Automotif

Continental Perkenal Waranti Tayar Sepanjang Hayat

Share

Continental Tyre Malaysia Perkenal “Tyre Lifetime Manufacturing Warranty”

Continental Tyre Malaysia telah memperkenalkan Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat. Inisiatif ini merupakan satu langkah baharu untuk memberi lebih keyakinan kepada para pegguna kenderaan di Malaysia dan memastikan kualiti produk mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

Perlindungan Untuk Semua Jenama Continental Group

Waranti ini meliputi tayar kereta penumpang, SUV dan 4×4 bagi jenama:

  • Continental

  • General Tire

  • Viking

Menariknya, perlindungan ini berkuat kuasa serta-merta

, termasuk untuk tayar yang telah dibeli sebelum pengumuman dibuat.

Waranti Sepanjang Hayat Ganti Waranti 5 Tahun

Sebelum ini, tayar Continental datang dengan waranti lima tahun. Kini, Continental menaik taraf kepada perlindungan sepanjang jangka hayat tayar untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap ketahanan, mutu pembuatan dan keselamatan produk.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova, berkata waranti ini adalah bukti keyakinan mereka terhadap kawalan kualiti dan inovasi dalam setiap tayar yang dihasilkan.

Apa Yang Dilindungi?

Waranti ini melindungi kecacatan pengilang sepanjang jangka hayat tayar.
Namun, ia tidak meliputi kerosakan akibat faktor luar seperti:

  • Tayar pancit

  • Tayar terpotong atau terbelah

  • Impak akibat kerosakan jalan atau objek tajam

TCP Road Hazard Warranty Masih Ditawarkan

Selain waranti pengilang, Continental turut mengekalkan Total Confidence Plan (TCP) Road Hazard Warranty, iaitu perlindungan selama 12 bulan terhadap kerosakan akibat risiko jalan jika didaftarkan melalui aplikasi Conti TCP.

Ini bermaksud pengguna tidak perlu risau tentang tarikh pembuatan tayar kerana kedua-dua perlindungan ini memastikan tayar berada dalam keadaan selamat dan boleh dipercayai sepanjang tempoh penggunaan.

Tuntutan Waranti & Cara Ia Dikira

Tuntutan hanya boleh dibuat selepas tayar diperiksa oleh wakil Continental atau pengedar sah. Sekiranya tuntutan diterima, bayaran balik akan dibuat secara prorata berdasarkan kedalaman bunga tayar yang masih ada.

Pemandu boleh merujuk terma dan syarat penuh Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat serta cadangan penukaran tayar Continental melalui laman web rasmi mereka.

Baca Juga : Continental EcoContact 6 & 6Q Dengan Teknologi Pengurangan Bunyi ContiSilent

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi