Honda City Hatchback 2024
Honda Malaysia baru-baru ini secara rasmi melancarkan City Hatchback Baharu dengan pilihan enjin Petrol bagi varian RS, melengkapkan penawaran sporty hibrid dan petrol untuk model hatchback yang terlaris ini..
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, “Pada suku pertama tahun 2024, kami telah mencapai jualan lebih daripada 21,500 unit, meningkat sebanyak 23% berbanding suku pertama tahun 2023.
Dengan lebih daripada 28,700 unit City Hatchback berada di jalan raya Malaysia sejak 2021, kami yakin model yang diperbaharui ini akan melebihi jangkaan pelanggan. Kami gembira untuk menawarkan varian RS dengan trenkuasa petrol.”
City Hatchback Baru telah menerima peningkatan dan penambahbaikan pada bahagian luarannya, memberikan penampilan yang lebih bertenaga, berani, dan sporty.
Antara Yang Menerima Kemaskini
Gril depan honeycomb yang direka semula, foglamp depan LED dan kit belakang yang dikemaskini. Selain itu, roda aloi 16-inci berlina hitam dan kemasan sisi yang lebih ‘garang’ turut meningkatkan daya tarikan sporty kedua-dua varian RS.
Varian Petrol RS dan e:HEV RS City Hatchback kini lebih panjang dengan dimensi 4,369mm manakala varian S, E dan V berukuran 4,350 mm panjang.
City hatchback hibrid baru dikuasakan oleh trenkuasa 1.5L e:HEV yang menghasilkan 109PS dan 253Nm tork, mendominasi prestasi tork dalam kelasnya. Varian e:HEV RS dilengkapi dengan paddle shift yang membolehkan pemandu menggunakannya untuk regenerasi kuasa dan memperlahankan kenderaan.
Sebaliknya, varian petrol dilengkapi dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang memberikan output maksimum 121PS dan 145Nm tork. Paddle Shift kini menjadi standard untuk semua varian Petrol, menawarkan pemanduan yang menyeronokkan dan menarik.
Tambahan lain..
City Hatchback terus cemerlang dalam praktikaliti dan ruang, terima kasih kepada ULTRA Seat yang menjadi standard untuk semua varian.
City Hatchback juga dilengkapi dengan Honda SENSING sebagai ciri keselamatan standard untuk semua varian, kini termasuk Pemberitahuan Kereta Berlepas (LCDN).
Senarai lengkap ciri Honda SENSING dalam City Hatchback Terbaru termasuk:
– Low Speed Follow (LSF) – ciri baru hanya untuk e:HEV RS
– Lead Car Departure Notification (LCDN) – ciri baru untuk semua varian
– Adaptive Cruise Control (ACC)
– Forward Collision Warning (FCW)
– Collision Mitigation Braking System (CMBS)
– Lane Keep Assist System (LKAS)
– Road Departure Mitigation (RDM)
– Lane Departure Warning (LDW)
– Auto High Beam (AHB)
Semua varian dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara dan Walk Away Auto Lock. Kamera Undur Pelbagai Sudut dengan Resolusi Tinggi dipasang dalam semua varian kecuali varian S.
Selain itu, varian V dan RS juga dilengkapi dengan Honda LaneWatch untuk meningkatkan penglihatan pada titik buta. Varian RS City Hatchback baru dilengkapi dengan integrasi aplikasi telefon pintar yang dinamakan Honda CONNECT untuk Keselamatan dan Kemudahan. Sebagai tambahan, Honda CONNECT kini tersedia sebagai aksesori pilihan untuk varian S, E dan V.
Harga City Hatchback Baharu adalah seperti berikut:
Varian | Harga-atas-jalan tanpa insurans (RM) |
e:HEV RS | RM112,900.00 |
Petrol RS | RM100,900.00 |
V | RM95,900.00 |
E | RM90,900.00 |
S | RM85,900.00 |
Untuk maklumat lanjut mengenai City Hatchback Baru, pelanggan boleh melawat mana-mana daripada 101 pengedar sah Honda di seluruh negara atau hubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
Baca: Honda Prelude Baharu, Kereta Sport Hibrid dengan 207 Kuasa Kuda
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.