CFMoto baru-baru ini mendedahkan motosikal empat silinder pertama mereka, CFMoto 500SR Voom, di pasaran China. Reka bentuk yang unik dan “eye catching” memang menarik dan sudah pasti kita menanti-nantikan motosikal ini untuk masuk ke pasaran Malaysia.

Sebelum beli mesti nak tau spec kan? , hari ini penulis ada sediakan sedikit informasi berkenaan motosikal ini.

CFMoto 500SR Voom, Revolusi Neo-Retro

Kuasa yang Mengagumkan

Dikuasakan oleh enjin 449cc, 4-lejang, empat silinder sebaris liquid cooled, CFMoto 500SR Voom menawarkan prestasi yang memukau.

Dengan sokongan sistem Ram Air, motosikal ini mampu menghasilkan sehingga 81.8 kuasa kuda, memberikan kuasa yang cukup untuk memberikan pengalaman menunggang yang mendebarkan.

CFMoto 500SR Voom, Revolusi Neo-Retro

Rekaan: Gabungan Klasik dan Moden

Rekaan CFMoto 500SR Voom menampilkan keseimbangan yang sempurna antara elemen klasik dan moden.

Ciri-ciri seperti saluran udara hadapan yang bulat, lampu belakang, serta elemen-elemen bulat vintaj lain memberikan daya tarikan yang abadi kepada motosikal ini.

Bingkai motosikal yang diperbuat daripada aloi keluli krom-molibdenum menambahkan lagi ketahanan dan kestabilan, menjadikannya pilihan yang tidak hanya cantik tetapi juga kukuh.

CFMoto 500SR Voom, Revolusi Neo-Retro

Kawalan yang Cekap

500SR Voom dilengkapi dengan klac slipper CF-SC dan upshifter tanpa klac, serta pilihan ketinggian tempat duduk yang boleh disesuaikan, menawarkan keseimbangan terbaik untuk pengendalian yang ringan di bandar.

Berat keseluruhan motosikal ini adalah 194 kg, menjadikannya cukup ringan untuk dikendalikan dengan mudah, namun stabil untuk perjalanan yang lebih mencabar.

CFMoto 500SR Voom, Revolusi Neo-Retro

Keselamatan Terjamin

Keselamatan adalah salah satu keutamaan CFMoto 500SR Voom. Dilengkapi dengan cakera depan 300mm dengan angkup empat piston dan cakera belakang 220mm dengan angkup satu piston, motosikal ini hanya memerlukan 2 saat untuk berhenti dari kelajuan 60km/j.

Tayarnya menggunakan CST CM-S3, dan motosikal ini juga dilengkapi dengan sistem damper serta sistem elektronik seperti ABS, TCS, dan ESS. Semua ini memastikan pengalaman menunggang yang selamat dan menyeronokkan.

CFMoto 500SR Voom, Revolusi Neo-Retro

Teknologi Pintar

Motosikal ini juga dilengkapi dengan paparan TFT melengkung 5 inci yang menyokong navigasi mudah, serta peringatan gear dan peringatan nyalaan api.

Teknologi pintar ini tidak hanya menambah keselesaan, tetapi juga membawa keseronokan tambahan ketika menunggang.

CFMoto 500SR Voom, Revolusi Neo-Retro

CFMoto 500SR Voom, Revolusi Neo-Retro

Spesifikasi Utama

  • Enjin: Cecair-sejuk, 4-lejang, DOHC empat silinder sebaris
  • Kapasiti Enjin: 499cc
  • Bore x Stroke: 63mm×40.1mm
  • Kuasa Maksimum: 58kw pada 12,500rpm
  • Tork Maksimum: 49Nm pada 10,000rpm
  • Nisbah Mampatan: 12:1
  • Transmisi: Klac basah, klac slipper CF-SC
  • Throttle: Mekanikal

CFMoto 500SR Voom, Revolusi Neo-Retro

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI