Boon Siew Honda telah mengumumkan berita menggembirakan untuk peminat motosikal moped di pasaran Malaysia dengan pengenalan warna baharu bagi model terlaris mereka, Honda RS-X 2024. Warna-warna yang dipaparkan merangkumi Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic/Red, dan Force Silver Metallic/Blue.
Menurut Boon Siew Honda, varian Mat Charcoal Grey Metallic/Gold akan tersedia lebih awal, dijangka dapat diperoleh di semua pengedar sah pada 4 Januari 2024 dengan harga permulaan serendah RM9,848.
Warna-warna lain, seperti Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic/Red, dan Force Silver Metallic/Blue, dijangka akan tersedia pada 18 Januari 2024, dengan harga jualan bermula dari RM9,798, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.
Ads
Kredit Foto: Careta.my
Meskipun pelbagai pilihan warna baharu, spesifikasi asas Honda RS-X tetap tidak berubah. Ia masih dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 150 cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 15.8 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas sebanyak 13.6 Nm @ 7,000 rpm. Beberapa perincian seperti unit pencahayaan LED penuh, skrin paparan digital yang intuitif, dan sistem brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal turut dikekalkan.
Honda RS-X terus menjadi pilihan popular di kalangan peminat motosikal, dan kini dengan pelbagai pilihan warna baharu, ia menawarkan lebih banyak lagi pilihan untuk menyesuaikan corak personaliti pengguna.
Ads
Kemunculan warna-warna menarik ini dijangka memberi corak baru kepada landskap motosikal di pasaran, sambil mengekalkan kecekapan dan daya tarikan yang telah dikenali ramai. Para peminat motosikal di seluruh negara dijangka tidak sabar untuk melihat kehadiran warna-warna yang segar ini di jalan raya.
Ads
1 of 30
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Suzuki Malaysia baru-baru ini mengumumkan penghujung bagi salah satu model motosikal naked paling ikonik mereka – Suzuki SV650. Model yang pernah menjadi kegilaan ramai sejak kemunculannya pada tahun 1999 ini kini dilancarkan dalam edisi terakhir untuk pasaran tempatan.
Bagi penggemar motosikal yang menghargai enjin V-Twin. Suzuki SV650 edisi terakhir masih mengekalkan warisan prestasinya dengan enjin 645cc, empat lejang, DOHC, V-berkembar 90 darjah yang disejukkan cecair.
Enjin ini mematuhi piawaian Euro5 dan mampu menghasilkan 72PS. Lebih menarik, ciri bantuan RPM rendah pada enjin ini memastikan tunggangan lebih lancar dan kawalan yang lebih baik ketika berada pada kelajuan rendah.
Dari segi reka bentuk, SV650 mengekalkan identiti klasiknya dengan rangka jenis Truss Pipe yang ringan tetapi kukuh, digabungkan dengan elemen moden seperti lampu hadapan bulat berinspirasikan gaya retro.
Ukuran dimensi motosikal ini adalah 2,140mm panjang, 760mm lebar, jarak antara roda 1,445mm, jarak lega bumi 135mm, dan ketinggian tempat duduk 785mm. Menjadikannya mesra penunggang dengan pelbagai ketinggian.
Suzuki SV650 turut dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 14.5 liter. Memberikan jisim keseluruhan 198kg. Sistem suspensinya terdiri daripada fork teleskopik di bahagian hadapan. Monoshock dengan mekanisme linkage di bahagian belakang untuk kestabilan maksimum ketika tunggangan.
Untuk sistem roda dan brek, SV650 menggunakan rim 17 inci yang dipadankan dengan tayar bersaiz 120/70 di hadapan dan 160/60 di belakang. Sistem brek pula terdiri daripada dua cakera di bahagian hadapan dan satu cakera di belakang, lengkap dengan ciri keselamatan ABS bagi pengalaman tunggangan yang lebih selamat.
Motosikal ini juga dilengkapi dengan pencahayaan belakang jenis LED. Panel instrumen LCD penuh yang memberikan paparan maklumat jelas kepada penunggang. Edisi terakhir Suzuki SV650 ini ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Pearl Viggo Blue, Pearl Matte Shadow Green, dan Matte Black Metallic.
Dengan harga permulaan serendah RM29,900 (tidak termasuk cukai dan pendaftaran). Suzuki SV650 edisi terakhir ini pastinya menjadi rebutan dalam kalangan peminat motosikal naked. Mereka yang mahukan jentera dengan gaya klasik, teknologi moden, dan prestasi mengagumkan pasti akan tertarik. Jika anda ingin memiliki secebis sejarah Suzuki ini, inilah peluang terakhir sebelum ia menjadi model lagenda yang hanya tinggal kenangan!
Peugeot kembali menghidupkan semula warisan GTi dengan memperkenalkan model baharu berasaskan e-208 elektrik.
Model ini bukan sekadar versi elektrik biasa, tetapi sebuah hot hatch penuh karakter yang menandakan kebangkitan semula jenama Perancis itu dalam segmen hatchback berprestasi tinggi.
Di sebalik rekaan kompaknya, e-208 GTi menyembunyikan enjin elektrik yang cukup bertenaga.
Motor hadapan tunggal yang diambil daripada Alfa Romeo Junior Veloce menghasilkan 276 hp dan 255 lb-ft tork, jauh lebih besar berbanding model standard.
Angka ini membolehkan e-208 GTi memecut dari sifar ke 100 km/j dalam hanya 5.7 saat, menjadikannya antara hatchback elektrik paling pantas di pasaran.
Bukan sekadar kuasa, Peugeot turut memberikan sentuhan serius pada aspek pengendalian.
Model ini dilengkapi limited-slip differential bagi kestabilan di selekoh laju, manakala trek roda depan dilebarkan 2.2 inci dan bahagian belakang 1.0 inci.
Suspensi pula direndahkan sebanyak 1.1 inci dengan hydraulic bump stops, menghasilkan tunggangan lebih agresif.
Stereng turut ditala semula bagi respon lebih tajam, manakala tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 memastikan cengkaman maksimum di jalan raya mahupun litar.
Seperti tradisi GTi, gaya luaran e-208 turut diperkuatkan dengan identiti sporty.
Badan yang lebih lebar dan rendah digandingkan dengan spoiler besar, diffuser belakang agresif, serta bampar hadapan dengan bibir aerodinamik.
Semua ini memberikan rupa yang sepadan dengan prestasi yang ditawarkan.
Walaupun ia menerima sambutan hangat di Eropah, Peugeot e-208 GTi tidak akan ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat.
Salah satu faktor ialah kapasiti bateri 54 kWh, yang mungkin dianggap terlalu kecil untuk memenuhi gaya pemanduan pengguna di sana.
Namun, bagi pasaran Eropah, saiz bateri ini sudah memadai untuk kegunaan harian sambil mengekalkan prestasi tinggi.
Peugeot e-208 GTi bukan sekadar sebuah hatchback elektrik, tetapi simbol bahawa era hot hatch belum berakhir—ia sekadar berevolusi ke arah elektrifikasi.
Dengan kombinasi kuasa, pengendalian tajam, dan rekaan agresif, model ini membawa kembali semangat GTi dalam bentuk moden dan mesra alam.
Brixton Motorcycles Malaysia secara rasmi memperkenalkan Brixton Storr 500 ke pasaran tempatan bersempena majlis Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.
Model dengan design retro ini kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh negara dengan harga bermula RM29,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Storr 500 tampil sebagai sebuah motosikal adventure bersaiz sederhana yang memadukan reka bentuk neo-retro Eropah dengan ciri-ciri yang moden. Untuk pasaran Malaysia, ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Black, Green dan Yellow sekali gus memberi pilihan karakter berbeza kepada penunggang.
