Automotif

Bernie Ecclestone Jual Koleksi Kereta Perlumbaan Bersejarahnya

Share

Legenda Formula 1, Bernie Ecclestone, kini membuka peluang kepada peminat sukan permotoran untuk memiliki koleksi kereta perlumbaannya yang sangat berharga. 

Koleksi ini merangkumi hampir 70 buah kereta, termasuk beberapa ikon perlumbaan seperti Ferrari pertama yang memenangi perlumbaan F1 dan Brabham “fan car” yang menginspirasi reka bentuk moden.

Kereta-Kereta Bernilai Tinggi


Koleksi yang dianggarkan bernilai hampir $400 juta, dijual melalui Tom Hartley Jnr. Sebuah firma pakar kereta koleksi di Derbyshire, UK. 

Kereta-kereta ini tidak hanya sekadar jentera perlumbaan tetapi juga karya seni kejuruteraan yang telah mencipta sejarah sukan permotoran. Sebahagian besar kereta ini tidak pernah dijual sebelum ini, menjadikan peluang ini lebih istimewa bagi pengumpul dan peminat.

Brabham BT46 “fan car”

Antara model paling menonjol ialah Brabham BT46 “fan car” yang direka oleh Gordon Murray. Pada 1978, kereta ini mengungguli Grand Prix Sweden dengan perbezaan masa 30 saat. Menggunakan teknologi kipas untuk memberikan cengkaman luar biasa. Walaupun ia kontroversi pada zamannya. BT46 kini dikenang sebagai salah satu rekaan paling inovatif dalam sejarah F1.

Kereta Ikonik dalam Koleksi

Koleksi ini turut menampilkan Ferrari F2002 yang digunakan oleh Michael Schumacher untuk memenangi kejuaraan dunia 2002. Selain itu, Dino 246 yang membawa Mike Hawthorn meraih gelaran juara pada 1958.

Dino 246 juga dikenang sebagai kereta terakhir dengan enjin depan yang mencapai podium dalam perlumbaan F1.

Ferrari F2002 – Michael Schumacher Juara Dunia 2002 dengan model ini

Kereta lain yang tidak kurang pentingnya ialah Vanwall VW10, yang dipandu oleh Sir Stirling Moss untuk memenangi kejuaraan pembina pertama Formula 1 pada 1958. 

Ia juga menjadi kereta British pertama yang menjuarai perlumbaan F1. Membuka jalan bagi kejayaan pasukan perlumbaan UK pada masa kini.

1975 Ferrari 312 T – diamati oleh Bernie

Mengapa Dijual Sekarang?


Pada usia 94 tahun, Ecclestone memilih untuk menjual koleksi ini bagi memastikan ia dijaga dengan baik selepas ketiadaannya. “Saya mahu tahu ke mana mereka pergi, bukan meninggalkan Fabiana [isterinya] tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Penjualan koleksi ini akan dilakukan secara perjanjian peribadi oleh Tom Hartley Jnr, dan jumlah sebenar transaksi mungkin tidak akan diketahui. 

Walaupun begitu, pendedahan kereta-kereta ini memberikan peluang kepada orang ramai untuk menghargai sejarah Formula 1 yang gemilang.

Dengan koleksi sebesar ini, tidak mustahil banyak daripadanya akan menemui rumah baharu di muzium atau koleksi yang boleh diakses oleh peminat sukan permotoran. 

Jika anda peminat kereta klasik atau Formula 1, ini adalah peluang untuk menyaksikan sejarah yang mungkin tidak akan berulang lagi.

Dari Car and Driver & British GQ

Baca Juga Pelumba F1 Minta FIA Layan Mereka Seperti Orang Dewasa

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan