Ads

Castrol Malaysia Terima Pengiktirafan Brand Trust Di Asia Automotive Award

Asia Automotive Award Iktiraf Kepercayaan Mekanik Terhadap Castrol

Dalam ekosistem automotif Malaysia, bengkel memainkan peranan yang jauh lebih signifikan daripada sekadar pusat servis.

Di sinilah keputusan teknikal sebenar dibuat dan mekanik akan menilai keadaan enjin secara langsung dan menentukan spesifikasi minyak pelincir yang paling sesuai berdasarkan keperluan serta tahap penggunaan kenderaan.

Bagi majoriti pemilik kenderaan, cadangan tersebut bukan sekadar pandangan profesional tetapi ia adalah rujukan utama yang dibina atas asas kepercayaan dan pengalaman.

Pendekatan “mechanic-first” ini turut mendapat pengiktirafan di peringkat serantau apabila Castrol Malaysia diumumkan sebagai penerima Brand Trust & Market Leadership Award pada Asia Automotive Award ke-5 yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada Januari lalu.

Anugerah ini merangkumi 11 pasaran Asia dan diberikan kepada jenama yang menunjukkan tahap keyakinan serta pengaruh kukuh dalam kalangan mekanik dan profesional servis automotif.

Castrol Malaysia Terima Pengiktirafan Brand Trust Di Asia Automotive Award

Kepercayaan Kepada Mekanik Sebagai Penanda Aras Baharu

Di Malaysia, jenama ini disokong oleh lebih 3,000 bengkel berjenama di bawah rangkaian Castrol Auto Service dan Castrol Bike Point, merangkumi liputan dari kawasan bandar utama hinggalah ke luar bandar.

Ads

Secara purata, rangkaian ini menyokong sehingga 500,000 pemilik kenderaan setiap bulan dan ini merupakan satu angka yang cukup besar dalam konteks industri servis automotif negara.

Menurut Joshua Tan, Head of Marketing Castrol Malaysia & Singapore, kepercayaan di peringkat bengkel tidak datang dalam masa singkat, sebaliknya dibina melalui konsistensi prestasi dan hubungan jangka panjang dengan rakan niaga.

“Kepercayaan di peringkat bengkel terbina melalui prestasi yang konsisten dan kerjasama rapat dengan mekanik. Anugerah ini mencerminkan keyakinan yang diberikan oleh mekanik kepada Castrol, dan kami menghargai peranan mereka dalam membantu pengguna membuat keputusan penjagaan enjin yang tepat setiap hari.”

Pendekatan inilah yang mengukuhkan kedudukan Castrol sebagai antara rujukan utama apabila tiba masa untuk penukaran minyak enjin sama ada untuk kenderaan harian, motosikal komuter atau jentera berprestasi tinggi.

Castrol Malaysia Terima Pengiktirafan Brand Trust Di Asia Automotive Award

Ads

Evolusi Teknologi, Peranan Mekanik Semakin Penting

Industri automotif hari ini berkembang pada kadar yang sangat pantas. Dengan kemunculan teknologi hibrid, sistem elektrifikasi separa serta enjin moden yang beroperasi pada suhu dan tekanan lebih tinggi, pemilihan pelincir kini menjadi semakin kompleks.

Bagi menyokong ekosistem ini, Castrol turut memperluaskan pendekatan digitalnya melalui inisiatif seperti Castrol Motorist App serta penambahbaikan alat keterlihatan bengkel.

Platform ini memudahkan pengguna mengenal pasti bengkel sah, mendapatkan maklumat produk dengan lebih jelas serta meningkatkan ketelusan dalam proses servis. Secara tidak langsung, ia merapatkan jurang antara jenama, mekanik dan pengguna akhir.

Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan jangka panjang dengan komuniti bengkel, malah membantu meningkatkan tahap keyakinan pengguna terhadap keputusan yang dibuat ketika sesi penyelenggaraan.

Ads

Castrol Malaysia Terima Pengiktirafan Brand Trust Di Asia Automotive Award

Impak Rantaian Kepercayaan dari Bengkel ke Jalan Raya

Asia Automotive Award dilihat sebagai antara penanda aras kredibiliti industri di peringkat serantau, melibatkan pengeluar, penyedia perkhidmatan serta jenama aftermarket dari pelbagai pasaran Asia.

Pengiktirafan Castrol dalam kategori Brand Trust & Market Leadership memperlihatkan bagaimana kepercayaan yang dibina di peringkat bengkel memberi kesan langsung kepada pengguna akhir.

Bagi Castrol Malaysia, kemenangan di Bangkok bukan sekadar pencapaian di peringkat Asia, tetapi satu pengesahan bahawa strategi berteraskan komuniti bengkel kekal relevan dalam membina kepimpinan pasaran yang mampan untuk jangka panjang.

Baca Juga : Tanda-Tanda Minyak Enjin Perlu Ditukar Segera

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Hyrax Oil dan MODENAS Meterai MoU, Perkukuh Rantaian Industri Dua Roda...

Hyrax Oil Sdn Bhd dan Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd Meterai MoU, Perkukuh Bekalan Pelincir untuk Kilang dan Selepas Jualan Hyrax Oil Sdn Bhd...