Bentley bakal memperkenalkan semula model Continental Supersports sebagai sebuah coupe berprestasi tinggi yang dipacu enjin V8 tulen dan tiada sistem elektrifikasi.
Model ini dijangka menghasilkan lebih 640hp dan akan menjadi model pertama dalam siri baharu kereta ekstrem Bentley.
Nama “Supersports” kali terakhir digunakan pada tahun 2017, ketika Bentley menampilkan varian 6.0L W12 berkuasa 700hp.
Spyshot awal menunjukkan prototaip ujian dengan spoiler belakang besar serta quad exhaust, menandakan fokus sporty yang ketara.
Walaupun prototaip kelihatan hampir sama dengan Continental GT terkini, versi produksi akan hadir dengan rekaan badan lebih agresif termasuk aero kit, saluran udara lebih besar dan kemasan gentian karbon.
Selain itu, Bentley turut menggunakan rim ringan khas, sistem ekzos Akrapovic, serta brek carbon-ceramic dan kesemuanya bertujuan mengurangkan berat dan meningkatkan kecekapan pemanduan.
Berbanding GT Speed PHEV yang mencecah 2,459kg, Supersports dijangka menurunkan berat sekitar 2,000kg sahaja.
Ini menjadikannya antara model Bentley paling ringan pernah dihasilkan.
Dengan penjimatan berat, walaupun kuasanya lebih rendah berbanding GT Speed (771hp PHEV), ia dijangka mampu menyamai pencapaian 0-100km/j dalam 3.1 saat.
Antara strategi penurunan berat termasuk:
Tiada sistem PHEV (motor elektrik dikeluarkan)
Bumbung gentian karbon
Tempat duduk bucket ringan di hadapan
Tiada kerusi belakang
Model ini menggunakan enjin 4.0L twin-turbo V8 yang turut terdapat pada GT Speed, tetapi ditala semula untuk menghasilkan sekitar 640hp (naik daripada 592hp).
Kuasa disalurkan hanya ke roda belakang, menjadikannya lebih fokus kepada pengalaman pemanduan tulen berbanding sistem AWD pada model lain.
Bentley Supersports baharu akan dikeluarkan dalam unit terhad sahaja dan dipercayai hanya beberapa ratus unit untuk seluruh dunia.
Harga permulaan dianggarkan sekitar £400,000 (lebih RM2.3 juta), jauh lebih tinggi daripada GT Speed (£237,000).
Setiap unit hampir pasti menerima sentuhan personalisasi dari divisi Mulliner, sama ada melalui warna badan eksklusif, trim kabin khas atau material mewah pilihan pelanggan.
Menurut sumber, Bentley sudah memperlihatkan model ini kepada beberapa pelanggan eksklusif, dan tempahan awal telah pun dibuat.
Pelancaran umum dijangka berlangsung akhir tahun ini, dengan penghantaran kepada pembeli bermula sekitar hujung 2026.
Baca Juga : Ducati Panigale V4 2025, Tiada Lagi “Single Swing Arm” Ikonik
Kredit Artikel : Website Autocar
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.