Automotif

BMW X3 30 xDrive M Sport Baharu, Harga Bermula RM358,800

Share

BMW X3 30 xDrive M Sport Baharu Lebih Berkuasa, Lebih Premium 

BMW X3 30 xDrive M Sport kini rasmi diperkenalkan di Malaysia sebagai varian lebih tinggi dalam barisan X3 generasi keempat. Ia hadir bagi melengkapkan penawaran selepas kejayaan varian 20 xDrive M Sport yang dilancarkan pada tahun lalu.

Model ini kekal sebagai antara tulang belakang segmen SAV (Sports Activity Vehicle) BMW di Malaysia, dengan gabungan prestasi, keselesaan dan teknologi moden.

Rekaan Luaran

BMW X3 30 xDrive M Sport tampil dengan identiti lebih berani melalui rekaan baharu yang lebih kemas dan maskulin. Bahagian hadapan diserlahkan dengan kidney grille

besar + kemasan Pearl Chrome bersama lampu BMW Iconic Glow.

Lampu utama LED adaptif pula kini lebih canggih dengan fungsi high beam tanpa silau serta lampu membelok. Profil daripada sisi menonjolkan reka bentuk bonet yang panjang dan wheelbase yang lebih luas.

Ciri menarik:

  • Rim M 20 inci Double-spoke 1036 M Bicolour

  • Brek M Sport warna biru gelap
  • Lampu belakang L-shape berganda

Kabin Premium

Masuk ke bahagian dalam, ruangan bahagian dalam kabin lebih moden dan minimalis. Fokus utama adalah BMW Curved Display yang menggabungkan skrin 12.3 inci dan 14.9 inci.

Antara kelengkapan utama:

  • BMW Operating System 9
  • BMW Interaction Bar dengan ambient lighting
  • Sistem audio Harman Kardon (15 pembesar suara, 765W)
  • Bumbung panorama kaca
  • Trim kayu BMW Individual Magnolia

Prestasi Lebih Padu Dengan Teknologi Mild Hybrid

Dari segi prestasi, X3 30 xDrive M Sport menggunakan enjin 2.0L turbo 4-silinder bersama sistem mild hybrid 48V.

Spesifikasi utama:

  • 258 hp / 400 Nm
  • 0-100 km/j: 6.3 saat
  • Kelajuan maksimum: 240 km/j
  • Transmisi: 8-kelajuan Steptronic
  • Sistem pacuan semua roda xDrive

Suspensi turut dipertingkat untuk keseimbangan antara keselesaan dan pengendalian.

Keselamatan dan Teknologi Bantuan Pemandu

Model ini dilengkapi pakej Driving Assistant Plus yang merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control (Stop & Go)
  • Lane Keeping Assist
  • Collision Warning dengan brek automatik
  • Parking Assistant Plus dengan paparan 3D

Harga dan Pemilikan

Harga rasmi di Malaysia:

  • RM358,800 (dengan BSRI)
  • RM386,700 (tanpa BSRI)

Pakej BSRI merangkumi servis percuma 5 tahun dan jaminan tanpa had perbatuan.

Baca Juga : BMW XM Label 2026 Tampil Lebih Agresif

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi