ini memerlukan tayar dengan struktur yang lebih kukuh, kestabilan unggul dan kemampuan cengkaman yang konsisten.

Tayar UltraContact UX7 tampil dengan teknologi SUV Confidence+ – menjanjikan kelebihan dalam tiga aspek penting: keselamatan, ketahanan dan keselesaan bunyi.

Kawalan Maksimum, Keselamatan Lebih Padu

Keselamatan adalah keutamaan, terutama bagi pemanduan dalam kelajuan tinggi dan laluan bandar yang tidak menentu.

X-Force Macroblocks pada UX7 memaksimumkan sentuhan tayar dengan permukaan jalan.

Keadaan ini membolehkan kestabilan yang mantap ketika mengambil selekoh atau melalui permukaan tidak rata.

Sementara itu, Adaptive Diamond Compound yang kaya dengan silika membantu mempercepatkan penukaran tenaga kinetik kepada haba, sekaligus memperpendek jarak membrek di jalan kering mahupun basah.

Ciri Aqua Channel pula mempertingkatkan kecekapan saliran air, mengurangkan risiko gelinciran aquaplaning yang biasa dialami ketika hujan lebat.

Lebih Tahan Lasak

Bagi pemandu SUV yang gemar ke pantai, desa atau laluan berbatu, UltraContact UX7 amat sesuai dengan corak muka bumo tersebut.

Teknologi Robust360 Construction hadir dengan lapisan keluli bertetulang, karkas tahan hentakan serta rantai polimer dalam Diamond Compound yang saling terkunci bagi menghalang rekahan dan serpihan.

Pengalaman Pemanduan Yang Lebih Senyap

Dalam era mobiliti elektrik, bunyi tayar kini menjadi lebih ketara berikutan ketiadaan enjin pembakaran dalaman.

UX7 menangani isu ini melalui reka bentuk bunga tayar yang dipotong tepat dan teknologi Noisebreaker 3.0 – memecahkan gelombang bunyi dan menghalangnya dari masuk ke ruang kabin.

Hasilnya, perjalanan menjadi lebih senyap & selesa

Saiz, Ketersediaan dan Akses Pembelian

UltraContact UX7 akan ditawarkan bermula suku kedua 2025 dalam pelbagai saiz dari 15 hingga 22 inci.

Semua saiz tayar adalah sesuai untuk crossover, SUV bersaiz sederhana serta SUV mewah.

Ia boleh didapati melalui pusat jualan rasmi Continental serta platform e-dagang seperti Shopee, Touch ‘n Go eWallet dan Lazada.

Tentang Continental: Tradisi Inovasi Sejak 1871

Ditubuhkan pada tahun 1871, Continental telah menjadi nama besar dalam membangunkan teknologi dan perkhidmatan mobiliti global.

Pada tahun 2024, syarikat ini mencatat jualan awal sebanyak €39.7 bilion dengan penglibatan lebih 190,000 pekerja di 55 negara.

Dalam segmen tayar, Continental kekal sebagai antara pengeluar terbesar dunia dengan lebih 150 tahun pengalaman.

Jenama ini meliputi tayar kereta, trak, dua roda serta penyelesaian pintar untuk kegunaan komersial.

Bahagian tayar syarikat ini menjana jualan €13.9 bilion pada tahun fiskal 2024 dengan lebih 57,000 pekerja, 20 fasiliti pengeluaran dan 16 pusat pembangunan global.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Baca Juga : Toyota Eco Youth Rai Semangat Generasi Muda Melestarikan Alam Sekitar

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi