Automotif

Bosch Roving Truck Roadshow Bawa Tawaran Menarik Ke Bandar-Bandar Utama!

Share

Jenama yang terkenal dengan pelbagai inovasi barangan aplikasi automotif, Bosch Mobility Aftermarket Malaysia telah melancarkan Bosch LED Roving Truck Roadshow. Siri jelajah roadshow ini merupakan sebahagian daripada kempen terbarunya, Drive #LikeABosch.

Sepanjang bulan Oktober 2024, trak bergerak ini akan menjelajah ke beberapa bandar utama di seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang. Menariknya menerusi siri jelajah ini, Bosch turut membawa pelbagai tawaran eksklusif, hadiah menarik, serta pengalaman interaktif kepada pengunjungnya.

Apa yang Menarik di Roadshow Ini?

Trak ini akan menjadi pusat membeli-belah utama, dilengkapi dengan enam stesen interaktif

yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Pengunjung akan menerima Mission Card yang boleh diisi dengan setem daripada setiap stesen. Mereka yang berjaya melengkapkan kad ini akan menerima hadiah misteri! Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk:

  • 3D Photo Booth untuk menangkap gambar kenangan yang menarik.
  • Giant Buzzer Wire Challenge untuk menguji ketangkasan tangan.
  • Memory Challenge Station bagi mencabar daya ingatan anda.
  • Cafe dan Popcorn Station di mana anda boleh menikmati kopi dan popcorn secara percuma.
  • Wiper Recycling Booth di mana anda boleh menukar pengelap cermin lama anda untuk diskaun RM20 apabila membeli Aerotwin Wipers di lokasi.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan demonstrasi produk Bosch seperti Strider dan Europa vehicle horns serta perbandingan antara mentol LED dan halogen untuk melihat sendiri perbezaannya.

Tawaran Produk Bosch dan Peluang Menang Hadiah Menarik

Bosch LED Roving Truck juga menawarkan pelbagai produk automotif Bosch yang cukup menarik dengan harga menarik. Ini termasuklah pengelap cermin, minyak enjin, penapis kabin Aeristo Premium, penapis minyak, mentol LED, sistem brek, hon dan pengecas bateri.

Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba nasib di Booth Spin and Win, di mana mereka boleh berpeluang melakukan putaran roda untuk memenangi barangan eksklusif Bosch setelah kesemua misi yang diberikan selesai.

Lebih menarik, pengunjung yang berbelanja RM150 ke atas untuk mana-mana produk Bosch layak mencuba nasib di Mesin Gachapon Bosch.

Hadiah hebat di mesin tersebut termasuklah mesin kopi Bosch, Apple AirPods, bantal edisi terhad Bosch, beg kanvas, baju T, baucar Shopee

, dan banyak lagi dengan nilai keseluruhan hadiah sehingga RM12,000!

Jadual dan Lokasi Bosch LED Roving Truck

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Bosch LED Roving Truck di lokasi berikut:

Tarikh Lokasi
2 – 6 Oktober Starhill, Kuala Lumpur
8 – 9 Oktober Aeon Tebrau City, Johor Bahru
12 – 13 Oktober Plaza Gurney, Pulau Pinang

Bawa Pulang Produk Bosch dan Sertai Inisiatif Lestari

Bosch bukan sahaja menawarkan promosi hebat, malah menyokong inisiatif lestari dengan kitar semula pengelap cermin lama. Dengan setiap penukaran pengelap cermin, anda bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga membantu menjaga alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari https://ap.boschaftermarket.com/my/en/ atau kedai rasmi Bosch di Shopee di https://shopee.com.my/boschautoparts.os.

Dari BOSCH Malaysia

Baca Juga Ducati Multistrada V4 dan V4 S 2025

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan