Ads

Harga Di Bawah RM10000, CFMOTO 250 DUAL Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia !

Rekaan Lasak, Jiwa Muda, Harga Mesra Poket.

Sebelum ini, Roda Panas telah menunggang uji CFMOTO 250 DUAL semasa program MFORCE Media Trip di Zhejiang, China pada November 2025.

Kini, motosikal dwi-guna (Dual-purpose) tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi dan memasuki pasaran Malaysia bagi tahun 2026, sekali gus memberi persaingan baharu dalam segmen adventure ringan dengan harga mampu milik.

Harga Di Bawah RM10000, CFMOTO 250 DUAL Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia !

Pelancaran rasmi model ini dilakukan sempena pembukaan Pejabat dan Pusat Servis Mforce di Kuala Lumpur.

CFMOTO 250 DUAL merupakan model pertama jenama CFMOTO untuk tahun 2026 dan direka khusus bagi mereka yang inginkan sebuah motosikal serba boleh, sesuai untuk tunggangan harian serta laluan off-road.

Dari sudut harga, CFMOTO 250 DUAL ditawarkan pada RM9,888, menjadikannya antara motosikal adventure paling mampu milik di pasaran tempatan ketika ini.

Model ini boleh didapati di semua pengedar rasmi Mforce di Malaysia, dengan tiga pilihan warna iaitu Tundra Grey, Polar White dan Lime Green.

Harga Di Bawah RM10000, CFMOTO 250 DUAL Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia !

Motosikal ini hadir dengan enjin satu silinder 249 cc, 4-lejang dengan sistem penyejukan cecair. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 18 kW pada 8,000 rpm dan tork puncak 22.5 Nm pada 7,000 rpm.

Ads

Enjin motosikal ini menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) yang menawarkan penghantaran kuasa lebih lancar serta kecekapan bahan api yang baik untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak sederhana.

Harga Di Bawah RM10000, CFMOTO 250 DUAL Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia !

Bagi aspek pengendalian, motosikal ini dilengkapi fork teleskopik jenis terbalik di bahagian hadapan serta penyerap hentak monoshock di belakang.

Sistem suspensi ini direka untuk memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan, terutamanya ketika melalui jalan tidak rata.

Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal di hadapan dan belakang, masing-masing bersaiz 265 mm dan 220 mm, lengkap dengan sistem ABS dwi-saluran sebagai ciri keselamatan standard.

Ads

Harga Di Bawah RM10000, CFMOTO 250 DUAL Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia !

CFMOTO 250 DUAL turut menggunakan rim jejari dengan tayar bersaiz 80/100-21 di hadapan dan 120/80-18 di belakang, sesuai untuk pelbagai permukaan jalan.

Rangka jenis tiub keluli membantu meningkatkan ketahanan keseluruhan motosikal tanpa menjejaskan kestabilan ketika menunggang.

Harga Di Bawah RM10000, CFMOTO 250 DUAL Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia !

Dari segi dimensi, motosikal ini mempunyai panjang 2,120 mm, lebar 910 mm dan tinggi 1,225 mm, dengan jarak roda 1,415 mm.

Ads

Ketinggian tempat duduk 840 mm serta jarak kelegaan tanah 245 mm menjadikannya sesuai untuk laluan lasak yang tidak terlalu ekstrim, manakala berat 154 kg memastikan pengendalian yang masih mudah dikawal.

Harga Di Bawah RM10000, CFMOTO 250 DUAL Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia !

Antara ciri moden yang ditawarkan termasuk paparan meter digital, lampu hadapan dan belakang LED, port pengecasan USB Type-A serta suis keselamatan tongkat sisi.

Ciri-ciri ini melengkapkan keperluan asas penunggang moden, terutamanya untuk kegunaan harian.

Secara keseluruhan, CFMOTO 250 DUAL tampil sebagai pilihan yang praktikal bagi mereka  yang ingin mencuba dunia adventure tanpa perlu berbelanja besar.

Dengan harga kompetitif, spesifikasi lengkap dan waranti perbatuan tanpa had selama dua tahun, model ini berpotensi menjadi antara pemain penting dalam segmen motosikal dwi-guna aras permulaan di Malaysia.

Baca Juga : Mforce Umum Penganjuran “Mforce Motoshow 2026”

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Mforce Perkukuh Sokongan Selepas Jualan Dengan Pusat Servis Berskala Besar

Mforce Buka Pusat Servis Mega Di Segambut, Sasar Tahap Servis Lebih Tinggi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dua roda tempatan...