Sebagai sebuah motosikal yang diposisikan untuk kegunaan “touring”, Brixton Storr 500 hadir standard dengan tiga unit kotak simpanan (satu kotak atas dan dua kotak sisi).
Konfigurasi ini menjadikannya terus bersedia untuk “ride” jarak jauh, sama ada bagi kegunaan touring, overland mahupun “adventure” pada hujung minggu.
Garis badan yang tegap, pelindung angin, lampu LED penuh serta kehadiran lampu spotlight LED menegaskan identitinya sebagai jentera adventure yang praktikal.
Kelegaan tanah setinggi 200 mm dan ketinggian tempat duduk 830 mm turut menyokong keupayaannya meredah laluan tidak berturap dengan lebih yakin.
Daripada aspek trenkuasa, Brixton Storr 500 dikuasakan enjin dua silinder, 4-lejang, 8-injap dengan sesaran 486 cc, menggunakan sistem penyejukan cecair.
Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 35.0 kW pada 8,500 rpm dan tork puncak 43 Nm pada 6,750 rpm, dengan nisbah mampatan 10.7:1.
Sistem bahan api EFI BOSCH dipadankan dengan ECU moden, klac basah berbilang plat, pendikit mekanikal serta transmisi 6 kelajuan dengan pacuan rantai.
Kapasiti tangki bahan api 16 liter pula memberi jarak tunggangan yang praktikal untuk perjalanan jauh tanpa kerap berhenti mengisi minyak.
Untuk pengendalian, Storr 500 menggunakan fork terbalik KYB di hadapan dengan pelarasan redaman, manakala bahagian belakang disokong oleh penyerap hentak tengah hidraulik KYB dengan pelarasan pra-beban.
Panjang suspensi hadapan adalah 180 mm, manakala belakang 71 mm, menawarkan imbangan antara keselesaan dan kawalan di jalan berturap serta laluan kasar.
Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal di hadapan bersaiz Ø320 mm dan cakera belakang Ø240 mm, lengkap dengan ABS dwi-saluran yang boleh dinyahaktifkan.
Menariknya, Storr 500 turut dilengkapi Traction Control System (TCS) boleh laras dengan empat mod operasi, membolehkan penunggang memilih tetapan mengikut keadaan jalan dan gaya tunggangan.
Dari sudut teknologi, Brixton Storr 500 dilengkapi paparan TFT 7 inci, port pengecasan USB Type-A, suis keselamatan tongkat sisi, sistem kunci mekanikal serta bateri 12V 8Ah jenis Gel.
Lampu LED digunakan sepenuhnya termasuk lampu hadapan, belakang, isyarat dan lampu kecemasan.
Model ini juga menyokong sambungan Bluetooth, membolehkan paparan notifikasi panggilan, fungsi panggilan suara serta pencerminan skrin.
Keserasian dengan aplikasi pihak ketiga Carbit Ride turut ditawarkan untuk pengalaman tunggangan yang lebih interaktif dan berorientasikan navigasi.
Brixton Storr 500 menggunakan tayar Pirelli bersaiz 110/80-19 di hadapan dan 150/60-17 di belakang.
Dimensi keseluruhan ialah 2,171 mm panjang, 916 mm lebar dan 1,432 mm tinggi, dengan jarak roda 1,441 mm.
Berat tanpa muatan dicatatkan pada 209 kg, manakala kapasiti beban maksimum mencecah 359 kg, sesuai untuk tunggangan solo atau bersama kelengkapan penuh.
Setiap pembelian Brixton Storr 500 disertakan dengan jaminan pengeluar dua tahun tanpa had perbatuan, selain akses kepada alat ganti tulen secara dalam talian melalui platform perkhidmatan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., memperkukuh keyakinan pemilikan jangka panjang.
Hyundai Buka Cawangan Baharu di Petaling Jaya
Hyundai Motor Malaysia terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran tempatan dengan pelancaran pusat jualan di Petaling Jaya, hasil kerjasama...