Automotif

Camry dan Corolla Cross 2025 Baharu – Gabungan Inovasi, Prestasi, dan Kelestarian

Share

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah memperkenalkan dua model baharu. Camry 2025 dan Corolla Cross 2025, di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024). 

Pelancaran ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Toyota sebagai peneraju teknologi automotif, tetapi juga menunjukkan komitmennya terhadap inovasi mobiliti yang lestari dan memenuhi gaya hidup moden.

Toyota menawarkan pelbagai pilihan mobiliti, termasuk enjin pembakaran dalaman (ICE), kenderaan elektrik hibrid (HEV), dan varian GR Sport yang berorientasikan prestasi. Ini memastikan setiap pelanggan dapat menikmati pengalaman yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka.

Camry 2025 – Elegan dan Teknologi Canggih

Camry 2025 generasi ke-9 menetapkan piawaian baharu dalam segmen sedan dengan kombinasi reka bentuk mewah, prestasi hebat, dan teknologi terkini. Model ini hadir dengan varian 2.5 HEV yang menggunakan Sistem Hibrid Generasi Ke-5 Toyota. 

Ia menggabungkan enjin Dynamic Force berkuasa tinggi dengan bateri lithium-ion. Memberikan pemanduan yang responsif, pelepasan karbon rendah, dan kecekapan bahan api terbaik.

Dari segi luaran, reka bentuk “Hammerhead” baharu yang diinspirasikan daripada Toyota Crown menyerlahkan gaya dinamik dan sofistikated. Tirai udara aerodinamik turut meningkatkan kestabilan pemanduan. 

Ruang dalaman pula mengutamakan keselesaan dengan tempat duduk berpenyejuk, roda stereng mewah, dan paparan multimedia 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Camry 2025 ditawarkan pada harga bermula RM248,800, dengan pilihan enam warna premium, termasuk Cement Grey dan Emotional Red.

Corolla Cross 2025 – SUV Bandar untuk Semua

Corolla Cross 2025 baharu mengangkat standard SUV bandar dengan reka bentuk yang moden dan teknologi terkini. Ia hadir dalam tiga varian menarik, termasuk varian

GR Sport HEV pertama yang menonjolkan prestasi sporty dengan talaan suspensi khas dan bumbung hitam dua tona eksklusif.

SUV ini dilengkapi Sistem Elektrik Hibrid Toyota yang menawarkan pemanduan lancar dan kecekapan bahan api yang cemerlang. Bahagian dalaman menampilkan aksen coklat gelap premium, paparan MID digital 12.3 inci. Serta sistem audio paparan 10.1 inci dengan sokongan tanpa wayar untuk Apple CarPlay dan Android Auto.

Corolla Cross 2025 bermula pada harga RM133,800 untuk varian 1.8V. Manakala varian GR Sport HEV ditawarkan pada harga RM148,800. Pilihan warna baharu seperti Dark Turquoise turut disertakan.

Corolla Cross HEV

Jaminan Toyota untuk Ketahanan Maksimum

Camry 2025 dan Corolla Cross 2025 hadir dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan. Teknologi hibrid pula disokong oleh jaminan lapan tahun tanpa had perbatuan, termasuk bateri dan komponen utama. Pemilik juga boleh melanjutkan jaminan hibrid sehingga 10 tahun untuk ketenangan minda tambahan.

Rasai pengalaman pemanduan masa depan bersama Toyota! Layari www.toyota.com.my atau kunjungi bilik pameran Toyota terdekat untuk mengetahui lebih lanjut. Bersama Toyota, nikmati inovasi dan kelestarian yang membawa anda ke hadapan.

Dari Toyota Malaysia

Baca Juga Toyota GR86 Bakal Hadir dengan Turbo, Tinggalkan Subaru?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan