Bugatti memperkenalkan Brouillard, sebuah one-off hypercar yang dinamakan sempena kuda kesayangan Ettore Bugatti.
Nama ini merupakan simbol minat pengasas jenama mewah Perancis ini terhadap dunia ekuestrian.
Brouillard menjadi model pertama yang lahir dari divisi baharu Bugatti, iaitu Solitaire.
Berbeza dengan program Sur Mesure, Solitaire menawarkan tahap personalisasi lebih ekstrem, dengan pengeluaran hanya dua unit setahun.
Setiap kenderaan dibina berasaskan casis dan trenkuasa Bugatti sedia ada, tetapi diolah dengan sentuhan seni yang benar-benar unik.
Di balik rekaan dramatik ini, tersimpan enjin W16 8.0 liter quad-turbo yang menghasilkan 1,578hp.
Kuasa luar biasa ini disejukkan melalui sepasang salur udara besar pada bumbung kaca.
Struktur aluminium dan gentian karbon memastikan ketegaran optimum, manakala “tulang belakang” tengah yang menyerupai Bugatti Chiron memberikan identiti visual tersendiri.
Brouillard mengekalkan DNA Bugatti seperti gril berbentuk tapal kuda dan elemen C-shape pada sisi badan yang diinspirasi daripada tandatangan Ettore Bugatti.
Lampu hadapan mirip model Mistral, diffuser belakang gentian karbon, serta ekzos berkembar bertingkat di bawah lampu belakang berbentuk V mendatar holografik
melengkapkan rupa agresifnya.Menurut Frank Heyl, Pengarah Rekaan Bugatti:
“Brouillard tidak menekankan garisan tajam, sebaliknya menampilkan permukaan reflektif yang menyerupai otot seekor kuda terlatih.”
Tema kuda diterjemahkan ke dalam kabin dengan siluet Brouillard pada panel pintu dan tempat duduk.
Jahitan corak plaid turut digunakan pada stereng.
Gabungan carbon fiber berwarna hijau, fabrik tenunan khas dari Paris, serta tombol gear aluminium dengan ukiran kuda miniatur di dalam kaca menjadikan kabin ini bak galeri seni bergerak.
Harga rasmi tidak diumumkan, namun Bugatti memberi isyarat ia berada dalam julat tujuh digit ke atas.
Hakikatnya, sebagai sebuah one-off rolling sculpture
, nilainya lebih kepada eksklusiviti dan status, bukan sekadar angka.Bugatti Brouillard akan membuat debut umum di Monterey Car Week, California, minggu hadapan.
Frank Heyl sendiri akan hadir untuk menjelaskan falsafah di sebalik karya one-off ini.
Baca Juga : W1 – Penerus P1 dengan 1258 Kuasa Kuda, Hypercar Terhebat McLaren
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.