Dalam hidup ini, kita sering berdepan dengan keputusan besar yang memerlukan pertimbangan matang.
Salah satu dilema yang sering dibincangkan adalah sama ada patut menunggu duit EPF dikeluarkan untuk beli kereta idaman, atau terus membuat pembelian jika sudah mampu membayar ansuran bulanan.
Ada dua pandangan utama dalam isu ini. Satu pihak berpendapat, Kereta ini adalah pelaburan jangka panjang.
Kalau tunggu duit EPF keluar, masa itu mungkin sudah berumur 50 tahun ke atas. Mana lagi feel untuk memandu kereta idaman? Tenaga pun mungkin tidak sekuat dulu.
Memang ada benarnya, pengalaman memiliki kereta idaman lebih bermakna apabila dinikmati pada usia yang lebih muda, ketika jiwa masih bersemangat dan fizikal masih bertenaga.
Namun, ada juga yang lebih berpandangan praktikal.
Jika sudah mampu bayar ansuran bulanan sekarang, kenapa perlu tunggu untuk beli kereta idaman? Hidup ini pendek. Nikmati dulu, kemudian fikir bagaimana mahu menguruskannya.
Walaupun pendekatan ini nampak berisiko, ia mungkin berbaloi jika kewangan stabil, ada simpanan kecemasan, dan perancangan yang teliti.
Tidak kurang juga mereka yang mengambil pendekatan selagi boleh beli, beli sahaja.
Namun, strategi ini boleh mengundang masalah jika kemampuan kewangan tidak cukup kukuh.
Akibatnya, mungkin terpaksa berdepan tekanan kewangan apabila tidak mampu menanggung kos tambahan seperti servis, insurans, atau cukai jalan.
Tidak kira apa jua pilihan, perkara utama adalah memastikan perancangan kewangan dibuat dengan rapi.
Ansuran bulanan kereta idaman idealnya tidak melebihi 15-20% daripada pendapatan bulanan.
Jika ansuran terlalu tinggi, ia boleh menjejaskan kualiti hidup kerana terlalu banyak kos yang perlu ditanggung.
Selain itu, pastikan semua kos lain seperti minyak, servis, dan insurans diambil kira dalam bajet.
Jika duit EPF dirancang untuk digunakan, pastikan ia tidak mengganggu simpanan hari tua yang sepatutnya digunakan untuk masa depan.
Membeli kereta idaman adalah keputusan besar yang memerlukan keseimbangan antara keinginan dan kemampuan.
Jika sudah mampu dan yakin boleh menguruskan komitmen kewangan, tidak salah untuk merealisasikan impian. Namun, jika masih ragu-ragu, mungkin lebih baik menunggu sehingga situasi kewangan lebih stabil.
Kereta idaman tidak semestinya yang paling baru atau termahal di pasaran. Apa yang lebih penting adalah ia sesuai dengan keperluan, selesa digunakan, dan tidak membebankan kewangan.
Jadi, adakah anda tergolong dalam kumpulan yang menunggu duit EPF, atau yang terus melangkah membeli kereta idaman? Pilihan di tangan anda.
Baca Juga : Terhad 1000 Unit di Dunia! Panigale V4 Tricolore Direka Khas Untuk Pengumpul Motosikal Ducati
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.