Automotif

BMW Mexico Perkenal BMW M2 Coupé Edisi 30 Tahun – Manual Drive

Share

BMW Mexico menyambut ulang tahun ke-30 dengan melancarkan BMW M2 Coupé Edisi 30 Tahun versi edisi terhad, khusus untuk pasaran Mexico. Dengan hanya 30 unit yang ditawarkan, model ini menjadi simbol penghargaan terhadap legasi BMW di Mexico. 

Direka oleh pereka Mexico, José Casas, yang kini berpusat di Munich. M2 Edisi 30 Tahun ini merupakan gabungan warisan sukan BMW dan bakat rakyat Mexico yang semakin terserlah di arena antarabangsa.

Kredit – Hypebeast

Spesifikasi M2 Edisi Khas

BMW M2 Edisi 30 Tahun ini dikuasakan oleh enjin 3.0L enam silinder sebaris yang menghasilkan tenaga luar biasa sebanyak 480 hp dan 550Nm tork. Memberikan pengalaman pemanduan yang penuh kuasa dari putaran rendah 2,650 RPM hingga ke 6,130 RPM. 

Dilengkapi dengan teknologi M TwinPower Turbo ikonik BMW. Model ini menggabungkan injeksi presisi tinggi dan kawalan injap yang boleh disesuaikan. 

Kereta ini digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan. Sistem pacuan roda belakang. Kawalan cengkaman M (M Traction Control) dan Active M Differential yang memastikan cengkaman yang sempurna di setiap selekoh.

Kredit – Hypebeast

Transmisi Manual

Transmisi manual pada model ini dilengkapi dengan Gear Shift Assistant, yang direka untuk memastikan penukaran gear ke bawah berjalan lancar. 

Namun, bagi mereka yang benar-benar ingin merasakan pemanduan tulen, fungsi ini boleh dimatikan untuk memberikan kawalan penuh kepada pemandu. 

Rekaan enjin model ini pula diinspirasikan daripada perlumbaan, menggunakan bahan ringan serta teknologi terkini yang memastikan prestasi maksimum di atas litar.

Kredit – Hypebeast

Reka Bentuk

Dari segi reka bentuk, model ini hadir dengan dua pilihan warna eksklusif — BMW Individual Frozen Portimao Blue dan Frozen Pure Grey. 

Di dalamnya, BMW menampilkan suasana dalaman sporty dengan aksen gentian karbon. Tempat duduk kulit Merino dan roda stereng Alcantara M Sport. Semua elemen ini menyempurnakan keanggunan serta ketangkasan model ini. Menjadikannya pilihan ideal bagi penggemar BMW dan pengumpul kereta sport di Mexico.

BMW M2 Coupé Edisi 30 Tahun kini boleh didapati di bilik pameran seluruh Mexico dengan tanda harga sebanyak $121,700 USD. Edisi ini bukan sahaja simbol pencapaian BMW di Mexico tetapi juga penghormatan terhadap dedikasi dan inovasi yang menjadikan jenama ini unggul dalam industri automotif.

Dari Hypebeast

Baca Juga BMW – TOYOTA Jalin Kerjasama Demi Teknologi Hidrogen

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan