SUV Hidrogen Jarak Lebih 300 Batu, Bakal dilancar Pada 2028
BMW mengesahkan bakal memasarkan iX5 Hydrogen bermula tahun 2028, menjadikan ia model pertama jenama Jerman itu dijual kepada orang ramai menggunakan teknologi sel bahan api hidrogen (FCEV).
Menariknya, generasi kelima BMW X5 yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan akan menjadi model pelbagai trenkuasa dalam sejarah syarikat. Model ini hadir dengan enjin petrol, diesel, plug-in hybrid (PHEV), bateri elektrik (BEV) dan juga hidrogen.
Reka Bentuk & Teknologi Baharu
Walaupun masih penuh dengan pelekat penyamaran, prototaip iX5 Hydrogen jelas memperlihatkan pengaruh rekaan Neue Klasse yang ditonjolkan pada iX3 di Munich Motor Show baru-baru ini.
Teknologinya jauh lebih maju berbanding prototaip 2023. BMW kini menggunakan sistem sel bahan api generasi ketiga, dibangunkan bersama Toyota 25% lebih kecil berbanding terdahulu tetapi menawarkan kuasa lebih tinggi dan kecekapan lebih baik.
Sistem ini turut dipadankan dengan unit kawalan voltan tinggi baharu dinamakan BMW Energy Master, sekaligus memberi kawalan lebih pintar terhadap bekalan tenaga.
Prestasi Disasarkan
Walaupun angka rasmi masih dirahsiakan, BMW mengesahkan ia akan mengatasi prototaip 2023 yang menghasilkan gabungan 396hp (sel bahan api 187hp + motor elektrik 295hp) serta jarak pemanduan sekitar 313 batu (lebih 500km).
Pengeluaran komponen utama iX5 Hydrogen akan dijalankan di kilang BMW di Steyr, Austria dan Landshut, Jerman bermula 2028.
Platform & Kabin
Model ini dijangka dibina menggunakan platform CLAR (Cluster Architecture) dan bukannya platform Neue Klasse EV sepenuhnya. Ini dapat dilihat apabila pek bateri iX5 Hydrogen dipasang pada struktur kenderaan, bukannya pada lantai seperti rekaan Neue Klasse.
Bahagian dalamannya menampilkan teknologi terkini:
Paparan head-up penuh lebar
Skrin infotainmen 17.9 inci
Pengguguran kawalan berputar iDrive tradisional, digantikan kawalan sentuhan & arahan suara.
Hidrogen Bukan Perkara Baharu
Ini bukan kali pertama BMW bereksperimen dengan hidrogen. Pada 2005, jenama ini pernah memperkenalkan BMW Hydrogen 7 berasaskan 7 Series E65 dengan enjin V12 6.0 liter yang boleh menggunakan petrol atau hidrogen. Namun iX5 Hydrogen 2028 bakal menjadi model pertama BMW hidrogen untuk jualan awam.
Baca Juga : Motosikal Futuristik BMW Vision CE Gabungan Keselamatan, Gaya & Elektrifikasi
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.